MP PAS Pasir Puteh: Sempadan Kelautan Negeri2 ?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [PASIR PUTIH]
TARIKH : 27.09.2012 (KHAMIS)
SOALAN 38 : Minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sempadan kelautan bagi negari-negeri semenanjung Malaysia terutama bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Ber4banding selepas menyertai Persekutuan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Dewan yang Berhormat, berdasarkan rekod-rekod, antara lain, Territorial Waters Jurisdiction Act 1878 ( akta pihak british), ketika zaman Persekutuan Tanah Melayu seperti negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi urusan pentadbiran dan sebagainya adalah tidak melebihi one marine league (bersamaan dengan 3 batu nautika )yang diukur dari tikas air surut (low-water line) di persisiran pantai.

Dalam perkembangan seterusnya,setelah terbentuknya Persekutuan perkara-perkara mengenai sempadan maritime negeri-negeri terdapat dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965), Ordinan darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 7/1969 dan No. 11/1669 yang antara lain adalah seperti berikut:

Ordinan darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 11/1969 Subsekyen (2) seksyen 4
‘’Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966, akta Lombong Petroliam 1966, Kanun Tanah Negara dan mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai perairan wilayah yang terdapat di dalamnya hendaklah ditaksifkan sebagai satu sebutan mengenai bahagian laut bersempadan dengan pantai negeri tersebut tidak lebih daripada tiga batu nautika yang diukur daripada tikas air surut.’’

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.11/1969 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Laut wilayah 2012 yang telah berkuatkuasa pada 22 jun 2012. Perkara-perkara berkaitan perairan laut wilayah negeri-negeri yang terdapat dalam Akta Laut Wilayah 2012 yang antara lain adalah seperti berikut:

Had laut wilayah
‘’3. (3) Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83]. Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95}, Kanun Tanah Negara [Akta 56/65] dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsir sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdapingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.’’
Sekian, Terima kasih.

MP PAS Kuala Terengganu: Kos Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB.TUAN MOHD.ABDUL WAHID BIN ENDUT [ KUALA TERENGGANU ]
TARIKH : 27.09.2012 (KHAMIS)
SOALAN : Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah keseluruhan kos terkini Projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), tarikh jangka siap dan jumlah kos yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menanggung 50% pembiayaan kos projek tersebut sehingga kini.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah anggaran kos keseluruhan projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur , Fasa 2 (LTP2) sehingga kini ialah sebanyak Rm 4.25 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 2.73 bilion merupakan kos projek untuk pelaksananan pakej-pakej di bawah selian dan pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR) , manakala bakinya sebanyak RM 1.52 bilion lagi di bawah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Pembiayaan projek LTP2 ini dilaksanakan menerusi peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.4 bilion atau RM 56.5%, dan sebanyak RM 1.85 bilion lagi menggunakan peruntukan Dana Khas Negeri Terengganu ( 43.5%)

Sehingga 31 ogas 2012, kemajaan fizikal keseluruhan projek LTP2 telah siap sebanyak 85 %, iaitu setelah mengambil kira tempoh penjadualan semula. Projek ini mengalami kelewatan berikutan terdapat 10 pakej yang terpaksa ditender semula setelah kontraktor asal menarik diri berikutan kesan dari kenaikan harga bahan binaan pada tahun 2007/2008. Pada masa kini kontraktor penyiap telah dilantik untuk meneruskan pakej-pakej yang ditender semula itu, kecuali untuk pakej 4 dan pakej 7 yang sedang dalam peringkat akhir penilaian tender dan dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal sebelum akhir tahun ini. Oleh itu, mengambil kira tempoh kontrak selama 16 bulan untuk baki kerja pakej 4 dan 20 bulan lagi untuk pakej 7, projek LPT2 ini dijangka akan siap dan dibuka keseluruhannya pada pertengahan tahun 2014.

Walaupun begitu, Kerajaan mulai bulan ogas 2011 telah melaksanakan pembukaan LTP2 secara berperingkat kepada lalu lintas untuk jajaran yang telah disiapkan. Ia melibatkan jajaran sebelah utara, iaitu dari persimpangan bertingkat bukit besi ke persimpangan berperingkat Kuala Terengganu sepanjang 72 kilometer. Manakala untuk pakej-pakej lain, khususnya jajaran di sebelah selatan, ia akan dibuka secara berperingkat mulai tahun hadapan (2013) sehingga keseluruhan projek ini disiapkan kelak.

Sekian . Terima kasih.