Dewan Rakyat 3 Nov. 2011: MP Pakatan Rakyat Soal Kerajaan (1)

Dewan Rakyat 3 Nov 2011 – Sesi Pertanyaan jawab lisan
1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status Tawau sebagai pintu masuk dan kini menjadi pusat transit aktiviti penyeludupan manusia antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Tawau baru-baru ini satu perkara baru. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PAS Tumpat ]

2. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah subsidi yang diberikan kepada AirAsia semasa mereka melaksanakan khidmat Rural Air Services (RAS) sebelum mereka kemudiannya menarik diri. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, Bebas Wangsa Maju, BN Maran ]

3. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah bagi memastikan tahap pencemaran terutamanya di kawasan pesisiran pantai terkawal, adakah terdapat program-program untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan memelihara kebersihan persekitaran pantai dan mengitar semula sampah di kalangan penduduk setempat. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, DAP Beruas, BN Putatan ]

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembinaan pusat pemeriksaan Kastam di pintu No.1, Rantau Panjang yang tidak mengikut spesifikasi yang betul dan tepat serta melibatkan pencerobohan tanah rakyat yang berdekatan. [ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, Bebas Pasir Mas ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: