Rangkuman Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (1)

Dewan Rakyat 6 Oktober 2011 (Khamis) – Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah dan usaha Kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan Kerajaan sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Sungai Petani

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK):-
(a) akan diswastakan sekali lagi, kali ini kepada pihak 1MDB dan Puncak Niaga Sdn. Bhd.; dan
(b) syarat-syarat utama yang akan dikenakan kepada penswasta. [ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Hulu Selangor]

3. Datuk Seri Utama Shahrir Bin Ab. Samad [ Johor Bahru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau melihat sebarang kebaikan dengan campur tangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan perlaksanaan sistem kaunter teksi berkupon ke Johor Bahru sedangkan sistem ini mewujudkan keadaan orang tengah dan menaikkan kos kepada penumpang teksi. Jika ya, sila nyatakan kebaikan itu. [ Soalan Tambahan : BN Johor Bahru, PAS Rantau Panjang

4. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Segamat menyediakan kemudahan sistem ultrasonik untuk pesakit. Jika ya, sebutkan bilangan mesin yang ada dan jumlah kakitangan yang kini bertanggungjawab. Jika tidak, adakah sistem ini akan diberi kepada pihak hospital. [ Soalan Tambahan : DAP Bakri

5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji kriminologi penyerang asid dan bercadang mengawal penjualan asid di pasaran terbuka, memandangkan jenayah menyerang mangsa rompakan dengan asid tanpa alasan membalas dendam kerap berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PAS Rantau Panjang

6. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah telah dibina di Sibu dalam 5 tahun yang lalu. Apakah syarat-syarat dan kelayakan untuk rumah-rumah tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Sibu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: