Motif Himpunan Sejuta Belia dan Kesan Kenaikan Harga Barang

Dewan Rakyat 13 Jun 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan


Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena kepada Soalan asal No. 3. Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak global terutamanya pengurangan subsidi minyak oleh Kerajaan telah meningkatkan beban hidup rakyat; dan
(b) apakah persiapan syarikat-syarikat petroleum dalam menyediakan kemudahan stesen-stesen NGV dalam usaha menggalakkan penggunaan NGV sebagai bahan bakar alternatif. [ BN Bintulu, PAS Pokok Sena ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah motif sebenar Himpunan Sejuta Belia yang diadakan pada bulan Mei 2011 yang lepas serta pembentukan kumpulan sukarelawan di kalangan belia bagi melahirkan belia yang sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dalam apa jua keadaan apabila diperlukan. [ PAS Marang, BN Sri Gading ]

Lain-lain Soalan tambahan MP Pakatan Rakyat


1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah masih wujudnya masalah pemberian biasiswa dan tempat di Universiti di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah, BN Kulai ]


2. Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan laporan Malaysia Water Industry Guide 2010 menyatakan nilai purata non-revenue water (NRW) adalah 36.63% melibatkan 1.8 bilion meter padu air serta kerugian RM1.64 bilion. Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW). [ PKR Bandar Tun Razak, BN Arau ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: