Dewan Rakyat 24 Oktober 2011: MP PR – Menteri Di JPM (3)

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 – Penggulungan Perbahasan [ Menteri Di JPM (KPI – BN Senator)]

PAS Parit Buntar

[ Menteri Di JPM (NKRE BN Tasek Gelugor)

PKR Indera Mahkota

PAS Kuala Selangor

Teruskan membaca

MP PAS Soal Kerajaan – Isu Peperiksaan, Suhu dan Peneraju Koridor

Dewan Rakyat 20 Oktober 2011 – Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

2. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah yang telah dikeluarkan surat pekeliling bagi memastikan semua bangunan Kerajaan menggunakan suhu penghawa dingin di bawah 24 Celcius bagi menjimatkan tenaga.

6. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tentang arahan yang tidak jelas dan kertas soalan yang dikemukakan dalam dua bahasa dalam peperiksaan kebangsaan (UPSR, SRP dan SPM) menyebabkan Guru Besar/Pengetua membuat tafsiran sendiri. Di kebanyakan sekolah di luar bandar, proses P&P di peringkat sekolah dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nyatakan pendirian Kementerian dalam perkara tersebut.

8. Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelaburan yang diperolehi oleh ECER pada separuh pertama 2011 dan apakah prestasinya berbanding dengan koridor-koridor lain.