Ketua Pembangkang: Status Kes-Kes Berprofil tinggi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ANWAR IBRAHIM [PERMATANG PAUH]
TARIKH : 01.10.2012(ISNIN)
SOALAN 44 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan status kes-kes berprofil yang tinggi yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tertahan daripada pendakwaan di Mahkamah terbuka tidak dilakukan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
SPRM tidak menfokuskan kepada bilangan kes-kes berprofil tinggi semata-mata.Ini kerana SPRM tidak membezakan antara siasatan kes berprofil tinggi dengan kes-kes siasatan yang lain.SPRM menjalankan tugas menyiasat terhadap segala aduan yang diterima mengikut undang-undang .Setiap kes yang telah disiasat akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya.

Dalam kes-kes yang tidak dituduh,tidak semestinya ianya tiada kes tetapi Timbalan Pendakwaraya berpandangan bahawa ianya tidak mencukupi untuk membawa ke mahkamah .Pada masa yang sama, Timbalan Pendakwaraya turut mengambilkira keterangan-keterangan saksi serta fakta-fakta lain.

Semua siasatan SPRM akan dipantau dan diteliti oleh Panek Penilaian Operasi (PPO) yang mana semua kes yang disiasat termasuk kes-kes yang tidak di bawa pendakwaan akan dibentangkan ke panel ini setiap tiga bulan sekali.Seterusnya panel ini boleh meminta kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyemak kembali kertas siasatan yang tidak dibuat pendakwaan sekiranya mempunyai asas yang kuat untuk di buat pendakwaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: