Dewan Rakyat 17 Mac 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
Soalan tambahan MP PKR Indera Mahkota kepada soalan asal No. 1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan peluang yang bakal diambil oleh Kementerian dalam mengeksploitasi kekukuhan nilai mata wang ringgit hari ini berbanding mata wang utama dunia bagi menyokong aliran masuk modal yang lebih besar serta pengukuhan asas makro-ekonomi negara. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]
Soalan tambahan YB PAS Rantau Panjang kepada soalan asal No. 3. Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan dan sumbangan kepada negara oleh Wanita Pertama Negara dalam beberapa siri lawatan ke luar negara. [ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PAS Rantau Panjang ]
Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah persediaan Kerajaan dalam menangani senario pasca AFTA 2015 ketika persaingan sektor automobil akan menjadi lebih sengit khususnya dalam menangani ‘lambakan’ atau ‘over-capacity’ dari segi impak terhadap ‘pembekal-vendor’ dan ‘dealers’. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor, BN Ledang ]
Soalan tambahan YB PAS Titiwangsa kepada soalan asal No. 5. Dato’ Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan Kerajaan di dalam membangunkan dan menyelia kawasan letak kereta di pusat bandar dan di kawasan perumahan awam memandangkan keperluan yang semakin meningkat dan pengawalan kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PAS Titiwangsa ]
Soalan tambahan kepada soalan asal No. 8. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status kemajuan projek pembukaan 1,000 tabika KEMAS yang diperuntukkan sebanyak RM140 juta di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). [ Soalan Tambahan : PKR Ketereh, BN Maran ]
Filed under: Ucapan |
Tinggalkan Jawapan