MP PAS Marang: Hasil Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 25.09.2012 [SELASA]
SOALAN : YB Dato’ Seri Abdul Hadi Bin awang [Marang] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil daripada Sidang Kemuncak luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diadakan di Kota Mekah pada 14 hingga 15 ogas 2012 yang lalu.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Marang di atas pertanyaan yang telah dikemukakan.

2. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah menguasai delegasi Malaysia sesi ke-4 Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasam Islam (OIC) yang telah diadakan di Kota Mekah pada 14 hingga 15 ogas 2012. Sidang kemucak Luar Biasa OIC ini adalah merupakan inisiatif Baginda Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi yang telah menjemput kesemua 57 pemimpin dari negara-negara anggota OIC untuk membincangkan permasalahan semasa negara-negara di dunia islam.

3. empat isu utama yang telah di bincangkan ialah berkenaan situasi di Palestin, Syria, Mali dan nasib Kaum Rohingya di Myanmar.

Tuan Yang di-Pertua,
4. Perang saudara yang sedang melanda Syria dan telah mengorbankan ramai penduduk tempatan negara itu sendiri telah menjadi salah satu isu utama diperbincangkan di Siding kemuncak luar Biasa OIC ini. Akhirnya, Ketua-Ketua Negara OIC telah bersetuju sebulat suara untuk menggantungkan keanggotaan Syria di dalam OIC dan langkah ini di harapkan akan dapat memberi tekanan kepada Kerajaan Syria untuk menghentikan pertumpahan darah dari terus berlaku dan supaya Presiden Bashar Assad bersetuju mencari jalan penyelesaian sebaiknya terhadap kemelut ini.

5. Semasa Sidang Kemuncak luar Biasa OIC ini juga, Ketua-Ketua Negara OIC telah mengulangi desakan supaya penjajahan Israel ke atas wilayah arab dan palestin sejak tahun 1967, termasuk kota Al-Quds al-sharif (Jerusalem Timur), ditamkan sejajar dengan revolusi-revolusi PBB yang berkaitan.

6. selain itu, ekoran daripada laporan keganasan yang berlaku terhadap kaum muskim Rohingya di Myanmar, Sidang Kemuncak Luar Biasa Oic ini telah menerima dan meluluskan syor-syor oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Wakil-wakil Tetap ke OIC di Jeddah pada 5 ogas 2012, antara lain mencadangkan penganjuran Satu Sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia serta penubuhan sebuah Kumpulan Pertubuhan OIC atau dengan izin OIC Contact Group mengenai isu umat Islam Rohingya.

Tuan Yang di-pertua,
7. YAB Perdana Menteri dalam ucapannya,telah menekankan bahawa Malaysia pada asasnya mengekalkan pendirian dan prinsip untuk tidak campur tangan dal hal ehwal dalaman negar-negara lain. Walau bagaimanapun, memandangkan konflik dan situasi di Syria semakin meruncingkan dan serius, Malaysia telah menyokong cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria di dalam OIC. Walau bagaimanapun, Malaysia juga percaya bahawa pelaksanaan Pelan Damai Enam Perkara, seperti yang digariskan oleh Kofi Annan, bekas WaKil Khas PBB-Liga Arab mengenai Syria memberikan pilihan yang terbaik ke arah penyelesaian krisis di Syria dan mesti diteruskan.

8. YAB Perdana Menteri juga telah menegaskan keperluan untuk negara-negara anggota OIC memastikan isu palestin kekal dalam agenda aktif OIC dan PBB sehingga rakyat Palestin mendapat kembali tanah air mereka dan penderitaan mereka ditamatkan. Malaysia juga menyeru negara-negara anggota OIC supaya mengulangi sokongan padu mereka terhadap usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh di dalam PBB semasa Perhimpunan Agung PBB yang akan datang.

9. Berkitar dengan isu kaum Muslim Rohingya di Myanmar, YAB Perdana Menteri telah melahirkan rasa bimbing Malaysia terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius kepada kaum tersebut, masalah perkauman yang berterusan di antara puak Muslim dan puak penganut Buddha dan masalah taraf kewarganegaraan Kaum Rohingya di negara Myanmar. Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Myanmar yang memanjangkan jemputan kepada Setiusaha Agung OIC untuk melawat Myanmar bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan sebenar serta membuat oenilaian tentang langkah-langkah sesuai yang boleh di ambil OIc untuk membantu Muslim Rohingya di Myanmar.

10. Di samping itu, YAB Perdana Menteri telah turut menggarsikan kepentingan nilai dan prinsip Wasatiyyah dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat islam memandang ianya merupakan pendekatan yang terbaik dan paling terangkum. Malaysia seterusnya menekankan bahawa usaha dan inisiatif Malaysia menerusi pergerakan MOderat Global atau dengan izin, Global Movement of the Moderates, adalah bertujuan menggalakkan kewujudan bersama yang aman berdasarkan prinsip Wasatiyyah.

Tuan Yang di-Pertua,
11. Sidang Kemuncak Luar Biasa ini telah menghasilkan tiga bentuk dokumen iaitu :

(i) Pakatan Mekah (Makkah al-Mukarrah Pact on the Promotion of Islamic Solidarity).
(ii) Kenyataan Bersama (Final Communique)
(iii) 5 (lima) resolusi mengenai isu-isu utama yang telah dibincangkan iaitu situasi di Palestin, Syria
dan Mali, nasib Minoriti Muslim di Myanmar serta isu perpaduan umat islam.

Dokumen-dokumen tersebut antara lain telah menggariskan pendirian utama OIC serta langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil oleh negara-negara anggota OIC bagi menangani isu-isu utama yang telah dibincangkan.

12. Secara umumnya, penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak Luar Biasa ini berjaya memperlihatkan dengan berkesan sokongan padu dan berterusan Malaysia terhadap OIC serta keprihatinan Malaysia terhadap isu-isu yang melanda umat islam pada masa kini.

Sekian,Terima Kasih.

MP PAS Kuala Selangor: Projek penerokaan Medan Minyak dan Gas bersaiz Kecil?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB.DR.HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD [KUALA SELANGOR ]
TARIKH : 25.09.2012
SOALAN : YB Dr Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kubung Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kadar harga minimum minyak mentah dan kadar peneluaran harian (tong sehari) yang diperlukan untuk menjadikan projek penerokaan medan minyak dan gas bersaiz kecil (marginal oil and fas field) melalui konsep Risk Service Contract (RSC) yang berdaya saing dan ekonomikal.

JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Dewan Yang Berhormat,kadar harga minimum minyak mentah dan kadar pengeluaran harian untuk sesebuah pembangunan lapangan minyak dan gas di bawah konsep RSC mahupun Production Sharing Contact (PSC) adalah sangat bergantung kepada pelbagai faktor, seperti kos eksplorasi, kos pembangunan dan kos jangka hayat operasi sesebuah lapangan minyak (CAPEK dan OPEX).

Kos-kos ini adalah berbeza-beza kerana ianya tertakluk kepada konsep pembangunan setiap lapangan yang berlainan di sebabkan faktor seperti jarak, kedalaman (water depth), infrastruktur yang bersedia, dan banyak lagi.Oleh sebab itu, kadar minimum harga minyak mentah dan pengeluaran harian bagi menjadikan sesebuah projek itu berdaya saing dan ekonomikal adalah berbeza-beza mengikut ciri-ciri tertentu setiap projek.

MP PAS Rantau Panjang: Cadang Semak Perjanjian Petronas – Kerajaan Negeri?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB PUAN SITI ZAILAN BINTI MOHD. YUSOFF [RANTAU PANJANG]
TARIKH : 24.09.2012(ISNIN)
SOALAN : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli.Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar bayaran hasil petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan termasuk Sabah dan Sarawak.

Peruntukan mengenai bayaran hasil petroleum kepada Kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah terkandung dalam Perjanjian Perkongsian Pengeluaran atau production Sharing Contract (PSC) yang ditandatangani antara PETRONAS dan rakan PSC seperti shell, Exxonmobil dan sebagainya.

Sehubungan itu , sebarang tindakan untuk meminda kadar hasil petroleum perlu dirunding semula antara PETRONAS dan rakan PSC berkenaan. Memandangkan kontrak PSC berkuatkuasa untuk satu tempoh tertentu, sebarang langkah untuk memindanya lebih-lebih lagi untuk menaikkan kadarnya dikhuatiri akan menghakis minat dan keyakinan syarikat minyak asing untuk bergiat dalam industri huluan petroleum yang melibatkan aktiviti penerokaan, carigali dan pengeluaran minyak dan gas di negara ini.

Sungguhpun kadar hasil petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri berkaitan hanya 5 peratus, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar kepada negeri-negeri terbabit, jauh melebihi hasil yang diterima daripada bayaran hasil petroleum.

MP PAS Jerai: Kutipan Tol Musim Perayaan 12 – 26 Ogos 2012?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB . TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [JERAI ]
TARIKH : 24.09.2012(ISNIN)
SOALAN : Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kutipan tol di lebuh raya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

JAWAPAN
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bertol telah menawarkan pemberian rebat dan diskaun tol kepada para pengguna lebuh raya semperna hari perayaan tertentu,seperti sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Kemerdekaan.

Inisiatif yang dilancarkan sejak tahun 2008 itu merupakan antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, iaitu salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA). Pemberian rebat dan diskaun tol itu bukanlah obligasi syarikat konsesi yang termaktub dalam perjanjian konsesi, sebaliknya ia merupakan antara sebahagian daripada tanggungjawab social korporat atau corporate social responsibility (CSR) yang diambil oleh syarikat-syarikat konsesi berkenaan atas daras keprihatinan dan budi bicara mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sempena sambutan Aidilfitri yang lalu (2012), sebanyak 24 buah syarikat konsesi lebuh raya telah memberikan rebat dan diskaun tol kepada pengguna kenderaan lebuh raya, iaitu untuk tempoh daripada 15 ogos 2012 hingga 23 ogos 2012.

Menerusi program CSR tersebut, para pengguna lebuh raya telah menikmati diskaun tol sehingga kadar 37.5% di mana ia merupakan kadar diskaun tol tertinggi sejak dilancarkan pada tahun 2008.Bentuk insentif rebat dan kadar diskaun tol itu berbeza mengikut syarikat konsesi yang berkenaan. Sebagai contoh, PLUS Berhad menawarkan rebat sebanyak 30% untuk pengguna yang menggunakan Sistem Tol elektronik (ETC) di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat berkenaan pada 15, 16, 22 dan 22 ogos 2012.

Manakala jumlah keseluruhan kutipan tol syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk tempoh daripada 12 ogos hingga 26 ogos 2012 ialah sebanyak RM 210.73 juta.

Sekian . Terima Kasih.

MP PAS Marang: Syarikat perundingan FBC Media turut babitkan pelobi pro Zionisme?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN jawab bertulis
DARIPADA: DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG ]
TARIKH : 24.09.2012(ISNIN)
SOALAN : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh Negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundangan dengan pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

JAWAPAN : DATO’ SERI NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di Pertua,
Kontrak kerajaan dengan Perunding FBC Media (UK) adalah bagi menyediakan perkhidmatan perundingan , nasihat dan menguruskan kempen komunikasi.

FBC bertanggungjawab menjalankan kempen komunikasi bagi meningkatkan profil negara menangani persepsi negatif terhadap negara di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara islam yang berjaya dan sederhana yang mempunyai masa depan yang cerah.

Selain itu, ada pihak di dalam dan luar negara yang sering membuat laporan dan kenyataan yang menjejaskan imej negara dan boleh menghakis keyakinan pelabur asing. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini dilaporkan oleh media asing dalam media tradisional dan baru. Kepakaran asing diperlukan kerana mereka lebih memahami persekitaran media antarabangsa serta mempunyai kepakaran dan kemahiran tertentu.

Pihak FBC Media, antara lain, telah membantu dalam pembabitan Malaysia di forum antarabangsa yang penting , membantu menjalinkan hubungan dengan pihak dan badan yang berpengaruh serta menyediakan liputan yang meluas mengenai kepentingan Malaysia di media antarabangsa. Pelan komunikasi FBC Media mendokong usaha yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan dan kementerian tertentu dalam lawatan dan misi luar negara.

Kita sedia maklum pelabur asing ke Malaysia telah meningkat dengan mendadak sejak 2009. Perancangan kerajaan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang didokong oleh Kementeri dan jentera pentadbiran serta perancangan komunikasi yang tersusun dan bersepadu telah menyumbang kepada peningkatan ini.

Hubungan di antarab FBC Media dan Joshua Trevino merupakan satu urusan dalaman syarikat tersebut dan kita tidak mempunyai maklumat mengenai hubungan ini.
Sekian . Terima Kasih.

MP PAS Kubang Kerian: Perkembangan Kajian Dasar Pelajaran Kebangsaan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB .TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBUNG KERIAN ]
TARIKH: 24.09.2012
SOALAN : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana yang telah diperjelaskan semasa Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada 11 septerber 2012 yang lalu,beberapa tindakkan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kemenratian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pejabat Pengurusan Projek (PMO) yang ditubuhkan sejak Ogas 2011.Mereka ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus,merancang dan melaksanakan kajian sistem pendidikan.Sehingga kini, KPM telah menghasilkan dua laporan iaitu :

a)Laporan Penilaian dan Diagnostik Pencapaian Sistem Pendidikan semasa.Berdasarkan laporan ini,sembilan bidang keutamaan dikenalpasti untuk diperhalusi iaitu guru,kepimpinan sekolah,kualiti sekolah,kurikulum dan pentaksiran,profisiensi pelbagai bahasa,peluang lepas menengah,ibu bapa, komuniti,kecekapan, keberkesanan sumber, kapasiti dan kemampuan penyampai KPM.

b)Laporan Awal : Pelan Pembangunan Pendadikan Malaysia 2013 -2025
laporan ini menggariskan 11 anjakan iaitu :
i. Menyediakan akses yang sama kepada kualiti pendidiakn berdasarkan standard antarabangsa.
ii.Memastikan setiap kanak-kanak berkemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
iii.Membangunkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
iv.Mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
v.Memastikan setiap sekolah mepunyai pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi.
vi.Penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri,Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah untuk mencari penyelesaian berdasarkan keperluan.
vii.Mentransformasikan kebolehan dan keupayaan Kementarian.
viii.Penggunaan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.
ix.Mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa,masyarakat dan sektor swasta.
x.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
xi.Meningkatkan ketelusan bagi tujuan kebertanggungjawaban awam secara terus.

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pelajaran mengharapkan Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia yang dihasilkan ini akan dapat merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistic serta memenuhi ekspektasi dan aspirasi rakyat.Sungguhnya,apa yang dirancang dan dilaksanakan ini adalah untuk menambah bail sistem pendidikan negara yang amat memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik,latar belakang sosio ekonomi,pendidikan,agama dan bangsa.

Apa yang lebih penting ialah untuk memastikan sistem ini mampu melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran dalam kepimpinan,memiliki profisiensi dwibahasa,mepunyai identiti nasional dan menghayati etika dan kerohanian.Eleman ini turut memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga,masyarakat dan negara.