Lanjut Tempoh Konsesi BERNAS tamat Januari 2011?

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 – Pertanyaan Lisan Jawab Bertulis

DATO’ HAJI MAHFUZ BIN OMAR [POKOK SENA ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah justifikasi Kementerian Melanjutkan tempoh konsesi BERNAS setelah tamat tempoh pada Januari 2011. Adakah BERNAS berjaya melaksanakan obligasi sepertimana yang termaktub dalam perjanjian privatasi terutama sekali isu ‘stockpile’, peningkatan pengeluaran padi dan apakah usaha BERNAS bagi memastikan kestabilan harga ‘price stabiliti’ serta nyatakan kemajuan BERNAS selama 15 tahun dan memenuhi perjanjian privatasi.

JAWAPAN OLEH : Y.B MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Di Pertua,
Jemaah Menteri pada 18 Mac 2011 telah bersetuju supaya perjanjian penswatawaan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dilanjutkan untuk tempoh 10 tahun lagi iatu 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2012.Penyambungan tempoh perjanjian penswastaan BERNAS adalah berasaskan BERNAS telah melaksanakan semua obligasi sosial seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian penswastaan terdahulu,memberi penjimatan kos kepada Kerajaan dalam menguruskan obligasi sosial tersebut dan
BERNAS mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh,berpengalaman,memiliki infrastrukur dan kewangan dalam setiap industri serta syer pasaran.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Perunding KPMG dan Malaysian institute of Economic (MIER) mendapati BERNAS telah melaksanakan obligasi sosial yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Antaranya obligasi sosial yang telah dilaksanakan oleh BERNAS adalah:
i) mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara sebanyak 292,000 tan metrik pada setiap masa;
ii) mengurus semua Pusat Pembelian Padi;
iii) menjadi Pembeli Terakhir Padi pada Harga Minimum Terjamin iaitu RM 750 tan metrik;
iv) menguruskan skim Subsidi Harga Padi ; dan
v) menguruskan Skim Kilang-Kilang Bumiputera.

BERNAS juga telah dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas utama melindungi kepentingan pengguna seperti:

i) memastikan harga beras ang berpatutan dan stabil;
ii) memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi; dan peraturan yang telah ditetapkan

SPR perlu perbaiki kelemahan tanpa tunggu Tuntutan BERSIH 2.0

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 – Pertanyaan Lisan Jawab Bertulis

DATO’SERI ANWAR BIN IBRAHIM minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasanya yang sedia ada di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya bagi memperbaiki sendiri kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

JAWAPAN: YB DATO’SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi utama SPRadalah seperti berikut:
(a) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,dan Dewan Undangan Negeri,dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;
(b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih;dan
(c) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagianPilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapanya urusan kajian dan Persempadanan semula yang terdahulu.

Sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas,setiap tindakan SPR berpandukan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi Negara serta kehendak suara rakyat terbanyak(the majority) di dalam parlimen.

Dalam hal ini perlu dijelaskan bahawa SPR melaksanakan fungsi-fungsinya menurut kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang seperti berikut;
(a) Perlembagaan Persekutuan (Perkara 113-120)
(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
(c) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta19)
(d) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)1981;
(e) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002;dan
(f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Ini termasukkah dalam melakukan usaha-usaha pembahauran dan penambahbaikan di dalam pengurusan dan operasinya yang bertujuan utama untuk memantapkan lagi system pilihan raya,sekali gus demokrasi di Malaysia.

Berhubung dengan “BERSIH 2.0” yang menuntut lapan (8) Perkara yang terdiri daripada;
(i) SPR perlu melaksanakan Pembersihan Daftar Pemilih;
(ii) SPR perlu melaksanakan Pembaharuan Sistem Undi Pos;
(iii) SPR perlu melaksanakan Penggunaan Dakwat Kekal;
(iv) SPR perlu memperuntukan Tempoh Berkempen Tidak Kurang dari 21 hari;
(v) SPR perlu menjamin adanya Akses Media Yang Bebas dan adil;
(vi) memperkukuhkan Institusi Awam;
(vii) Memberhentikan Amalan Rasuah; dan
(viii) Membehentikan Amalan Politik Kotor,
SPR mendapati hanya lima (5) Perkara sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan bidang tugus SPR,iaitu Perkara (i) sehingga (v) sahaja,manakala Perkara (vi) hingga (viii) bukan termasuk di dalam bidang kuasa SPR.
Kelima-lima Perkara tersebut telahpun diambil maklum oleh SPR untuk dikaji dan dilaksanakan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh “BERSIH 2.0” dalam tuntutan mereka bukan perkara baru kerana ia juga sering di bangkitkan di dalam Mesyuarat Parlimen,sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara oleh Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat secara sah di sisi Perlembagaan.

Malah,tanpa tuntutan-tuntutan tersebut pun,perkara-perkara ini telah lama dan senantiasa menjadi focus SPR dalam melaksanakan tanggungjawab bukan sahaja untuk membersih bahkan untuk memberdaya (to empower) serta merekayasa ( to re- engineer) sistem pengurusan dan operasi pilihan raya di Malaysia.

Namun,kebelakangkan ini isu ketelusan proses pilihan raya yang diamalkan sering dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang lantang menyanggah kewibawaan dan keupayaan SPR dalam menjalankan fungsi-fungsinya yang telah ditetapkan di dalam
Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru,untuk berlaku adil kepada SPR dan pihak-pihak yang mempertikaikan peranan SPR,dan sejajar dengan semangat demokrasi,Kerajaan telah tampil mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang sedia ada agar lebih adil,telus dan demokratik serta progresif.Ini merupakan suatu langkah bijak bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya di negara ini bermuhasabah dan menyampaikan suara hati nurani (conscience) mereka melalui wakil-wakil mereka yang dilantik melalui Jawatankuasa Pemilih Parlimen agar suatu kajian secara komprehensif dan holistik mengenai pembaharuan proses pilihan raya dapat dilakukan dan dikemukan kepada SPR dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

6 Perlindungan sehinga 15 Dis 2010 sejak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 – Pertanyaan Lisan Jawab Bertulis

SOALAN
Dr.Mohd Hatta bin Md Ramli ( Kuala Krai) minta PERDANA MENTERI menyatakan beberapa orangkah yang telah ditawarkan perlindungan di bawah Whistleblower Protection Act dan Witness Protection Act semenjak ia dikuatkuasakan dan agensi penguatkuasaan yang mana telah menggunakannya.

JAWAPAN : YB.DATO’SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,
Untuk pengetahuan Yang Berhormat,sejak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010, sebanyak 4 perlindungan telah diberi oleh suruhanjaya Syarikat Malaysia dan 2 perlindungan diberi oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Agensi-agensi penguatkuasaan yang lain