Belanjawan Pakatan Rakyat beri tumpuan khusus kepada Wanita

KENYATAAN MEDIA BERSAMA Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat

Seperti yang telah dimaklumkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 semalam, golongan wanita merupakan aset pembangunan dan kemajuan negara yang sering diperkata tapi jarang dinobat.

Pindaan terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga (2011) adalah contoh terbaik tertundanya pemerkasaan terhadap hak-hak wanita, bilamasa pindaan yang direncana menelan masa begitu lama sebelum akhirnya diluluskan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat menganggap peningkatan martabat wanita sebagai salah satu teras utama pembangunan negara. Justeru, menyambung permulaan pelaksanaan janji Pakatan Rakyat setelah memastikan penglibatan 30 peratus wanita di dalam senarai penjawat kementerian di Selangor, cuti bersalin 3 bulan buat warga kakitangan kerajaan negeri, termasuk juga lantikan wanita ke jawatan-jawatan penting di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat memastikan Belanjawan Kesejahteraan 2012 memberikan penekanan khusus dan sensitif terhadap keperluan golongan wanita.

Salah satu dasar yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat ialah meningkatkan jumlah penyertaan golongan wanita di dalam tenaga buruh dari tahap 46 peratus menjadi 55 peratus dalam masa lima tahun. Sebagai peringatan, tahap 46 peratus penyertaan tenaga buruh bagi golongan wanita ini antara yang paling rendah di rantau Asia – adakah ini suatu yang harus kita banggakan? Maka adalah menjadi iltizam Pakatan Rakyat bahawasanya kita harus bekerja lebih keras demi meningkatkan martabat golongan wanita di Malaysia.

Antara dua langkah pemerkasaan serta-merta yang telah dikenalpasti Pakatan Rakyat termasuklah:
1) Bayaran sebanyak RM1,000 bagi tahun 2012 bagi kesemua suri rumah yang layak.

2) Elaun penjagaan anak sebanyak RM700 setahun bagi anak berumur bawah 12 tahun bagi keluarga berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan, dan menubuhkan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak bertauliah melalui pemberian pinjaman khas dan insentif-insentif cukai yang bersesuaian.

Bagi melaksanakan kedua-dua langkah pemerkasaan serta-merta ini, Pakatan Rakyat telah menetapkan peruntukan sebanyak RM 1.6 bilion dan RM 2 bilion. Jumlah RM 3.6 bilion ini adalah satu permulaan, dan belum lagi mengambil kira jumlah yang akan diterima golongan wanita secara tidak langsung melalui program-program latihan dan seumpamanya, seperti yang telah ditetapkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Dengan ini, kami Ahli-Ahli Parlimen wanita mewakili Wanita Pakatan Rakyat, menyatakan semangat kami yang tidak akan luntur untuk terus berjuang demi memartabatkan golongan wanita di Malaysia.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

YB Chong Eng
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

YB Siti Zailah Mohd Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang

YB Datuk Chua Soon Bui
Ahli Parlimen Tawau

6 Oktober 2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: