Kos Bina Dewan Rakyat Sementara RM28 juta kepada RM31 juta?

Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya hendak suruh tenang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri quote kalau ikut saya ini mungkin tidak siap. Saya percaya bahawa kalau ikut saya buat daripada awal kita sudah tahu lama sudah isu masalah bumbung bocor itu bukan baru. Jikalau kita daripada awal lagi kita buat saya percaya bahawa sebelum ini sudah siap sudah.

Jadi soalan tambahan saya hendak tanya, asal kos, ceiling price yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM28 juta dan sekarang meningkat RM31 juta. Jadi saya hendak tahulah kata ada kos-kos tambahan sebabnya begini saya tengok kerusi, kerusi lama. Kerusi, kerusi lama usung daripada sana bawa ke mari. Komputer, komputer lama. Jadi sebahagian besar yang ada ini ialah barang-barang lama yang dibawa daripada Dewan Persidangan kita yang sebelum ini.

Jadi kita hendak tahulah apa kos yang menyebabkan meningkat daripada RM28 juta menjadi RM31 juta. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dekat tempat minum kita pun pakai khemah sahaja, sewa.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Oleh sebab itu Yang Berhormat Pokok Sena ini dia sibuk sahaja.

Sibuk tidak tentu perkara. Dahulu dalam persidangan lalu saya sudah beritahu bahawa jangkaan kos, anggaran kos sebanyak RM28 juta setelah mengambil kira menggunakan kerusi yang lama, alat-alat siar dengar yang lama kerana ingin menjimatkan, langkah-langkah kerajaan untuk menjimatkan belanjawan, untuk membantu meringankan beban pengguna. Ini yang dibuat oleh kerajaan pada ketika ini.

Walaupun dalam keadaan hari ini kerajaan berusaha untuk mengurangkan kos sebab itu kita pindahkan kerusi lama, alat siar dengar termasuklah dari segi interior design. Namun demikian ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti antaranya bilik untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong. Kemudian kerja-kerja seperti penambahan, extension bagi bilik media dan kemudian dari segi kualiti permaidani dan sebagainya. Akhirnya walaupun Parlimen ini, Dewan ini digunakan sementara sekali-sekala kata pandangan Yang Berhormat,

Tuan Yang di-Pertua dan sebagainya sekali-sekala ada pelawat daripada luar, takkanlah gambaran yang hendak kita tunjukkan nanti bahawa Dewan sementara bangunan Parlimen ini terlalu-lalu macam kata orang kalau kita ringkas, ‘chokia’ sangatlah nampaknya.

Jadi sebab itu kita ada perkara-perkara yang terpaksa kita tingkatkan kualitinya dan akhirnya berlakulah peningkatan sebanyak RM3 juta. Namun demikian saya juga ingin memohon maaf kepada mereka yang mengguna Dewan terutamanya rakan-rakan media yang terpaksa duduk di luar kerana keadaan yang agak compact dan saya telah meminta supaya Jabatan Kerja Raya memberi bantuan sebaik mungkin supaya rakan-rakan di media itu dapat menjalankan
kerja mereka dengan lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Karpet pun ‘chokia’ sahaja.

Soalan Asal No. 4. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-
(a) kos keseluruhan projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen dengan memberikan pecahan untuk setiap kerja tertentu; dan
(b) nyatakan kemudahan tambahan akan diperolehi selepas projek ini dan berapakah jumlah kerusi tambahan Ahli Parlimen dapat disediakan.


Menteri Kerja Raya [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini, anggaran kos keseluruhan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kompleks bangunan Parlimen ialah sebanyak RM520 juta. Projek ini akan dilaksanakan secara konvensional melalui tiga fasa seperti berikut:-

Fasa 1 dibahagikan kepada fasa 1A dan 1B. Fasa 1A iaitu melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan mengubah suai Dewan Serbaguna sedia ada sebagai Dewan Persidangan sementara dan kerja-kerja yang berkaitan.

Fasa 1A ini telah dimulakan pada 28 Mac 2011 dan siap dalam tempoh kurang dari enam bulan iaitu pada 5 September 2011. Kontrak asal bagi pelaksanaan projek fasa ini adalah sebanyak RM28 juta. Walau bagaimanapun, kos projek ini telah meningkat kepada RM31 juta berikutan terdapat tambahan kos sebanyak RM3 juta bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja di luar skop asal kontrak ataupun variation order dengan izin.

Fasa 1B iaitu melibatkan pembinaan blok baru pejabat pentadbiran Parlimen setinggi tiga tingkat berkeluasan 9,000 meter persegi yang akan menempatkan lebih kurang seramai 200 pegawai dan kakitangan Jabatan Parlimen. Anggaran kos yang terlibat ialah sebanyak RM92 juta. Fasa 1B ini dijangka akan dimulakan pada bulan Jun 2012 dan dijangka siap pada bulan Disember 2013, anggaran 18 bulan;

Fasa 2 iaitu kerja-kerja mengubahsuai dan membaik pulih bangunan utama Parlimen sedia ada termasuk Blok Menara, anggaran awal kos bagi pelaksanaan fasa ini ialah sebanyak RM180 juta. Walau bagaimanapun kos projek fasa ini tertakluk, saya ulangi walaubagaimana pun kos projek fasa ini tertakluk kepada tahap kerosakan sebenarnya dan cadangan kerja-kerja baik pulih yang akan diketahui setelah pemeriksaan terperinci dibuat oleh pasukan khas daripada
Jabatan Kerja Raya.

Dengan kata lain Tuan Yang di-Pertua, bila kita sudah buka semuanya baru kita tahu dengan detail sejauh mana kerosakan bangunan blok lama itu dan barulah kos yang sebenarnya dapat dikenal pasti, mungkin dia lebih rendah daripada RM180 juta dan mungkin dia ada sedikit lebih daripada RM180. Ini kerana kerosakan itu hanya akan diketahui sepenuhnya setelah rombakan bumbung itu dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, skop projek fasa 2 ini melibatkan kerja-kerja membaik pulih bumbung pinnacle Dewan Rakyat, penggantian panel-panel fasad yang telah berkarat, kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan electrical dan pengubahsuaian ruang dalaman Dewan Rakyat dan Dewan Negara sedia ada dengan mengambil kira keperluan tambahan bilangan kerusi Ahli-ahli Parlimen pada masa hadapan. Fasa ini dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat, dengan kata lain Tuan Yang di-Pertua, bahawa apabila pembaikan dilakukan pada Dewan yang lama itu, Dewan itu tidak ditutup sepenuhnya.

Bilik-bilik jawatankuasa dibuka sebahagian demi sebahagian, pejabat mungkin boleh digunakan sebahagian demi sebahagian. Maknanya kerja-kerja dilakukan secara zoning untuk membolehkan ia tidak ditutup sepenuhnya. Tender akan dipanggil selewat-lewatnya pada akhir tahun ini. Projek mengubahsuai dan membaik pulih bangunan utama Parlimen ini dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2012 dan tempoh siap kerja ialah selama 41 bulan.

Fasa 3 iaitu melibatkan pembinaan blok bangunan baru setinggi lima tingkat dengan keluasan lantai 59,000 meter persegi bagi menempatkan pejabat Ahli-ahli Parlimen dan fasiliti-fasiliti yang berkaitan, bilik media dan bilik kementerian-kementerian serta kemudahan tempat meletak kereta sebanyak 1,000 petak. Anggaran kos yang terlibat ialah sebanyak RM220 juta.

Kerja-kerja pembinaan fasa tiga ini dijangka akan bermula pada bulan April 2012 dan siap dalam tempoh 24 bulan, dengan kata lain April 2014.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, cadangan membaik pulih menaik taraf Kompleks Bangunan Parlimen ini khususnya dalam pemilihan lokasi blok bangunan baru, reka betuk, hiasan dalaman dan sebagainya sememangnya telah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor-faktor seperti keselamatan, keselesaan dan kemudahan kepada stakeholders terlibat khususnya Ahli-ahli Parlimen. Di samping itu, kerja-
kerja membaik pulih bangunan bersejarah ini juga perlu mematuhi garis panduan-garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Di dalam masa yang sama, bangunan tersebut perlu terus dikekalkan sebagai simbol yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negara ini sebagai mana permintaan Ahli-ahli Parlimen dalam persidangan yang lepas. Oleh itu, Kementerian Kerja Raya telah pun mengkaji dan mengambil kira pelbagai pandangan menerusi sesi-sesi taklimat dan engagement yang diadakan dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Warisan Negara, Yang Berhormat Speaker
Dewan Negara, Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat, pegawai-pegawai kanan Parlimen dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil Ahli Parlimen sendiri.

Akhir sekali, memandangkan tempoh kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf keseluruhan Bangunan Kompleks Parlimen ini dijangka akan mengambil masa yang agak panjang iaitu sehingga pertengahan tahun 2015, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon kepada semua pihak yang terlibat agar sentiasa bersabar berikutan dari ketidakselesaan yang mungkin akan timbul sepanjang tempoh tersebut. Terima kasih.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sudi menjawab sendiri dan dengan jawapan yang amat detail. Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kepada Dewan ini nama dan latar belakang kontraktor yang sudah menjalankan kerja ini.
Beberapa Ahli: Prasangka, prasangka.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Apakah prasangka, belum jawab sudah cakap prasangka. Katakan adakah ini diberi secara tender terbuka sebab tadi katakan ada fasa yang akan minta tender, yang sudah jalan kerja ini adakah sudah juga menjalankan sebegini, tender terbuka, nama dan latar belakang kontraktor utama yang menjalankan kerja ini.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Setakat hari ini kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian bangunan Dewan Serbaguna ini untuk digunakan sebagai Dewan Persidangan sementara iaitu fasa 1A. Kontrak ini telah sebagaimana yang saya telah maklumkan dahulu bahawa telah diberi kepada Trans
Resources Corporation Sendirian Berhad berdasarkan kepada kecemerlangan kontraktor ini menerima anugerah kontraktor terbaik daripada Jabatan Kerja Raya memenangi untuk kategori melebihi RM30 juta. Buktinya beliau telah berjaya menyiapkan kontrak ini dalam masa tidak sampai enam bulan.

Jikalau saya ikut pandangan Yang Berhormat Pokok Sena yang minta panggil dan sebagainya mungkin sampai hari ini bangunan ini tidak siaplah. Oleh sebab itu ada perkara-perkara kerajaan perlu bertanggungjawab dan perlu membuat keputusan agar keselesaan semua Ahli Parlimen itu dapat dijaga dan lebih daripada itu keselamatan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini sentiasa berada dalam keadaan baik. Terima kasih… [Tepuk]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: