Mansuh ISA: Peranan Pembangkang Diiktiraf

Kenyataan media oleh YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS

Pemansuhan ISA dan penyemakan akta-akta yang dianggap “decronain” oleh Perdana Menteri pada malam perayaan 16 September 2011 adalah satu pengiktirafan peranan parti pembangkang dalam melaksanakan apa yang dikatakan “check and balance” dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi.

Peranan pembangkang yang konsisten dan berani untuk menyuarakan perjuangan rakyat yang menjadi mangsa kezaliman ISA dan akta-akta yang jelas melanggari prinsip-prinsip kebebasan dan hak asasi manusia selama lebih lima puluh tahun adalah bukti kukuh yang mana akhirnya kerajaan BN akur dan menginsafi akan peranan pembangkang didalam dan diluar parlimen.

Pengumumuan Perdana Menteri yang bersedia memansuhkan ISA dan akta-akta draconian yang lain adalah merupakan anjakan paradigma minda rakyat yang memperakui peranan instuisi pembangkang dalam sebuah negara yang sedang berjuang untuk menyuburkan sistem demokrasi seperti Malaysia.

Adalah diyakini rakyat negara ini telah membuka mata mereka untuk mengiktiraf kemenangan mereka sendiri melalui perjuangan yang begitu panjang dan memberikan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan total dalam pilihanraya akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: