MP Pakatan Rakyat desak PM tidak lari dari tuntutan kami

image

Ahli Parlimen Kubang Kerian , Salahuddin Ayub mendesak supaya Perdana Menteri tidak lari dari tuntutan asal kami supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu taraf penduduk tetap menjadi warganegara segera menjadi pemilih.

PAS mahu kerajaan membuat siasatan awam untuk membolehkan rakyat tampil memberi bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dan pemalsuan dalam isu pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing.

“Ini kerana kita anggap ia satu perkara yang menggugat dan mengancam keselamatan negara,” katanya yang juga naib presiden PAS, dalam satu sidang akhbar hari ini.

Menurut, jika tuntutan tersebut tidak dipenuhi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut. Sumber Malaysiakini

Turut hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Tan Kok Wai (Cheras), Dat’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

“Pada 8 Ogos lalu kita telah menghantar satu surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu sidang tergempar Parlimen yang berkaitan isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan pengundi dengan kadar segera dan kita telah serahkan surat itu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan tempoh tujuh hari itu telah tamat semalam yang mana Perdana Menteri mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen.
“Tapi beliau (Najib) hanya nyatakan ia (jawatankuasa khas Parlimen) itu hanya fokus kepada pembaharuan pilihan raya, jadi saya tegaskan Perdana Menteri jangan lari daripada tajuk asal, jangan lari dari perkara asas yang kita anggap satu pengkhianatan dan penyelewengan khususnya mendaftarkan pemastautin tetap jadi warganegara dalam tempoh beberapa jam,” katanya pada sidang media di sini.
Minggu lalu, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi. – Sumber The Malaysia Insider

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: