Dewan Rakyat mula bersidang 3 Okt 2011

Mesyuarat ketiga, penggal keempat Parlimen yang akan bermula 3 Oktober ini menjanjikan pelbagai isu dan peristiwa menarik berikutan ia bukan saja mungkin menjadi medan perdebatan terakhir semua parti dan Ahli Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, bahkan ia amat penting kerana beberapa akta dan rang undang-undang dibentang atau dimansuhkan.

Aturan Urusan Mesyuarat pada hari pertama 3 Oktober 2011 (Isnin), dan Siaran langsung Sidang Dewan boleh ditonton di sini, SILA KLIK.

Rakyat juga akan memberi perhatian lebih serius pada sidang kali ini berikutan ia adalah sidang yang akan membentangkan Belanjawan Negara 2012 dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan pelbagai peruntukan, insentif dan mungkin bonus kepada kakitangan kerajaan.

Dengan ramalan PRU-13 tidak lama lagi, Dewan Negara yang akan bersidang di bangunan baru berikutan bangunan utama menjalani kerja pengubahsuaian, dijangka menjadi tumpuan ahli dan pelobi politik terutama mereka yang berangan mahu menjadi calon.

Apapun senario yang bakal berlaku terutama dalam kepanasan menunggu PRU-13, Dewan Rakyat akan terus bersidang mengikut aturan dan peruntukan bahawa tempoh akhir PRU-12 hanya pada April 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang juga bertanggungjawab menjaga hal ehwal perjalanan Parlimen, menegaskan tugasnya ialah memastikan sidang berlangsung mengikut tertib dan sebarang pembentangan rang undang-undang atau pemansuhan akta dilakukan mengikut prosedur tanpa tunduk kepada sebarang tekanan.

“Hak untuk memanggil pilihan raya umum adalah hak Perdana Menteri, kerana itu kita tidak boleh dan tidak akan melakukan kerja berdasarkan spekulasi. Saya cuma memberi tempoh enam bulan bagi sebarang pembentangan rang undang-undang atau pemansuhan akta berdasarkan kepada tempoh Parlimen penggal ke-12 ini akan berakhir pada April 2012,” katanya.

Justeru, selain pembentangan dan perdebatan membabitkan Belanjawan Negara 2012, perhatian juga akan tertumpu kepada janji kerajaan BN meminda atau memansuhkan beberapa akta penting seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat, akta membabitkan perintah sekatan atau buang daerah, Akta Percetakan dan Penerbitan.

“Semua akta yang disebut Perdana Menteri seperti Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah, dijangka boleh dilakukan sebelum sidang ini berakhir kerana ia memang tidak lagi relevan dengan Malaysia hari ini.

“Begitu juga dengan pindaan membabit pemberian lesen kepada media massa yang termaktub dalam Akta Percetakan dan Penerbitan, kita menjangka ia dapat diselesaikan segera.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: