MP PAS Tumpat: Langkah Penyelesaian Jangka panjang masalah Air Seluruh Negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ KAMARUDDIN BIN JAFFAR TUMPAT ]
TARIKH : 26.09.2012 (RABU)
SOALAN : Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi menyelesaikan secara jangka panjang masalah air yang berlaku di seluruh negara.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
1. Kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan masalah air di seluruh negara dan memastikan bekalan air yang berkualiti dan berterusan dapat dibekalkan kepada pengguna.Berdasarkan komitmen ini,Kerajaan Persekutuan sedang menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air negara bagi mewujudkan industry perkhidmatan bekalan air yang mapan dan berdaya maju.

2. Melalui skim penstrukturan semula industry perkhidmatan bekalan air negara, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan ,akan mengambil alih semua hutang berkaitan air kerajaan-kerajaan negeri dan sebagai balasan, kerajaan-kerajaan negeri akan memindah milik aset air secara pajakan kepada PAAB untuk tempoh yang dipersetujui bersama.Dengan pengambilan liabilitydan aset ini,kerajaan-kerajaan negeri tigak lagi mempunyai hutang berkaitan air dengan Kerajaan Persekutuan,sementara operator-operator air pula boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja operasi perkhidmatan air.Mereka tidak perlu mendapatkan pembiayaan bagi tanggungjawab tersebut akan di ambil alih oleh PAAB.

3. Bagi mengawal selia industri perkhidmatan bekalan air negara,Suruhanjaya perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah ditubuhkan melalui Akta SPAN 2006 (Akta 654) yang berkuatkuasa pada 1 februari 2007. SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara bertanggungjawab untuk menguatjuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.

4. Bagi memastikan PAAB dan operator-operator air memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisyen kepada para pengguna, PAAB dan operator-operator air dilesenkan di bawah akta 655 oleh SPAN dan dikenakan syarat-syarat serta petunjuk prestasi utama untuk dipenuhi. Melalui lesen yang dikeluakan ini, SPAN dapat memantau prestasi PAAB dan operator-operator air dan memastikan perkhidmatan yang cekap diberikan kepada pengguna.

5. Melalui pelaksanaan skim penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara operator-operator air akan mendapat pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air masa hadapan melalui PAAB dan pembiayaan secara geran bagi pembangunan infrastruktur sumber air daripada Kerajaan Persekutuan.Selain itu, penguatkuasa Akta 655 dan pengawalselian oleh SPAN akan menjadikan industri perkhidmatan bekalan air lebih cekap ,mapan dan berdaya maju serta dapat memastikan bekalan air yang mencukupi dan berterusan kepada pengguna.

MP PAS Rantau Panjang: Kiraan Bil Elektrik bebankan Pengguna ?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ]
TARIKH : 26.09.2012 (RABU)
SOALAN : Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan beban akibat daripada pelaksanaan dasar baru dalam kiraan bil elektrik sehingga penggunaan menanggung beban kos berkali ganda.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman ahli Yang Berhormat ,
1. pelaksanaan bacaan meter 2 bulan sekali atau selang seli oleh tenaga Nasional Berhad (TNB) bukanlah dasar yang baru diperkenalkan memandangkan kaedah ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun 2009 bertujuan untuk mengurangkan kos operasi terutama yang berkaitan kos pembacaan meter. Seterusnya, kaedah ini telah dilaksanakan di semua negeri di semenanjung mulai pertengahan tahun 2010.denganm pelaksanaan kaedah ini,ia dapat mengurangkan kos operasi TNB terutama kos pembacaan meter di mana secara langsung mengurangkan kos pembekalan elektrik yang dibayar oleh pengguna.Pada setiap bulan,hanya 10%pengguna terlibat dengan bacaan meter 2 bulan sekali.

2. Ingin saya jelaskan di sini bahawa pengguna yang terlibat dengan bacaan meter dua bulan sekali masih menerima bil elektrik setiap bulan sama ada bil bacaan sebenar (bil N) yang dimajukan dengan serahan tangan oleh pembaca meter atau bil anggaran (bil E) yang dimajukan melalai pos.

3. Bagi memastikan pengguna tidak mengalami sebarang kerugian dan tidak dikenakan kos berkali ganda seperti mana tang dikhuatiri oleh Ahli Yang Berhormat, beberapa penambahbaikan terhadap sistem pembilan TNB telah dilaksanakan seperti berikut:
(i) Bil anggaran pada bulan pertama yang diserahkan melalui pos adalah dikira berdasarkan kepada purata penggunaan enam bulan sebelumnya.
(ii) Bil yang dikeluarkan pada bulan kedua adalah berdasarkan bacaan sebenar pengguna yang diserahkan oleh pembaca meter. Jumlah yang dikeluarkan adalah jumlah sebenar untuk dua bulan dan akan ditolak dengan bil anggaran yang telah dikeluarkan pada bulan pertama.
(iii) Kaedah prorate akan digunakan apabila tempoh bacaan meter melebihi jumlah hari dalam bulan tersebut. Kaedah ini dapat memastikan pengguna menikmati jumlah unit dalam setiap blok mengikut kelayakan.
(iv) Sekiranya tempoh bacaan kurang daripada jumlah hari dalam bulan tersebut, kaedah prorate tidak digunakan dan ini akan memberi kelebihan kepada pengguna.

4. Kerajaan akan memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baru seperti bacaan meter 2 bulan sekali ini tidak dapat merugikan pengguna dan pihak TNB disaranuntuk terus melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke samasa, antaranya dengan melaksanakan inisiatif Remote meter Reading (RMR), dengan izin secara berperingkat agar bacaan meter dilakukan daripada pejabat TNB iaitu tanpa perlu melawat premis pengguna seperti kebiasaannya.

5. Saya juga ingin menggalakkan pengguna yang tidak berminat untuk memerima bil anggaran untuk melakukan Bacaan meter kendiri (self Meter Reading) iaitu pengguna boleh membuat bacaan meter sendiri. Pengguna boleh membuat bacaan sendiri melalui kaedah berikut:-
(a) Menelefon Pusat Khidmat Pelanggan (1300-88-15454) yang beroperasi 24 jam atau menghantar faks bacaan meter kepada Pusat Khidmat Pelanggan.
(b) Mengemaskini bacaan meter menggunakan kemudahan laman web TNB iaitu http://www.tnb.com.my