MP PAS Marang: Hasil Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 25.09.2012 [SELASA]
SOALAN : YB Dato’ Seri Abdul Hadi Bin awang [Marang] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil daripada Sidang Kemuncak luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diadakan di Kota Mekah pada 14 hingga 15 ogas 2012 yang lalu.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Marang di atas pertanyaan yang telah dikemukakan.

2. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah menguasai delegasi Malaysia sesi ke-4 Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasam Islam (OIC) yang telah diadakan di Kota Mekah pada 14 hingga 15 ogas 2012. Sidang kemucak Luar Biasa OIC ini adalah merupakan inisiatif Baginda Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi yang telah menjemput kesemua 57 pemimpin dari negara-negara anggota OIC untuk membincangkan permasalahan semasa negara-negara di dunia islam.

3. empat isu utama yang telah di bincangkan ialah berkenaan situasi di Palestin, Syria, Mali dan nasib Kaum Rohingya di Myanmar.

Tuan Yang di-Pertua,
4. Perang saudara yang sedang melanda Syria dan telah mengorbankan ramai penduduk tempatan negara itu sendiri telah menjadi salah satu isu utama diperbincangkan di Siding kemuncak luar Biasa OIC ini. Akhirnya, Ketua-Ketua Negara OIC telah bersetuju sebulat suara untuk menggantungkan keanggotaan Syria di dalam OIC dan langkah ini di harapkan akan dapat memberi tekanan kepada Kerajaan Syria untuk menghentikan pertumpahan darah dari terus berlaku dan supaya Presiden Bashar Assad bersetuju mencari jalan penyelesaian sebaiknya terhadap kemelut ini.

5. Semasa Sidang Kemuncak luar Biasa OIC ini juga, Ketua-Ketua Negara OIC telah mengulangi desakan supaya penjajahan Israel ke atas wilayah arab dan palestin sejak tahun 1967, termasuk kota Al-Quds al-sharif (Jerusalem Timur), ditamkan sejajar dengan revolusi-revolusi PBB yang berkaitan.

6. selain itu, ekoran daripada laporan keganasan yang berlaku terhadap kaum muskim Rohingya di Myanmar, Sidang Kemuncak Luar Biasa Oic ini telah menerima dan meluluskan syor-syor oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Wakil-wakil Tetap ke OIC di Jeddah pada 5 ogas 2012, antara lain mencadangkan penganjuran Satu Sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia serta penubuhan sebuah Kumpulan Pertubuhan OIC atau dengan izin OIC Contact Group mengenai isu umat Islam Rohingya.

Tuan Yang di-pertua,
7. YAB Perdana Menteri dalam ucapannya,telah menekankan bahawa Malaysia pada asasnya mengekalkan pendirian dan prinsip untuk tidak campur tangan dal hal ehwal dalaman negar-negara lain. Walau bagaimanapun, memandangkan konflik dan situasi di Syria semakin meruncingkan dan serius, Malaysia telah menyokong cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria di dalam OIC. Walau bagaimanapun, Malaysia juga percaya bahawa pelaksanaan Pelan Damai Enam Perkara, seperti yang digariskan oleh Kofi Annan, bekas WaKil Khas PBB-Liga Arab mengenai Syria memberikan pilihan yang terbaik ke arah penyelesaian krisis di Syria dan mesti diteruskan.

8. YAB Perdana Menteri juga telah menegaskan keperluan untuk negara-negara anggota OIC memastikan isu palestin kekal dalam agenda aktif OIC dan PBB sehingga rakyat Palestin mendapat kembali tanah air mereka dan penderitaan mereka ditamatkan. Malaysia juga menyeru negara-negara anggota OIC supaya mengulangi sokongan padu mereka terhadap usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh di dalam PBB semasa Perhimpunan Agung PBB yang akan datang.

9. Berkitar dengan isu kaum Muslim Rohingya di Myanmar, YAB Perdana Menteri telah melahirkan rasa bimbing Malaysia terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius kepada kaum tersebut, masalah perkauman yang berterusan di antara puak Muslim dan puak penganut Buddha dan masalah taraf kewarganegaraan Kaum Rohingya di negara Myanmar. Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Myanmar yang memanjangkan jemputan kepada Setiusaha Agung OIC untuk melawat Myanmar bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan sebenar serta membuat oenilaian tentang langkah-langkah sesuai yang boleh di ambil OIc untuk membantu Muslim Rohingya di Myanmar.

10. Di samping itu, YAB Perdana Menteri telah turut menggarsikan kepentingan nilai dan prinsip Wasatiyyah dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat islam memandang ianya merupakan pendekatan yang terbaik dan paling terangkum. Malaysia seterusnya menekankan bahawa usaha dan inisiatif Malaysia menerusi pergerakan MOderat Global atau dengan izin, Global Movement of the Moderates, adalah bertujuan menggalakkan kewujudan bersama yang aman berdasarkan prinsip Wasatiyyah.

Tuan Yang di-Pertua,
11. Sidang Kemuncak Luar Biasa ini telah menghasilkan tiga bentuk dokumen iaitu :

(i) Pakatan Mekah (Makkah al-Mukarrah Pact on the Promotion of Islamic Solidarity).
(ii) Kenyataan Bersama (Final Communique)
(iii) 5 (lima) resolusi mengenai isu-isu utama yang telah dibincangkan iaitu situasi di Palestin, Syria
dan Mali, nasib Minoriti Muslim di Myanmar serta isu perpaduan umat islam.

Dokumen-dokumen tersebut antara lain telah menggariskan pendirian utama OIC serta langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil oleh negara-negara anggota OIC bagi menangani isu-isu utama yang telah dibincangkan.

12. Secara umumnya, penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak Luar Biasa ini berjaya memperlihatkan dengan berkesan sokongan padu dan berterusan Malaysia terhadap OIC serta keprihatinan Malaysia terhadap isu-isu yang melanda umat islam pada masa kini.

Sekian,Terima Kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: