Suruhanjaya Diraja lebih wajar ditubuhkan reform sistem pilihanraya

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetap berpendirian penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik untuk membaik pulih sistem pilihan raya di Malaysia.

Beliau berkata, berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini, Suruhanjaya Diraja boleh disertai oleh banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“Kalau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, ia boleh membabitkan pelbagai pihak, bukan hanya ahli Parlimen sahaja.

“Jawatankuasa Khas terhad kepada ahli parlimen sahaja, NGO seperti Bersih tak boleh sertai, tak boleh bawa pakar-pakar perlembagaan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang, beliau berkata jawatankuasa khas itu tidak membawa sebarang makna.

“Bila kerajaan nak tubuh jawatankuasa khas ini (mereka) kena hormatlah. Maksudnya kena tunggu jawatankuasa ini selesaikan perbincangan mereka kemudian mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan kerajaan perlu mematuhi cadangan yang dibuat jawatankuasa ini sebagai menghormati Parlimen,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Namun katanya, kerajaan seolah-olah hanya mahu ‘menurunkan suhu politik’ yang panas dengan tuntutan rakyat melalui cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu.

“Bila Najib kata kerajaan tidak terikat dan boleh bubar Parlimen bila-bila masa bermakna jawatankuasa itu hanya ditubuhkan untuk menurunkan suhu politik yang menunjukkan kemarahan rakyat terhadap isu yang berkaitan pilihan raya ini.

“Tapi bila tubuh, Parlimen bubar, hilanglah fugsi jawatankuasa itu untuk kemukakan cadangan untuk kebaikan pilihan raya,” katanya.

Nazri hina Parlimen

Sementara itu, beliau turut mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menghina Parlimen apabila mengeluarkan kenyataan mendahului Parlimen mengenai jumlah ahli Parlimen yang akan menganggotai jawatankuasa khas tersebut.

“Tak wajar menteri yang menjga hal ehwal Parlimen membuat kenyataan mendahului Parlimen dengan buat kenyataan jumlah anggota jawatankuasa berapa daripada BN dan Pakatan Rakyat.

“Dia yang tentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.Menteri sendiri menghina dan tidak menghormati Parlimen,” katanya.

Tambahnya adalah sesuatu yang lucu apabila pihak yang dipertikaikan ketelusannya yang akan menjadi pengerusi jawatankuasa khas yang akan dibawa ke Parlimen Oktober ini.

“Sedangkan yang dipertikaikan dalam sistem pilihan raya ialah kerajaan tapi tiba-tiba kerajaan jadi pengerusi,” katanya.

Justeru Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa tersebut atau sebaliknya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: