Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [PermatangPauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota-anggota polis yang bertindak ganas terhadap wartawan-wartawan dan peserta-peserta perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012 serta maklumbalas Kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia mengenai keganasan polis semasa perhimpunan Bersih tersebut.[ SoalanTambahan : PKR PermatangPauh, YB Sri Gading ]
3. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [ PayaBesar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan faktor-faktor yang membolehkan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai penjana keuntungan kumpulan syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana apabila disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan apakah status terkini mengenai firma global yang bakal menjadi rakan niaga strategik antarabangsa FGVH.[ SoalanTambahan : BN Paya Besar, PKR Machang ]
4. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Marang, BN Arau ]
5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ SriGading ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kayuukur kejayaan ‘Himpunan Jutaan Belia’ dalam sambutan Hari Belia Negara pada bulan Mei yang lalu serta sejauhmana ia menjadi pemangkin halatuju golongan belia dalam cabaran terkini dan masadepan. [ SoalanTambahan : BN Sri Gading, PKR Lembah Pantai ]
Filed under: Ucapan |
Tinggalkan Jawapan