MP PAS Jerai: Kutipan Tol Musim Perayaan 12 – 26 Ogos 2012?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB . TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [JERAI ]
TARIKH : 24.09.2012(ISNIN)
SOALAN : Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kutipan tol di lebuh raya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

JAWAPAN
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bertol telah menawarkan pemberian rebat dan diskaun tol kepada para pengguna lebuh raya semperna hari perayaan tertentu,seperti sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Kemerdekaan.

Inisiatif yang dilancarkan sejak tahun 2008 itu merupakan antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, iaitu salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA). Pemberian rebat dan diskaun tol itu bukanlah obligasi syarikat konsesi yang termaktub dalam perjanjian konsesi, sebaliknya ia merupakan antara sebahagian daripada tanggungjawab social korporat atau corporate social responsibility (CSR) yang diambil oleh syarikat-syarikat konsesi berkenaan atas daras keprihatinan dan budi bicara mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sempena sambutan Aidilfitri yang lalu (2012), sebanyak 24 buah syarikat konsesi lebuh raya telah memberikan rebat dan diskaun tol kepada pengguna kenderaan lebuh raya, iaitu untuk tempoh daripada 15 ogos 2012 hingga 23 ogos 2012.

Menerusi program CSR tersebut, para pengguna lebuh raya telah menikmati diskaun tol sehingga kadar 37.5% di mana ia merupakan kadar diskaun tol tertinggi sejak dilancarkan pada tahun 2008.Bentuk insentif rebat dan kadar diskaun tol itu berbeza mengikut syarikat konsesi yang berkenaan. Sebagai contoh, PLUS Berhad menawarkan rebat sebanyak 30% untuk pengguna yang menggunakan Sistem Tol elektronik (ETC) di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat berkenaan pada 15, 16, 22 dan 22 ogos 2012.

Manakala jumlah keseluruhan kutipan tol syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk tempoh daripada 12 ogos hingga 26 ogos 2012 ialah sebanyak RM 210.73 juta.

Sekian . Terima Kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: