Dewan Rakyat 13 Oktober 2011 – Soalan MP Pakatan Rakyat

Dewan Rakyat 13 Oktober 2011 – . Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengenakan denda lebih tinggi bagi menangani masalah pengiklan yang tidak bertanggungjawab dan terus menampal iklan haram di sekitar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Kepong ]

2. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan serius untuk melaksanakan kaedah “food stamps” bagi menangani keperitan hidup golongan berpendapatan rendah dan apakah caranya ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa ketirisan dan disalah guna sebagai langkah jangka dekat. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor, BN Sri Gading ]

3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci rancangan PRASARANA untuk membina MRT bawah tanah di sekitar Jalan Sultan, serta kenapa Kerajaan tidak boleh membuat jaminan bahawa selepas MRT dibina penghuni-penghuni asal boleh mengambil balik pemilikan tanah tersebut dan apa tindakan akan diambil oleh Kerajaan sekiranya itu berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Alor Gajah, DAP Bukit Bintang ]

PKR Lembah Pantai


4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tujuan PTPTN memutuskan untuk menawarkan pembiayaan pendidikan kaedah ujrah dan mengapakah red tape di dalam permohonan pertukaran pinjaman tersebut. Nyatakan tunggakan pinjaman oleh peminjam sehingga kini. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah ]

5. Dato’ Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda untuk memelihara tahap kesejahteraan ibu bapa dan warga emas bagi memastikan golongan yang mewakili lebih daripada 500,000 orang rakyat negara ini akan terus terbela. [ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PKR Ampang ]

7. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah terkini graduan dari pelbagai jurusan pengajian di bawah Kolej Komuniti di seluruh negara dan jumlah dan peratusan yang sudah bekerja sama ada dengan orang lain atau bekerja sendiri. [ Soalan Tambahan : BN Mas Gading, DAP Beruas ]

8. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bas sekolah yang usang yang melebihi 30 tahun akan dikuatkuasakan dan apakah dasar-dasar Kerajaan Persekutuan supaya keselamatan pengguna tidak terjejas. [Soalan Tambahan : DAP Tanjong

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: