Dewan Rakyat 10 Oktober 2011 – MP Pakatan Rakyat Soal Kerajaan

Dewan Rakyat 10 Oktober 2011 – Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan Dasar Jaminan Makanan Negara yang turut melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta keseriusan Kerajaan bagi menjamin pengeluaran hasil makanan negara. [ Soalan Tambahan : BN Arau, PKR Machang ]

2. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah status terkini rancangan Kerajaan untuk membina kereta kabel di Bukit Larut (Maxwell Hill) serta langkah-langkah Kerajaan untuk membangunkan industri perlancongan di bandar Warisan Taiping. [ Soalan Tambahan : DAP Taiping, BN Lenggong ]

3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah hutang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 10 tahun khususnya dalam pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, DAP Bagan ]

4. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) butiran terakhir jumlah peneroka yang masih terhutang dengan FELDA serta jumlah keseluruhannya; dan
(b) jumlah wang caruman tanaman semula dalam Tabung Tanam Semula setakat ini [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, Bebas Pasir Mas ]



5. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan adakah terdapat acara (event) baru dan usaha mengenal pasti tarikan baru di Labuan oleh Kementerian di dalam usaha membawa lebih ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara mengunjungi Labuan sekaligus menghidupkan Industri Pelancongan di Labuan. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, PKR Balik Pulau ]

6. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir atau ‘dropout’ daripada aliran sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut pecahan kaum dari tahun 2006 hingga 2010. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Dungun ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: