SPR perlu perbaiki kelemahan tanpa tunggu Tuntutan BERSIH 2.0

Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 – Pertanyaan Lisan Jawab Bertulis

DATO’SERI ANWAR BIN IBRAHIM minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasanya yang sedia ada di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya bagi memperbaiki sendiri kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

JAWAPAN: YB DATO’SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi utama SPRadalah seperti berikut:
(a) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,dan Dewan Undangan Negeri,dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;
(b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih;dan
(c) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagianPilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapanya urusan kajian dan Persempadanan semula yang terdahulu.

Sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas,setiap tindakan SPR berpandukan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi Negara serta kehendak suara rakyat terbanyak(the majority) di dalam parlimen.

Dalam hal ini perlu dijelaskan bahawa SPR melaksanakan fungsi-fungsinya menurut kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang seperti berikut;
(a) Perlembagaan Persekutuan (Perkara 113-120)
(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
(c) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta19)
(d) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)1981;
(e) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002;dan
(f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Ini termasukkah dalam melakukan usaha-usaha pembahauran dan penambahbaikan di dalam pengurusan dan operasinya yang bertujuan utama untuk memantapkan lagi system pilihan raya,sekali gus demokrasi di Malaysia.

Berhubung dengan “BERSIH 2.0” yang menuntut lapan (8) Perkara yang terdiri daripada;
(i) SPR perlu melaksanakan Pembersihan Daftar Pemilih;
(ii) SPR perlu melaksanakan Pembaharuan Sistem Undi Pos;
(iii) SPR perlu melaksanakan Penggunaan Dakwat Kekal;
(iv) SPR perlu memperuntukan Tempoh Berkempen Tidak Kurang dari 21 hari;
(v) SPR perlu menjamin adanya Akses Media Yang Bebas dan adil;
(vi) memperkukuhkan Institusi Awam;
(vii) Memberhentikan Amalan Rasuah; dan
(viii) Membehentikan Amalan Politik Kotor,
SPR mendapati hanya lima (5) Perkara sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan bidang tugus SPR,iaitu Perkara (i) sehingga (v) sahaja,manakala Perkara (vi) hingga (viii) bukan termasuk di dalam bidang kuasa SPR.
Kelima-lima Perkara tersebut telahpun diambil maklum oleh SPR untuk dikaji dan dilaksanakan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh “BERSIH 2.0” dalam tuntutan mereka bukan perkara baru kerana ia juga sering di bangkitkan di dalam Mesyuarat Parlimen,sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara oleh Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat secara sah di sisi Perlembagaan.

Malah,tanpa tuntutan-tuntutan tersebut pun,perkara-perkara ini telah lama dan senantiasa menjadi focus SPR dalam melaksanakan tanggungjawab bukan sahaja untuk membersih bahkan untuk memberdaya (to empower) serta merekayasa ( to re- engineer) sistem pengurusan dan operasi pilihan raya di Malaysia.

Namun,kebelakangkan ini isu ketelusan proses pilihan raya yang diamalkan sering dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang lantang menyanggah kewibawaan dan keupayaan SPR dalam menjalankan fungsi-fungsinya yang telah ditetapkan di dalam
Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru,untuk berlaku adil kepada SPR dan pihak-pihak yang mempertikaikan peranan SPR,dan sejajar dengan semangat demokrasi,Kerajaan telah tampil mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang sedia ada agar lebih adil,telus dan demokratik serta progresif.Ini merupakan suatu langkah bijak bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya di negara ini bermuhasabah dan menyampaikan suara hati nurani (conscience) mereka melalui wakil-wakil mereka yang dilantik melalui Jawatankuasa Pemilih Parlimen agar suatu kajian secara komprehensif dan holistik mengenai pembaharuan proses pilihan raya dapat dilakukan dan dikemukan kepada SPR dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: