Kesan Program ETP dan Nasib Bekas Tentera

Dewan Rakyat 14 Jun 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan


Soalan tambahan MP PAS Kuala Selangor kepada soalan asal No. 1. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) secara terperinci perkembangan Program ETP Kerajaan, berapa peratuskah pelaksanaannya, dan berapakah jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang; dan
(b) jumlah pelaburan mengikut negara dan bidang yang paling tinggi menerima pelaburan. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PAS Kuala Selangor ]


Soalan tambahan MP Bukit Gantang kepada soalan asal No. 6. Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah usaha serta langkah Kerajaan dalam memanfaatkan tenaga serta kepakaran bekas-bekas tentera khususnya mereka yang tamat perkhidmatan pada umur 40-an. [ Soalan Tambahan : PAS Bukit Gantang, BN Lipis ]

Lain-lain Soalan MP Pakatan Rakyat


2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah lesen teksi dan teksi limousine di Pulau Pinang dan berapakah lesen baru yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2011 dan apakah ia diberi kepada individu atau kepada syarikat sahaja.[ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Kalabakan ]


3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana rakyat Malaysia boleh terlibat dalam pengedaran dadah antarabangsa, serta dari mana asalnya dadah-dadah berjuta nilainya dan apa tindakan telah diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kejadian ini [ Soalan Tambahan : BN Alor Gajah, DAP Batu Gajah ]


5. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di dalam kerja-kerja menyelenggara pelabuhan-pelabuhan milik Kerajaan di Malaysia dari tahun 2007 sehingga Mei 2011. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, PKR Indera Mahkota ]


7. Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan untuk menambah bilangan usahawan yang berpotensi dan kreatif menerusi penggunaan semula bahan-bahan buangan dengan penambahan nilai melalui Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang inovatif bagi menembusi pasaran antarabangsa yang berkembang pesat.[ Soalan Tambahan : BN Arau, PKR Indera Mahkota ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: