Bajet Pakatan Rakyat 2012 – KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA

image

Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat oleh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 4 Oktober 2011 di Bilik Taklimat, Parlimen Malaysia.

MUQADDIMAH
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.

7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;
b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;
c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;
d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan
e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
Teruskan membaca

Kerajaan tidak jamin Pilihanraya diadakan selepas Syor Jk Pilihan Khas

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011

Debat antara MP PAS Shah Alam, Kubang Kerian dan Pokok Sena dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Penambahbaikkan Sistem Pilihanraya di Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011.

Pendatang Asing dapat IC terus jadi Pemilih Otomatik?

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 Bahas Usul Penambahbaikkan Sistem Pilihanraya

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad Mencelah Ucapan YB BN Sri Gading Membahaskan Usul Menteri Di JPM mengenai Penubuhan JK Pilihan Khas Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihanraya Malaysia pada 3 Oktober 2011

PAS Selangor telah mengemukakan bantahan kepada SPR mengenai pengundi-pengundi bertindih dan telahpun diterima dan diakui oleh SPR dan khabarnya telah dikeluarkan dari senarai Daftar Pemilih.

Berita Terdahulu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“BAHAWA mengikut Peraturan 81 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis ini mengambil ketetapan berikut:
(a) Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dilantik bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia;
(b) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada Sembilan (9) Ahli Dewan Rakyat seperti yang berikut:
(i) lima (5) anggota daripada Barisan Nasional (termasuk seorang Menteri sebagai Pengerusi);
(ii) tiga (3) anggota daripada pembangkang; dan
(iii) satu (1) anggota selain anggota daripada Barisan Nasional atau pembangkang. (Bebas)

Jika Pengerusi yang dipilih tidak hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa tersebut hendaklah memilih seorang Pengerusi dari kalangan Anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja;

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama enam (6) bulan. Jika Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut tidak dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara ini hendaklah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi maksud pelanjutan tempoh pelantikan;
(d) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil; dan
(e) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan penyata Jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dan penyata Jawatankuasa tersebut hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dipersetujukan atau mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Majlis Mesyuarat tersebut.”

Presiden PAS Bahas Usul Penambahbaikan Sistem Pilihanraya

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011

YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS Marang) Membahaskan Usul Menteri Di JPM mengenai Penubuhan JK Pilihan Khas Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihanraya Malaysia pada 3 Oktober 2011.

YB Lim Kit Siang (Ipoh Timur) Membahaskan Usul Menteri Di JPM mengenai Penubuhan JK Pilihan Khas Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihanraya Malaysia pada 3 Oktober 2011.

Terdahulu