MP PAS Tumpat: Langkah Penyelesaian Jangka panjang masalah Air Seluruh Negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ KAMARUDDIN BIN JAFFAR TUMPAT ]
TARIKH : 26.09.2012 (RABU)
SOALAN : Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi menyelesaikan secara jangka panjang masalah air yang berlaku di seluruh negara.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
1. Kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan masalah air di seluruh negara dan memastikan bekalan air yang berkualiti dan berterusan dapat dibekalkan kepada pengguna.Berdasarkan komitmen ini,Kerajaan Persekutuan sedang menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air negara bagi mewujudkan industry perkhidmatan bekalan air yang mapan dan berdaya maju.

2. Melalui skim penstrukturan semula industry perkhidmatan bekalan air negara, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan ,akan mengambil alih semua hutang berkaitan air kerajaan-kerajaan negeri dan sebagai balasan, kerajaan-kerajaan negeri akan memindah milik aset air secara pajakan kepada PAAB untuk tempoh yang dipersetujui bersama.Dengan pengambilan liabilitydan aset ini,kerajaan-kerajaan negeri tigak lagi mempunyai hutang berkaitan air dengan Kerajaan Persekutuan,sementara operator-operator air pula boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja operasi perkhidmatan air.Mereka tidak perlu mendapatkan pembiayaan bagi tanggungjawab tersebut akan di ambil alih oleh PAAB.

3. Bagi mengawal selia industri perkhidmatan bekalan air negara,Suruhanjaya perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah ditubuhkan melalui Akta SPAN 2006 (Akta 654) yang berkuatkuasa pada 1 februari 2007. SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara bertanggungjawab untuk menguatjuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.

4. Bagi memastikan PAAB dan operator-operator air memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisyen kepada para pengguna, PAAB dan operator-operator air dilesenkan di bawah akta 655 oleh SPAN dan dikenakan syarat-syarat serta petunjuk prestasi utama untuk dipenuhi. Melalui lesen yang dikeluakan ini, SPAN dapat memantau prestasi PAAB dan operator-operator air dan memastikan perkhidmatan yang cekap diberikan kepada pengguna.

5. Melalui pelaksanaan skim penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara operator-operator air akan mendapat pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air masa hadapan melalui PAAB dan pembiayaan secara geran bagi pembangunan infrastruktur sumber air daripada Kerajaan Persekutuan.Selain itu, penguatkuasa Akta 655 dan pengawalselian oleh SPAN akan menjadikan industri perkhidmatan bekalan air lebih cekap ,mapan dan berdaya maju serta dapat memastikan bekalan air yang mencukupi dan berterusan kepada pengguna.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: