MP PAS Marang: Syarikat perundingan FBC Media turut babitkan pelobi pro Zionisme?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN jawab bertulis
DARIPADA: DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG ]
TARIKH : 24.09.2012(ISNIN)
SOALAN : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh Negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundangan dengan pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

JAWAPAN : DATO’ SERI NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di Pertua,
Kontrak kerajaan dengan Perunding FBC Media (UK) adalah bagi menyediakan perkhidmatan perundingan , nasihat dan menguruskan kempen komunikasi.

FBC bertanggungjawab menjalankan kempen komunikasi bagi meningkatkan profil negara menangani persepsi negatif terhadap negara di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara islam yang berjaya dan sederhana yang mempunyai masa depan yang cerah.

Selain itu, ada pihak di dalam dan luar negara yang sering membuat laporan dan kenyataan yang menjejaskan imej negara dan boleh menghakis keyakinan pelabur asing. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini dilaporkan oleh media asing dalam media tradisional dan baru. Kepakaran asing diperlukan kerana mereka lebih memahami persekitaran media antarabangsa serta mempunyai kepakaran dan kemahiran tertentu.

Pihak FBC Media, antara lain, telah membantu dalam pembabitan Malaysia di forum antarabangsa yang penting , membantu menjalinkan hubungan dengan pihak dan badan yang berpengaruh serta menyediakan liputan yang meluas mengenai kepentingan Malaysia di media antarabangsa. Pelan komunikasi FBC Media mendokong usaha yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan dan kementerian tertentu dalam lawatan dan misi luar negara.

Kita sedia maklum pelabur asing ke Malaysia telah meningkat dengan mendadak sejak 2009. Perancangan kerajaan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang didokong oleh Kementeri dan jentera pentadbiran serta perancangan komunikasi yang tersusun dan bersepadu telah menyumbang kepada peningkatan ini.

Hubungan di antarab FBC Media dan Joshua Trevino merupakan satu urusan dalaman syarikat tersebut dan kita tidak mempunyai maklumat mengenai hubungan ini.
Sekian . Terima Kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: