Penduduk dan Pewaris Kg Baru bantah Keras RUU Pembangunan Kg Baru

image

Sidang media Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin haji Ayub, yang juga Naib Presiden PAS mengenai Rang Undang2 Pembangunan Kg Baru 2010 (RUU PPKB) pada 27 September 2011 di Pejabat Agung PAS, KL.

KRONOLOGI RANG UNDANG-UNDANG

PERBADANAN PEMBANGUNAN KG. BHARU 2010 (RUU PPKB 2010)

Kewujudan Rang Undang-Undang Berkaitan Kg. Bharu

Sejak tahun 2007 lagi apabila disediakan PERINTAH PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU 2007 untuk diusulkan melalui Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.

Pada 1 – 4 Ogos 2010 telah diadakan Lab RUU PPKB 2010 di Hotel Renaissance Melaka melibatkan NGO-NGO untuk memperhalusi Deraf RUU PPKB 2010.

Hasil daripada Lab RUU PPKB 2010 maka pada 14 Disember 2010, Menteri Wilayah Pesekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YM Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah membentangkan untuk Bacaan Kali Pertama RUU PPKB 2010 di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Titiwangsa Allahyarhamuha YB Dr. Lo’lo Hj Ghazali menerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Titiwangsa telah menubuhkan Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) dengan tujuan membantu beliau meneliti, mengkaji dan memberikan maklumat penuh berkaitan RUU PPKB 2010.

SPKB di bawah naungan YB Ahli Parlimen Titiwangsa telah mengadakan enam (6) siri penerangan kepada para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu serta mengambil inisiatif mengedarkan salinan RUU PPKB 2010 kepada mereka. Hasilnya para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu faham kandungan RUU PPKB 2010 yang jelas cuba memanipulasi mereka. Justeru mereka bangkit menyatakan bantahan serangan terang dengan menaikkan kain-kain rentang bantahan di rumah-rumah mereka.

Ekoran bantahan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah menangguhkan Bacaan Kedua RUU PPKB 2010 pada sesi Mac 2011 dengan alasan untuk mendengar suara hati pemilik dan pewaris tanah.

Kementerian kemudian telah mengadakan perbincangan dengan beberapa NGO berkepentingan di Kg. Bharu dan telah membuat “cadangan pindaan” kepada RUU PPKB 2010 tersebut. Bacaan kali Kedua pada sesi Jun 2011 juga telah ditangguhkan sehingga selesai penerangan cadangan pindaan kepada pemilik dan pewaris tanah. Seterusnya Kementerian berjanji mengadakan referendum bagi mendapatkan pandangan pemilik dan pewaris tanah berkaitan RUU PPKB 2010. Menteri Wilayah berjanji bahawa hasil referendum akan dijadikan asas utama samada RUU PPKB 2010 akan diteruskan atau sebaliknya.

Pada Jun 2011 juga Borang Referendum telah diedar kepada pemilik dan pewaris tanah bagi mendapatkan pandangan tetapi hanya sekitar 30% sahaja borang dikembalikan. Ini disahkan oleh Setiausaha Lembaga Pentadbiran MAS Encik Shamsuri Suradi.

17 September 2011 Menteri Wilayah mengumumkan sekali lagi bahawa Bacaan Kali Kedua akan diteruskan pada sesi Parlimen Oktober 2011. Walau bagaimana pun beliau langsung tidak menyatakan perkembangan referendum yang telah dijalankan.

ISU PENOLAKAN RUU PPKB 2010

RUU PPKB 2010 yang dibacakan kali pertama pada 17/12/2010 tidak dipersetujui langsung oleh pemilik dan pewaris tanah. Mereka membantah secara keras pembentangan tersebut kerana banyak peruntukkan di dalam RUU PPKB 2010 membelakangkan mereka sebagai pemilik dan pewaris tanah.

RUU PPKB 2010 dibantah kerana cadangan-cadangan mereka semasa LAB RUU PPKB 2010 di Melaka pada Ogos 2010 tidak diendahkan malah pembentangan Bacaan Kali Pertama dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka.

Cadangan pindaan RUU PPKB 2010 hanya dicadangkan dibuat pada peringkat Jawatankuasa iaitu setelah RUU PPKB 2010 telah diluluskan. Tiada jaminan bahawa cadangan akan terus dibuat.

Cadangan pindaan yang dibuat juga masih mempunyai peruntukkan-peruntukkan yang kabur dan tidak memihak kepada pemilik dan pewaris tanah.

Para pemilik dan pewaris tanah sudah jemu dengan segala janji manis Kerajaan yang kononnya akan menjaga kepentingan mereka tapi sebalik memanipulasi hak mereka untuk kepentingan sesetengah pihak.

Janji-janji Kerajaan tidak dipenuhi beberapa kali sehingga hari ini, justeru para pemilik merasakan tiada lagi jaminan mereka tidak akan ditipu atau dipermainkan.

Pembangunan Kg. Bharu adalah melibatkan hak pemilik dan pewaris tanah kerana tanah yang hendak dibangunkan adalah tanah hakmilik mereka yang tidak boleh disangkal. Justeru setiap rancangan pembangunan hendaklah mengambilkira suara dan hasrat pemilik serta pewaris tanah.

Kg. Bharu mempunyai undang-undang dan Pentadbirnya tersendiri, segala bentuk pembangunan selama ini dikendalikan oleh Lembaga Pentadbiran MAS dengan bantuan pihak berkuasa tempat seperti DBKL dan juga Kerajaan, justeru apa perlunya sebuah RUU baru untuk menubuhkan sebuah Perbadanan untuk tujuan yang sama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: