Rangkuman Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (3)

Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 – (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

PKR Kuala Langat (PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud)

DAP Ipoh Barat

PKR Subang

DAP Batu Gajah

PAS Kuala Krai

Teruskan membaca

Rangkuman Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (2)

Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 – Perbahasan Rang Undang-Undang (D.R.26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

[ Perbahasan – PKR Selayang

[ PKR Petaling Jaya Selatan

PKR Kuala Kedah (BN Padang Besar, BN Tuaran )
PKR Indera Mahkota

PAS Padang Terap

PKR Sungai Petani (PKR Balik Pulau)

[Penggulungan – BN Padang Besar, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PKR Balik Pulau ] – Lulus

Rangkuman Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (1)

Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (Khamis) – Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah dan usaha Kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan Kerajaan sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Sungai Petani

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK):-
(a) akan diswastakan sekali lagi, kali ini kepada pihak 1MDB dan Puncak Niaga Sdn. Bhd.; dan
(b) syarat-syarat utama yang akan dikenakan kepada penswasta. [ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Hulu Selangor]

3. Datuk Seri Utama Shahrir Bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau melihat sebarang kebaikan dengan campur tangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan perlaksanaan sistem kaunter teksi berkupon ke Johor Bahru sedangkan sistem ini mewujudkan keadaan orang tengah dan menaikkan kos kepada penumpang teksi. Jika ya, sila nyatakan kebaikan itu. [ Soalan Tambahan : BN Johor Bahru, PAS Rantau Panjang

4. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Segamat menyediakan kemudahan sistem ultrasonik untuk pesakit. Jika ya, sebutkan bilangan mesin yang ada dan jumlah kakitangan yang kini bertanggungjawab. Jika tidak, adakah sistem ini akan diberi kepada pihak hospital. [ Soalan Tambahan : DAP Bakri

5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji kriminologi penyerang asid dan bercadang mengawal penjualan asid di pasaran terbuka, memandangkan jenayah menyerang mangsa rompakan dengan asid tanpa alasan membalas dendam kerap berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PAS Rantau Panjang

6. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah telah dibina di Sibu dalam 5 tahun yang lalu. Apakah syarat-syarat dan kelayakan untuk rumah-rumah tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Sibu

Rangkuman Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 (3)

Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 – Perbahasan (D.R.28/2011) Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 [Perdana Menteri]

Perbahasan – PKR Balik Pulau

PAS Parit Buntar ( Bebas Padang Serai, BN Sri Gading, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, DAP Klang, PKR Indera Mahkota )

DAP Seremban

PKR Batu ( PKR Lembah Pantai

[ Penggulungan – PKR Balik Pulau, PKR Batu, PKR Lembah Pantai, PKR Batu

Rangkuman Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 (2)

DEwan Rakyat 5 Oktober 2011 – Perbahasan Rang Undang-Undang (D.R.27/2011) Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 [ Perdana Menteri ]

[ Perbahasan – DAP Kepong ( BN Batang Sadong )

PAS Pokok Sena (BN Kinabatangan, BN Sri Gading, PAS Shah Alam, BN Pasir Salak)

[ Penggulungan – PAS Rantau Panjang, PAS Pokok Sena, DAP Puchong

Rangkuman Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 (1)

Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 (Rabu)

Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah usaha Kementerian bagi memastikan pelajar sekolah memahami sejarah negara, menghargai perpaduan dan sayangkan negara; dan
(b) apakah Kementerian berpuashati dengan penekanan mata pelajaran Sejarah di sekolah sekarang dan apakah ada cadangan untuk mengkaji semula fakta sejarah dalam sistem pendidikan negara sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PKR Gombak ,

PAS Pokok Sena

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berperanan di dalam memudahkan urusan perbicaraan di mahkamah syariah dan apakah usaha yang dilakukan oleh JKSM dari sudut penggubalan kaedah, arahan amalan dan pekeliling bagi mempercepatkan perbicaraan di Mahkamah syariah. [ Soalan Tambahan : PAS Bachok]

4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) kos keseluruhan bagi projek membaik pulih dan menaik taraf Bangunan Parlimen dengan memberikan pecahan untuk setiap kerja tertentu; dan
(b) nyatakan kemudahan tambahan akan diperolehi selepas projek ini dan berapakah jumlah kerusi tambahan Ahli Parlimen dapat disediakan. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka

PAS Pokok Sena

5. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha positif pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di seluruh negara. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, DAP Kepong, DAP Seputeh