MP PAS Parit Buntar Bahas RUU Buang Negeri (pemansuhan) 2011

DR 5 Okt 2011 – Perbahasan RANG UNDANG-UNDANG BUANG NEGERI (PEMANSUHAN) 2011

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya perlu mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Dewan bahawa Dewan ini adalah untuk kita membincangkan tentang kepentingan nasional.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Hello, pergi Kedah dan nasihat merekalah. Duduk. Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Parit Buntar…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Nasihat diri sendirilah.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tak perlu politikkan. Take it positively.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tak perlu ingatkan Yang Berhormat. Tidak ada standing order on that ya.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Parit Buntar, bawa mesej saya ke Kedahlah, bawa mesej saya kepada Menteri Besar. Rakyat dizalimi. Kalau tak berani suara dalam parti, duduk diam sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya baru memulakan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini datang sini cakap macam-macam.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya rasa semua kita bersetuju bahawa daripada awal kita berbincang, isunya bukan isu peribadi, isunya bukan isu Pakatan Rakyat, isunya bukan isu Barisan Nasional tetapi…
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Masa Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Shah Alam kenapa tak nasihat?

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya bercakap atas kepentingan Dewan. Saya tak tahu…
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Nasihat Yang Berhormat Pokok Senalah, nasihat Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Takkan tak tahu dalam Dewan berucap.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar]: Jadi saya ingat …
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Hello, kepentingan Dewan adalah menjaga kebajikan negara ini…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Menjaga rakyat negara ini, membantu rakyat negara ini membangun dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai, cukup-cukuplah Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita berbincang daripada awal tentang isu-isu pemansuhan ini, saya rasa asas yang paling utama kita bincang ini bukan persoalan kepentingan mana-mana pihak. Kita bercakap tentang kepentingan nasional dan kita bercakap tentang perkara-perkara yang kalau dulu kita buat kesalahan dan kita telah sedar, alhamdulillah lah. Saya rasa itu satu yang berani yang harus kita akur bahawa apa yang kita lakukan ini adalah untuk kepentingan nasional.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kerajaan tidak pernah buat salah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Nasional.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Seolah-olah kita salah. Kita tidak salah, cuma kita mansuhkan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya tidak kata salah. Saya kata kalau.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You kata tadi salah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Kalau. Sebab begini. Persoalan saya – minta maaf. Saya hendak bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Persoalan yang kita bincang ini ialah kalau saya faham daripada alasan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini adalah isu tentang hak asasi manusia dan sebagainya. Jadi bagi saya, isu-isu ini perlu kita jelaskan secara meluas. Saya cuma ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau kita berbicara tentang isu hak asasi manusia, apa yang selama ini kita utarakan pandangan dan pendapat kita juga sebenarnya berdasarkan kepada asas-asas itu.

Segala apa yang hari ini kita bicarakan, perkara-perkara kediaman terhad, buang negeri, Akta Mesin Cetak dan lain-lain, semua itu bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang kita perjuangkan untuk kepentingan orang ramai, untuk kepentingan negara.

Contohnya hak untuk dibicara. Ini bukan persoalan kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah hak asasi manusia. Apa juga kesalahan yang dilakukan, maka dia mempunyai hak untuk di bicara. Apa yang kita bicarakan sebelum ini, hak itu tidak ada. Jadi bila kita berdebat, bila kita berhujah, kita berhujah di atas prinsip-prinsip itu, bukan atas kepentingan-kepentingan lain.

Kedua ialah kita juga kena ingat apa yang kita panjang berbicara di dalam Dewan ini, saya rasa tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa semua orang di sana dan di sebelah sini, masing-masing semua kita sayangkan negara. Jadi bagi saya, tidak timbul persoalan siapa atau mana-mana pihak khususnya Yang Berhormat Sri Gading hendak mempertikaikan tentang patriotisme kita semua. Kita adalah rakyat Malaysia. Kita cintakan negara ini. Bukan hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja boleh bercakap tentang kepentingan nasional. Kita pun juga boleh berbicara tentang kepentingan nasional.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Buat demonstrasi jalanan itu sayang rakyatkah itu?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya rasa antara apa yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan tidak faham. Yang Amat Berhormat bercakap tentang memansuhkan ataupun menilai semula Akta Polis seksyen 27 dengan memberikan roh dan semangat Artikel 10 iaitu hak untuk berhimpun. Maknanya, ini adalah juga satu perakuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Artikel 10 itu memberikan kita hak untuk berhimpun dan kita meminta untuk berhimpun secara aman dan selamat ini yang kita adakan khususnya BERSIH, saya ulangi ia bukan perhimpunan haram tetapi ia perhimpunan…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Berhimpun tetapi bukan di jalan raya. Ada stadium. Kenapa pergi jalan raya?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Perhimpunan yang aman. Jadi saya rasa ini – saya rasa saya tidak mahu layan Yang Berhormat Kinabatangan kerana dia tidak berapa faham soal-soal ini semua.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Paradigma dia masih lama lagi. Saya minta maaf.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Boleh saya mencelah sedikit? Yang Berhormat Balik Pulau bangun, Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Kemudian. Ya, silakan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Setuju atau tidak dengan saya, Yang Berhormat Parit Buntar bahawa kalau hendak berhimpun dalam stadium, tidak perlu buat akta.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ya betul. Itu hak. Hak tidak boleh diminta sedekah. Hak adalah sesuatu yang mesti diberi. Itu satu perkara yang kita sudah faham daripada awal lagi. Begitu juga saya hendak sentuh tentang isu-isu ini juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, melibatkan soal salah guna kuasa. Undang-undang yang ada, salah guna kuasa. Saya ada di sini laporan daripada United Nation tentang report of the Working Group on Arbitrary Detention yang menyatakan bahawa – ini bukan daripada Pakatan Rakyat.

Ini bukan daripada mana-mana parti Barisan Nasional bahawa di dalam apa yang dinamakan sebagai kematian di dalam penjara atau dalam detention melibatkan hampir 1,535 orang yang mati di sekitar tahun 2003 hingga tahun 2007. Seramai 85 orang mati dalam lokap polis. Jadi, ini bukankah menimbulkan persoalan secara jujur. Secara jujur. Bukan di atas apa-apa kepentingan, tetapi secara jujur. Orang yang kita ini yang membuat undang-undang dalam Dewan yang mulia ini, kita
berbicara tentang kepentingan nasional. Bukankah kita sepatutnya memikirkan apa masalah
yang berlaku sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai syak wasangka terhadap sejauh
manakah pihak polis dalam melaksanakan undang-undang ini, benar-benar mengikuti prosedur-prosedur. Kalau persoalan itu tidak dipegang, kita takut nanti timbul berbagai-bagai salah tanggap kepada pihak polis yang salah guna kuasa. Saya hanya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat perkara ini dan Ahli-ahli Dewan yang lain untuk melihat perkara ini secara terbuka. Ini bukan persoalan ada kepentingan apa-apa.

Kemudian saya juga hendak menyentuh tentang bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hak asasi manusia ini tidak boleh separuh masa. Hak asasi manusia adalah satu mindset. Satu pakej yang bukan hanya melibatkan undang-undang, tetapi juga melibatkan pendidikan, melibatkan demokrasi, melibatkan keterbukaan, melibatkan sikap profesional. Perkara-perkara ini saya mencadangkan dalam ucapan saya ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mereka yang masih berkuasa lagi di sini supaya benar-benar memerhatikan bahawa walaupun kita menyambut baik segala pemansuhan akta-akta yang ada ini, tetapi saya ingin bertanya kalau boleh diberi penjelasan bahawa pakej ataupun mindset hak asasi manusia yang kita maksudkan adalah supaya hak asasi manusia ini dilihat dalam berbagai-bagai perspektif.

Antaranya ialah masih ada lagi undang-undang yang di atas prinsip-prinsip yang telah saya sebutkan tadi masih lagi belum mendapat satu jaminan apakah ia akan dimansuhkan juga. Antara lainnya ialah saya ingin bertanya tentang Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhasrat juga untuk menilai semula ataupun memansuhkan akta ini kerana sama sahaja prinsip-prinsip yang diamalkan dalam undang-undang sebelum ini dengan apa yang masih berbaki ini. Asasnya tetap sama iaitu masalah prinsip.
Begitu juga tentang the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act.

Adakah juga kita bercadang untuk memansuhkan ini kerana mengikut pandangan The Working Group, mereka telah memberi cadangan bahawa The Working Group points out dengan izin that human rights guarantees in Malaysia are hindered by four preventive laws mainly The Internal Security Act yang telah dimansuhkan dan kita tidak tahu apa yang akan diganti dua lagi itu sehingga hari ini but also Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance, The Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act dan Restricted Residence Act yang telah kita mansuhkan sebelum ini. The Working Group recommends that the government abrogate all this laws as soon as possible.

Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada berucap di dalam usulnya tadi bahawa ini adalah untuk mengikut norma-norma antarabangsa. Saya rasa kita boleh jadikan benchmark norma-norma antarabangsa itu ialah apa yang telah dicadangkan dan direkomendasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini. Begitu juga isu-isu lain yang juga perlu kepada kita menilai semula. Antara amalan-amalan yang saya kata hak asasi manusia yang secara menyeluruh ini iaitu tentang bagaimana juga laporan kita terima tentang RELA. RELA yang telah diberi kuasa untuk menangani pendatang-pendatang asing. Kita setuju. Pendatang-pendatang asing ini menjadi masalah kepada negara kita. Saya rasa kita tidak berbeza pandangan dalam masalah ini. Kita bersetuju. Semua orang bersetuju.

Cuma masalah yang kita sedang bincang ialah tentang bagaimana mereka menanganinya sehingga di dalam laporan United Nation juga, dalam The Working Group menyebut bahawa RELA telah menyalahgunakan. Ini saya minta penjelasan. Telah menyalahgunakan…
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Boleh minta mencelah sikit?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Kedudukan dia itu untuk – ada yang sesetengahnya mengugut, mengancam dan juga rasuah kepada pendatang-pendatang asing ini. So bagi saya ini perlu dibincangkan sekali dengan apa yang kita bawa dalam isu pemansuhan ini. Jadi saya mengharapkan mindset kita – Mindset. Yes, please Yang Berhormat Charles.

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Terima kasih Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai norma-norma antarabangsa dan juga apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, the best democracy. Malaysia should be the most democracy at some point of time. Kita ada dua konsep,dua paradigm. Satu more democracy, satu less democracy. Baru-baru ini iaitu pada bulan Julai 2011 di Norway, kita dapati bahawa selepas letupan bom, lebih kurang 50 orang telah mati atau meninggal dunia dan banyak kecederaan.

Akan tetapi dalam ucapan Perdana Menteri Norway pada masa itu mengatakan yang saya baca daripada ucapan beliau pada masa itu, dia kata; “Extremism will be met with more democracy” dan dalam perenggan itu tertulis:

“Norway’s Prime Minister struck a defiant tone today saying the response to twin attacks that have rocked his country will be more democracy”.

Kita dapati bahawa ada satu paradigma yang mengatakan in the face of extremism and terrorism we meet more democracy. Akan tetapi di Malaysia, walaupun kita terima dengan hati yang terbuka bahawa ISA akan dimansuhkan, syabas saya ucapkan kepada Perdana Menteri kerana memansuhkannya tetapi Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa detention without trial will still stay, akan dikekalkan. Saya juga percaya bahawa Yang Berhormat Padang Rengas juga telah membuat pandangan itu detention with trial will be kekalkan. So there have two paradigm, the face of terrorism and the face of extremism, we want less democracy tetapi di Norway, more democracy. Saya minta pendapat Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya rasa itu satu point yang boleh ditambah ke dalam ucapan saya kerana macam mana saya kata tadi hak asasi manusia yang dibicarakan oleh Perdana Menteri itu satu benda yang kita alu-alukan. Akan tetapi persoalannya ialah, dia mesti datang dalam satu pakej, dia bukan kita hendak mansuhkan sesuatu benda itu kerana perkara lain. Ia mestilah di atas prinsip, dan prinsip itu mesti dilihat secara menyeluruh. Ia tidak boleh hanya dilihat satu segi kerana nanti pelaksanaan itu akan mencacatkan, pemansuhan itu tidak akan membawa pengertian jika pakej hak asasi manusia seperti yang disebut tadi.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bangun]
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Salah satu pendekatan Yang Berhormat Klang tadi menyebut bahawa terrorism. Segala apa yang mengancam keselamatan nasional ini, salah satu cara menanganinya ialah memberi ruang yang lebih kepada demokrasi. Saya setuju.

Antara lainnya ialah persoalan yang belum diselesaikan walaupun kita telah meluluskan special Select Committee tentang pembaikpulihan, SPR itu sendiri sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai masalah, perlu direformasikan bagi menjawab persoalan, masalah yang kita hadapi ini, supaya rakyat bagi suara dia. Saya juga ingin memberi satu pengalaman di negara-negara Arab, yang dikenali the Arab spring atau kebangkitan Arab baru-baru ini. Masalah besar yang dihadapi kenapa rakyat bangkit ialah tidak ada demokrasi, ini masalah dia.

Jadi masalah kita di sini, kalau kita bagi demokrasi kita takut kita punya kepentingan terjejas. Bagi saya, Barisan Nasionalkah, Pakatan Rakyatkah, siapa sahaja yang memerintah, itu tidak penting, yang penting asas-asas ini tertegak bagi masa depan generasi kita, itu yang lebih utama. Akan tetapi kalau kita masih berfikir di atas jauh untuk mengekalkan kuasa, selagi itu kita tidak dapat membuat reformasi yang menyeluruh, silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Parit Buntar. Oleh kerana pembentangan ini untuk memansuhkan akta ini dikatanya tadi kerana undang-undang ini dianggap lapuk. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Parit Buntar kata tadi, mungkin ada sebab-sebab yang berlainan.

Saya rasa lapuk ini bermaksud pada pandangan saya agaknya tidak berkesan. Oleh kerana tidak berkesan, maka apa perlu dikekalkan akta itu? Saya merasa begitu dan sekali gus hendak kata pandangan Yang Berhormat Parit Buntar.

Saya dengar dan melihat banyak laporan mengatakan bahawa kadar jenayah tidak juga menurun, makin hari makin meningkat. Banyak indeks yang menunjukkan perkara ini berlaku dan statistik juga dimanipulasikan atas peristiwa-peristiwa ataupun angka-angka ini. Akan tetapi kalau sekiranya dimansuhkan atau ditarik balik atau dibatalkan atas sebab ia tidak Berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Saya rasa itu memang satu perkara yang ada agenda lain, bukan agenda untuk melihat keberkesanan atau mendapat kebaikan daripada menarik akta ini. Saya rasa kita juga bertanggungjawab untuk memberi penerangan daripada menarik akta ini sebab kerana tidak berkesan dan kalau duduk di situ dia jadi macam al-Quran buruk yang tidak boleh buat apa. Oleh kerana itu, kerajaan memilih untuk menarik akta-akta yang kalau akta itu berterusan duduk di situ, akan menjadi impak yang tidak baik kepada kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Seperti mana yang saya katakan tadi, mindset, daripada awal lagi bila kita bicara tentang Select Committee, tentang SPR. Banyak daripada rakan-rakan saya sebelah sana berhujah, berhujah menyatakan bahawa: ”Oh! Kalau SPR tidak betul, kenapa pembangkang boleh menang?” dengan izin, is not that issue, bukan soal pembangkang menang atau pembangkang kalah. Biarlah pembangkang kalah tetapi sistem itu berjalan, sistem yang adil, itu isu dia. Jadi mindset perbahasan kita sepanjang dua, tiga hari ini, seolah-olah kita terkongkong dengan kokun kita, dalam kepompong kita, seolah-olah apa yang kita cakap ini kerana hendak mengekalkan kuasa – Oh! SPR kalau tidak adil, kenapa pembangkang menang di beberapa negeri? Saya rasa ini hujah yang cukup dangkal.

Kita bercakap tentang prinsip, siapa menang, siapa kalah nombor dua, tetapi sistem itu mesti dilihat berjalan. Itu isu yang kita bawa. Saya rasa saya akan masukkan sebagai ucapan saya itu bahawa apa yang perlu ada ialah mindset yang jelas tentang satu pakej hak asasi manusia yang saya rasa perlu di address. Termasuklah isu AUKU, yang belum diselesaikan. Isu AUKU jelas menjejaskan hak asasi manusia khususnya di kalangan para pelajar dan para pensyarah.

Jadi saya menyatakan dengan jelas bahawa apabila kita berbicara tentang rang undang-undang ini, kita harus berbicara dengan minda yang terbuka. Kita harus berbicara dengan satu kepentingan nasional, dan kepentingan nasional itu tidak hanya ditafsirkan oleh pihak tertentu. Kepentingan nasional itu perlu ditafsirkan dalam keterbukaan semua pihak. Barulah kita dapat buat satu undang-undang yang lebih efektif, kita mereformasikan apa sahaja yang selama ini kita anggap lapuk, barulah kita dapat berjalan ke hadapan. Saya terus terang merakamkan dalam ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini, sebahagian besar daripada kita berucap. Sebahagian besarnya hanya bercakap tentang kepentingan peribadi, kepentingan politik dia, kepentingan parti dia. Kita bercakap di sini mewakili rakyat bercakap tentang kepentingan nasional, kepentingan rakyat. Kita dibawa ke sini untuk bercakap.

Jadi saya mengulangi semula, masih ada banyak lagi khususnya seksyen 27, Akta Polis itu, Yang Amat Berhormat, telah banyak sungutan rakyat, telah banyak sungutan dan persepsi yang negatif kepada pihak polis. Pihak polis seharusnya menjaga kepentingan umum, menjaga kepentingan rakyat bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Ini yang kita minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan kepada pihak polis, jangan menjadi alat kepada kepentingan pihak-pihak yang tertentu. Jadilah alat untuk kepentingan nasional. Ini profesionalisme polis, tetapi kalau kita bertugas hanya untuk memuaskan hati orang-orang tertentu, hanya untuk mendengar arahan-arahan orang tertentu, ini akan menjejaskan persepsi orang ramai terhadap polis itu sendiri. Polis orang tidak akan hormat. Bukan kita tidak hormat kerana polis tetapi polis tidak menunjukkan sikap profesionalisme dia menjaga kepentingan nasional, bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Dengan ini saya mahu merumuskan Tuan Yang di-Pertua, tidak ada satu rumusan yang terbaik melainkan daripada peringatan Allah SWT, yang dirakamkan dalam Surah Hud, ayat 113, sama-samalah kita insaf, sebagai penggubal-penggubal dasar yang berucap di sini bukan untuk kepentingan diri dia, tetapi untuk kepentingan yang amanah yang Allah SWT bagi kepada kita. [Membaca
sepotong ayat al-Quran]

“Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka, dan kemudian kamu tidak akan mendapati sesiapa selain daripada Allah SWT sebagai penolong kamu dan tidak ada sesiapa daripada Allah SWT sebagai penolong kamu. Dan dengan perbuatan itu, kamu tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT”.

Dengan peringatan itu, saya harap semua pihak insaf, moga-moga kita dapat berbincang dengan lebih terbuka…

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang zalim itu Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Gombak, itu yang zalim.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: …Dan bercakap tentang kepentingan nasional, bukan kepentingan pihak tertentu atau individu-individu tertentu.
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: Beliau zalim sebab tidak beri cek.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Kelana Jaya, janganlah banyak runding-runding.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: