Dewan Rakyat 16 Mac 2011: Soalan MP Pakatan Rakyat (1)

Dewan Rakyat 16 Mac 2011 – Pertanyaan Jawab Lisan

Soalan tambahan YB Puan Siti Zailah kepada soalan asal No. 1. Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil Kementerian untuk menjamin buku-buku teks di sekolah-sekolah tidak mengandungi kesalahan ketara seperti yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, PAS Rantau Panjang ]

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 2. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kemajuan pertandingan reka bentuk hospital Kerajaan yang dilaksanakan oleh JKR. Apakah tindakan dan pengajaran yang diambil oleh Kerajaan (JKR) selepas pertandingan ini dalam memastikan kos sesebuah hospital Kerajaan adalah ekonomi. Nyatakan berapakah jumlah kos perbelanjaan pertandingan tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Maran ]

Soalan tambahan YB Azan Ismail kepada soalan asal No. 3. Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat sebarang usaha atau cadangan :-
(a) untuk mewujudkan bandar-bandar baru di dalam penempatan Felda ; dan
(b) bidang kuasa antara Kerajaan dan pengurusan Felda berhubung penyelesaian isu pembangunan dan kemudahan di dalam kawasan penempatan seperti naik taraf jalan, longkang, parit dan saliran, naik taraf sekolah, lampu-lampu jalan dan sebagainya. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PKR Indera Mahkota ]

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan pengembalian hak mengundi warga Malaysia di luar negara seperti yang dikehendaki oleh Malaysian Overseas Right To Vote. Mengapakah proses tersebut tidak dipercepatkan untuk membolehkan mereka mengundi di Pilihan Raya Umum ke-13 ini. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Kalabakan, DAP Ipoh Barat ]

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Dewan Rakyat 16 Mac 2011 – Pertanyaan Jawab Lisan Soalan tambahan YB Puan Siti Zailah kepada soalan asal No. 1. Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil Kementerian untuk menjamin buku-buku teks di sekolah-sekolah tidak mengandungi kesalahan ketara seperti yang terdapat dalam buku teks KSSR […] Ahli Parlimen PAS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: