Dewan Rakyat 12 Okt 2011 – MP Pakatan Rakyat soal Kerajaan

Dewan Rakyat 12 Oktober 2011 – Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan implikasi terhadap imej Malaysia akibat diisytiharkan perjanjian di antara Malaysia dan Australia tidak sah berhubung dengan pendatang asing yang memohon perlindungan. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sading, PAS Tumpat ]

2. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berkenaan dengan kes jurukamera BERNAMA TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang mati ditembak terkena peluru sesat di Somalia baru-baru ini, apakah tidak terdapat sebarang garis panduan atau arahan keselamatan yang wajib dipatuhi seperti memakai baju kalis peluru bagi petugas-petugas sukarelawan kemanusiaan yang bertugas di negara-negara yang bergolak. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, Bebas Pasir Mas]

3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan dan strategi baru yang akan diselami oleh Kementerian khasnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk mengurangkan bilangan kemalangan maut semasa musim perayaan. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, PKR Lembah Pantai]

4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah aduan-aduan yang sering dikemukakan oleh pembeli rumah terhadap pemaju perumahan dan sejauh manakah undang-undang berkesan untuk memastikan pemaju tidak melambatkan pemohonan mendapatkan sijil kelayakan (CF atau CCC -Certificate of compliance and completion). [ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Kuala Krau]



5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan keyakinan pelabur asing ekoran penurunan penarafan kredit AAA untuk Amerika Syarikat kepada AA+ untuk kali pertama sejak negara itu memperolehinya pada tahun 1917. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Machang]

6. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) pencapaian kejayaan Program Latihan Khdimat Negara (PLKN) dalam memberi kesedaran awal kepada remaja, adakah mereka yang menyertai PLKN masih terlibat dalam jenayah; dan
(b) jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian sejak awal penubuhan hingga 2011. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, PKR Tanah Merah]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: