Najib dan Kim Sai Cetus Isu, Negara Jadi Gawat

image

Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 – Perbahasan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya seronok tengok wakil Barisan Nasional, Yang Berhormat Kinabatangan berhujah tadi dengan penghujahan-penghujahan beliau yang boleh diisytiharkan sebagai Raja Lawak Parlimenlah. [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik, Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan pelawak di sini, saya serius membincangkan, Ahli Parlimen. Kalau saya raja lawak, Yang Berhormat apa? Tarik balik.
Beberapa ahli: [Menyampuk]

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tidak, saya kata Raja Lawak, saya tengok PM pun…
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Raja Lawak Timbalan Presiden PAS bukan saya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: …Ketawa tadi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Pokok Sena…
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik, tarik balik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Pokok Sena, kita sedang membahaskan perkara yang serius. Tolonglah jangan menghina orang.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dengarlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan menghina orang.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena hormat diri sendiri, tarik baliklah, kita kawan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Pasal saya tengok PM gelak, tadi ketawa sebab itu saya kata Yang Berhormat Raja Lawak yang cukup hebat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Gelak bukan bermakna kita lawak. Tolonglah…

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tolonglah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Okey, saya tarik baliklah. Memang kita ketawa pun pasal Yang Berhormat memang hebat untuk berlawak di sini.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, teruskan.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih. Saya kira bahawa prinsip untuk kita berdiri di sini untuk memang daripada awal bersetuju dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad ini termasuk ISA ialah prinsipnya ialah untuk kita menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara. Ini prinsip asas yang harus kita terima bukan hanya sekadar untuk kita membicarakan persoalan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Prinsipnya ialah kita kena menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara di negara kita kerana inilah yang menyebabkan berlakunya kezaliman ke atas ramai orang. Saya katakan ISA umpamanya, saya sendiri menjadi mangsa ISA dan saya juga menjadi mangsa di bawah ISA yang agak serupa dengan Akta Kediaman Terhad selepas satu tahun saya berada di Kamunting. Kemudian satu tahun saya berada di dalam seperti Undang-undang Kediaman Terhad tetapi itu di bawah ISA.

Pada waktu itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlepas daripada tindakan di bawah ISA kerana diberikan cuti selama dua bulan di Australia. Itu diberikan, Yang Amat Berhormat sendiri bersama dengan Datuk Lee Kim Sai daripada MCA yang mencetuskan isu yang menyebabkan negara kita berada di dalam kegawatan pada waktu itu. [Tepuk] Saya tidak terlibat, sama ada saya atau pemimpin DAP tidak terlibat dalam isu kegawatan perkauman pada waktu itu termasuk Yang Berhormat Kepong. Yang terlibat ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu selaku Ketua Pemuda UMNO dengan Lee Kim Sai daripada MCA pada waktu itu. Ini fakta. Ini sejarah yang tidak boleh dinafikan.

Akan tetapi pada waktu itu oleh kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa yang juga Menteri Dalam Negeri, akhirnya yang menjadi mangsa ialah daripada pembangkang. Jadi, bagi saya bahawa undang-undang tanpa bicara ini memberi kuasa yang begitu besar kepada Menteri Dalam Negeri untuk menyalahgunakan kuasa mereka di samping undang-undang itu sendiri bertentangan dengan prinsip hak asasi iaitu undang-undang yang sepatutnya dibawa kepada mahkamah untuk mengadili seseorang yang dituduh. Akan tetapi sebaliknya selepas daripada itu undang-undang itu juga disalah gunakan juga oleh Menteri Dalam Negeri untuk melepaskan orang yang sepatutnya berada dalam tahanan ISA iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu.

Yang Berhormat boleh menggeleng kepala tetapi Yang Amat Berhormat berada di Australia dua bulan, Perdana Menteri bagi cuti dua bulan.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Kita tidak lupa, tidak lupa.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya yang jadi mangsa, Yang Berhormat Shah Alam jadi mangsa, Yang Berhormat Kepong jadi mangsa. Siapa lagi jadi mangsa? Ini sejarah. Akan tetapi terima kasihlah Yang Berhormat hendak hapuskan ISA. Saya minta bahawa biarlah kita berdiri di atas prinsip untuk menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara.

Jadi, isu yang saya hendak bangkit di sini ialah apabila – bukan sekadar Kediaman Terhad ini tetapi ISA itu sendiri. Apabila Yang Amat Berhormat hendak mansuh tetapi hendak digantikan dengan dua undang-undang yang lain.

Saya boleh terima soal penggantian dua undang-undang yang lain. Akan tetapi kenapa masih ada unsur-unsur undang-undang tanpa bicara? Masih ada unsur undang-undang tanpa bicara, kuasa Menteri untuk menahan dan sebagainya. Ini seperti mana yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, hendak merujuk kepada patriot, hendak merujuk kepada undang-undang anti keganasan di United Kingdom dan sebagainya. Bermakna bahawa kita masih hendak mempertahankan unsur undang-undang tanpa bicara sedangkan unsur undang-undang tanpa bicara ini ialah merupakan satu perkara yang kita berdiri hari ini untuk menolak kerana kita dapati ia merupakan satu kezaliman ke atas orang yang telah dituduh.

Yang keduanya ialah, bahawa undang-undang yang hendak digantikan kepada ISA masih mempunyai unsur untuk memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri dan saya percaya bahawa apabila beri kuasa kepada Menteri Dalam Negeri dan inilah yang akan menyebabkan mengulangi peristiwa sepertimana Yang Amat Berhormat terlepas daripada tindakan ISA sebaliknya memangsakan orang lain untuk dihumban ke dalam Kem Tahanan Kamunting.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Kita tidak lupa.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Jadi, bagi saya bahawa kerajaan tidak konsisten dalam soal penghapusan ISA, penghapusan Undang-undang Kediaman Terhad ini dalam konteks bagi saya ialah bagi menolak asas dan prinsip, kita tidak perlu kepada undang-undang tanpa bicara. Keduanya ialah, saya hendak sebut di sini ialah Yang Berhormat, apa pun undang-undang yang kita hendak kuatkuasakan di dalam negara kita. Yang pentingnya ialah kita harus kuat kuasa dengan penuh amanah, bukan untuk disalahgunakan seperti mana yang berlaku hari ini.

Saya lihat bahawa apa yang disebut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang mengatakan tindakan polis menembak gas pemedih mata dan perhimpunan Bersih adalah satu tindakan yang menyalahi prosedur operasi-operasi polis. Ini juga harus kita lihat, ini saya katakan bahawa dalam konteks salah guna kuasa tetapi hari ini kata Ketua Setiausaha mereka anggota polis yang didapati menembak dalam kawasan hospital itu akan diambil tindakan disiplin. Sedangkan perkara ini bagi saya bahawa tidak boleh kita membebankan kesalahan kepada anggota pihak polis, sedangkan isu yang timbul hari ini, saya bukan kata anggota polis tidak bersalah langsung. Akan tetapi isu yang timbul pada hari ini dalam isu perhimpunan Bersih adalah daripada kegagalan Perdana Menteri dan kerajaan sendiri menangani isu Bersih ini.[Tepuk]

Ini yang menyebabkan berlaku. Oleh sebab itu Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, bapa kepada Yang Berhormat Jerlun mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan kajian daripada Merdeka Centre menunjukkan populariti Perdana Menteri menurun adalah berpunca daripada kegagalan menangani persoalan perhimpunan Bersih. Kerana apa, kata Tun Dr. Mahathir apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak benarkan orang pakai baju kuning, inilah juga antara penyumbang kepada populariti Perdana Menteri juga menurun. [Tepuk]
Baju kuning pun tidak boleh pakai.

Saya hendak katakan bawah isunya ialah dalam perhimpunan Bersih, kerajaan sendiri Perdana Menteri sendiri flip flop. Sekejap kata “Okey, boleh buat stadium,” kemudian tidak boleh beri pula. Kenapa kita harus flip-flop dalam persoalan-persoalan seperti ini? Sebab itu bagi saya bahawa inilah yang menyebabkan seolah-olahnya sentimen politik itu yang mengapi-apikan anggota pasukan keselamatan yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa, sehingga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa polis tidak prosedur.

Sedangkan yang tidak ikut prosedur asalnya ialah kerana flip-flop daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. [Tepuk]

Jadi, bagi saya bahawa kita harus kembali kepada asas yang sebenarnya bahawa sebarang penguatkuasaan undang-undang ialah mesti berasaskan kepada untuk kita menegakkan keadilan bukan hanya kerana hendak menjadi sebagai pelindung kepada kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional. Saya disalah, ditangkap, Yang Berhormat Kubang Kerian ditangkap.
Seorang Ahli: Saya kena tembak… [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dia kena tembak. Sila, bagi laluan.
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Saya rasa dalam kes Bersih, tanggungjawab pihak pemerintah tidak boleh dinafikan kerana mereka mengapi-apikan pihak keselamatan dengan mengatakan bawah orang-orang ini berhimpun untuk hendak jatuhkan kerajaan. Mereka datang dengan parang, dengan ini, dengan itu sedangkan itu merupakan fitnah. Selepas peristiwa itu mereka menyamakan pula apa yang berlaku di himpunan aman Bersih dengan apa yang berlaku di UK. Sedangkan di United Kingdom itu merupakan rusuhan. Tidak ada walaupun satu kereta yang diterbalikkan. [Dewan riuh]

Tidak ada walaupun satu meja yang diterbalikkan. Tidak ada walaupun satu pasu bunga yang telah diterbalikkan tetapi kerajaan bertindak zalim terhadap rakyatnya sendiri sedangkan kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bukan bertindak zalim.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Sebab itu tidak boleh berceramah di masjid, sebab fitnah.
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Kita tidak lupa, kita bukan macam Melayu UMNO yang mudah lupa. Kita tidak lupa.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dahulu. Saya cukup sabar mendengar. Dalam peraturan mesyuarat sewaktu mencelah itu membangkitkan perkara yang telah dibangkitkan oleh wakil rakyat yang sedang berucap. Bukan point atau hujah baru yang menimbulkan perbahasan. Kalau ada di antara Yang Berhormat seperti yang saya sebutkan di awal tadi mahu juga bercakap, cakap, berdiri hendak berhujah sendiri bukan waktu mencelah. Jangan lupa peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pokok Sena, teruskan dan Yang Berhormat tumpukan perbahasan kepada akta. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat lencongkan kepada soal perkara politik, kita tidak dapat habiskan mengenai akta ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tidak, ini mengenai akta dan undang-undang ini walaupun undang-undang ini undang-undang yang hendak kita hapuskan. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi bahawa kesan daripada provokasi politik yang dibawa oleh UMNO kononnya Bersih ini hendak menghuru-harakan negara, hendak menjatuhkan kerajaan. Jadi ini yang menyebabkan pihak polis terpengaruh dan bertindak di luar daripada prosedur operasi pihak polis.

Saya hendak katakan sedangkan dalam Operasi Lalang sewaktu kami ditahan di bawah ISA, provokasi yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO dan kepimpinan MCA. Kepimpinan UMNO menjelajah ke seluruh negara untuk diadakan perhimpunan umat Melayu, hasut orang Melayu. Saya dengar dengan telinga saya, saya pergi ke perhimpunan dan dengar, bawa senjata tajam, basahkan darah orang Cina di Kuala Lumpur, bawa mancis api untuk bakar rumah orang Cina di Kuala Lumpur. Ini berlaku pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, ini tidak betul. Ini pembohongan, bohong.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Akan tetapi pemimpin UMNO hanya berapa kerat sahaja yang ditahan di bawah ISA…
Seorang Ahli: Bohong, bohong.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak betul. Ini bahaya, tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk dahulu. Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kenapa hendak tarik balik pula?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kenyataan yang mengatakan Pemuda UMNO pergi ke seluruh negara supaya membasahkan orang Cina dengan darah, ini satu tuduhan, statement yang tidak bertanggungjawab. Saya minta tarik balik.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya hendak beritahu Yang Berhormat saya tidak akan tarik balik. Saya tidak akan tarik balik. Ini fakta, semua orang tahu, ada dalam report polis.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya ada dalam perhimpunan itu.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Bukan satu perhimpunan, banyak perhimpunan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, saya pun ada. Saya pun masuk ISA juga. Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Inilah dia yang memprovokasi, membuat fitnah,…
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat duduk, duduk.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: …Membangkitkan semangat permusuhan antara kaum. Ini dia orangnya dan saya hendak betulkan tadi, tidak betul kata Perdana Menteri disuruh pergi cuti dua bulan. Tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua: Pasir Salak duduk Yang Berhormat!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu salah fakta. Itu tidak betul kerana Perdana Menteri tidak pernah dihantar ke Australia untuk bercuti. Tidak betul itu, buat macam-macam statement yang suka-suka. Kah kah kah kah apa kah kah kah kah? Inikah pimpinan PAS?
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Pasir Salak duduk!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pimpinan Parti Islam, buat fitnah. Malulah kepada Islam, memalukan Islam, memalukan umah dengan pimpinan yang semacam ini. Saya orang Islam pun malu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Pasir Salak duduk Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, nanti dahulu Yang Berhormat Pokok Sena. Belum saya panggil untuk berucap, duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibahaskan ini akta yang tidak ada kena-mengena dengan soal-soal politik di luar walaupun itu digunakan sebagai asas untuk berhujah. Itu sebabnya saya tegur daripada awal. Soal berbahas Yang Berhormat tidak ada siapa yang menjadi pengadil yang memenangkan atau mengalahkan seseorang daripada hujah.

Selepas ini menteri yang berkenaan akan menjawab daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi Yang Berhormat Pokok Sena teruskan hujah dan jangan terlalu emosi, buat sahaja hujah yang berfakta dan tidak lebih daripada itu. Sila teruskan dan jangan bangkitkan perkara begini.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Baik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagaimana dengan kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena yang mengatakan bahawa Pemuda UMNO…
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tunggulah Menteri jawab, Perdana Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya hendak tahu apakah Tuan Yang di-Pertua membenarkan kenyataan itu berlalu tanpa… [Disampuk] Ini bukan soal jawapan daripada Menteri, ini soal kenyataan itu satu tuduhan kepada UMNO. Saya Pemuda UMNO pada masa itu. Saya tidak boleh terima kenyataan itu. Itu satu tuduhan palsu, fitnah, pembohongan. Apakah Tuan Yang di-Pertua hendak membenarkan kenyataan itu berlalu. Apa tindakan?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak. Saya suka sangat untuk mengguna pakai kuasa saya di bawah peraturan mesyuarat pada setiap kali Yang Berhormat berhujah. Atas sebab supaya perkara seperti begini tidak berlaku, saya boleh buat tetapi tolong apabila berhujah, berhujah secara rasional, jangan keluarkan hujah yang menimbulkan macam begini. Jadi tidak mengapa, buat kali ini saya benarkan untuk meneruskan.
Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena jangan sama sekali membangkitkan isu lagi yang akan mengundang perkara-perkara yang menimbulkan kekecohan seperti begini.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu kenyataan yang menghasut, tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat …
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tidak munasabah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You should not allowed the statement Tuan Yang di-Pertua. Itu kenyataan menghasut, akan keluar dalam paper. Itu kenyataan menghasut.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Itu satu ayat yang menghasut, mengapi-apikan perkauman Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: No problem dakwa sahaja saya di mahkamah.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Kurang ajar, mengapi-apikan.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Heret saya ke mahkamah kalau saya tidak betul, sila buktikan saya tidak betul di mahkamah. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Melaga-lagakan.
Seorang Ahli: Kepala otak engkau.
Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Hendak dapatkan undi Cina.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Apa ini Yang Berhormat Shah Alam? Penipu. Apa?

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: UMNO dan MCA lah yang menjadi pengacau dalam Parlimen kita.
Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Hendak mendapatkan undi masyarakat Cina, lagakan dengan UMNO, tidak adil. Saya sudah tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua UMNO dan MCA yang menjadi punca.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: PAS ini bukan parti Islam. Malulah pemimpin parti PAS macam ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya tidak akan tarik balik. Saya bukan takut untuk pergi mahkamah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Statement yang berbahaya. Tarik balik.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kamu semua boleh dakwa dan seret saya ke mahkamah. Kalau Perdana Menteri selaku Presiden UMNO tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, seret saya ke mahkamah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Memang boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tuan Yang di-Pertua, buat keputusan.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Seret saya ke mahkamah. Kita berhadapan di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya cabar Yang Berhormat bercakap di luar.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya sekejap lagi saya buat statement, bagi saya habis dahulu. Sekejap lagi saya buat statement di luar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sekarang.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: No, sekejap lagi saya buat statement di luar.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, duduk Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kamu boleh minta Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dakwa saya di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Pokok sena sudah terlajak cakap, tarik balik sahajalah kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading! Yang Berhormat Pasir Salak tolong duduk. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dahulu Yang Berhormat Pasir Salak. Belum datang timbul untuk Yang Berhormat Pasir Salak dihalau, duduk dahulu. Yang Berhormat Pokok Sena yang sekarang ini yang menjadi persoalan ialah sama ada kenyataan itu merupakan satu kenyataan menghasut. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Nanti dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong diam. Kalau Ahli Yang Berhormat Pokok Sena merasakan bahawa Yang Berhormat Pokok Sena betul tidak payahlah untuk menarik balik tetapi kalau sekiranya perkataan itu juga dianggap sebagai menghasut, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kerana sebelum ini pun ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang pernah diambil tindakan mahkamah oleh kerana menghasut, jadi terpulang.

Saya cuma pengerusi majlis jangan ada kekecohan seperti begitu lagi dan saya tidak boleh memaksa Yang Berhormat untuk menarik balik. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu risiko yang sebenar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin precedence has been set before any wrong statement unwarranted statement you capable of making a decision asking, meminta wakil rakyat menarik balik. Kenapa dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua tidak boleh buat? I want to ask, kenapa Tuan Yang di-Pertua sudah tidak mampu?

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu kuasa saya. Saya tahu bila saya bertindak. Itu sebab kenapa saya mendengar setiap hujah yang keluar daripada mulut-mulut Yang Berhormat. Akan tetapi kalau saya jalankan kuasa seperti apa yang disebut dari Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak sendiri tidak boleh berdiri setiap kali. Yang Berhormat Gombak! Jangan apabila saya bercakap, ada Ahli Yang Berhormat yang cuba untuk mengganggu. Kadang-kadang saya sabar, kadang-kadang saya gigit bibir, kadang-kadang saya gigit lidah oleh sebab saya hendak tahu bahawa berbahas memang berbahas tetapi jangan melanggar batas.

Seperti yang saya sebut Yang Berhormat Pokok Sena, saya tidak boleh paksa Yang Berhormat Pokok Sena untuk tarik balik kerana itu adalah hasutan. Hasutan satu kesalahan di bawah Perlembagaan. Terpulang kepada Yang Berhormat Pokok Sena dan kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir pada sekarang ini. Kalau itu dianggap sebagai hasutan, ambil tindakan. Kalau ada lagi di antara Ahli Yang Berhormat yang berdiri untuk menimbulkan kekecohan, saya gunakan kuasa saya untuk suruh Yang Berhormat rehat di luar. Yang Berhormat Pokok Sena, tolong berhujah secara berhemah, jangan lagi emosi.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tarik balik dan saya tidak menganggap itu sebagai satu hasutan. Kalau pihak kerajaan menganggap bahawa itu satu hasutan, sila dakwa saya di mahkamah. Saya telah saman polis dan saman Kerajaan Malaysia kerana salah tangkap saya dalam isu Bersih.
Tuan Yang di-Pertua: Sila, teruskan! Teruskan!

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Itu saya berani. Jadi, kerajaan ada kuasa, sila saman saya, insya-Allah. Baik, saya hendak..

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua, boleh cakap apa sahaja di dalam Dewan ini. Selepas itu minta saman. Cakap apa sahaja, minta saman! Kalau begitu, saya minta keluar daripada Dewan ini sekarang.
Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, baik. Okey, saya hendak menggulung
Tuan Yang di-Pertua, berasaskan kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri hari ini akan mengambil tindakan kepada anggota polis dalam isu Bersih kerana tidak ikut prosedur operasi polis. Saya katakan bahawa tidak wajar untuk diambil tindakan kepada anggota polis. Walaupun saya tahu mereka bersalah tetapi tindakan harus diambil kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara.

Inilah merupakan tiga orang yang menjadi punca kepada berlakunya kes seperti mana yang didakwa bahawa polis tidak ikut prosedur operasi polis. Jadi, sebab itu saya mengharapkan bahawa kembali kepada asasnya ialah penolakan pemansuhan Akta Kediaman Terhad ini ialah kita kena kembali kepada asas bahawa kita prinsipnya menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara dalam negara kita kerana kita meyakini sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawa kita ada kaedah, kita ada cara dengan kaedah-kaedah yang sofistikated, mampu untuk membawa mereka ini untuk didakwa di mahkamah. Sekian, terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: