MP PAS Marang: Tindakan ASEAN menangani Pembunuhan Etnik Rohingya Myanmar?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 02.10.2012 (SELASA)
SOALAN 30 : Minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia khususnya melalui pertubuhan serantau ASEAN dalam menangani pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, Menteri-menteri Luar ASEAN telah membuat satu kenyataan bersama mengenai perkembangan di Rakhine pada 17 Ogos 2012 bagi tujuan untuk menyatakan perkembangan pendirian ASEAN mengenai konflik perkauman yang berlaku di Rakhine,Myanmar pada awal Jun 2012.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri-menteri Luar ASEAN menyambut baik usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan isu dalaman negara tersebut termasuk memberikan kerjasama kepada agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan bukan kerajaan yang telah dikenal pasti (world Food Programme) bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Rakhine yang telah terjejas berikutan kejadian tersebut.

Menteri-menteri Luar ASEAN turut menyuarakan kesediaan mereka,sekiranya diperlukan oleh Kerajaan Myanmar,untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan di Rakhine.

Tuan yang di-Pertua,
Menteri-menteri Luar ASEAN juga menegaskan bahawa usaha-usaha menggalakkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pelbagai kumpulan etnik di Myanmar merupakan satu aspek penting dalam proses dalam proses pendamaian nasional dengan izin national Reconciliation dan pendemokrasian dengan izin Road Map to Reconciliation di Myanmar.

Dalam hal ini, Menteri-menteri Luar ASEAN turut menyatakan keyakinan di atas usaha kerajaan Myanmar ke arah mencapai matlamat tersebut dan berharap agar Myanmar akan terus komited dengan proses-proses peralihan yang berlaku di negara itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: