MP PAS Kota Raja: Jumlah Pegawai2 Sains Bersekutu di Kementerian Kesihatan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [KOTA RAJA]
TARIKH : 03.10.2012 (RABU)
SOALAN 39 : Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pegawai-pegawai sains kesihatan bersekutu (allied health sciences) seperti ahli audiologi, optometri,fisioterapi,terapi pertuturan dan terapi carakerja yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dan berapakah nisbah bilangan pegawai-pegawai tersebut kepada kependudukan (population) negara yang disasarkan oleh Kementerian.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, sehingga 30 jun 2012, jumlah anggota sains kesihatan bersekutu yang sedang berkhidmat di Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 33,971 orang. Ini termasuklah Pegawai sains, Pegawai Teknologi makanan, pegawai dietetik, penolong pegawai perubatan, pegawai pemulihan perubatan (pendengaran), pegawai pemilihan perubatan (carakerja), pegawai pemulihan Perubatan (anggota), pegawai pemulihan perubatan (pertuturan) dan sebagainya.

Pada masa ini, sasaran keperluan anggota sains kesihatan bersekutu di KKM tidak ditentukan berdasarkan nisbah penduduk negara. Sebaliknya ia adalah mengikut keperluan perkhidmatan di fasiliti-fasiliti KKM.

MP PAS Kubang Kerian: Sejauhmana Petronas teroka Kawasan Baru minyak dan gas?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BINHAJI AYUB [KUBANGT KERIAN]
TARIKH : 03.10.2012 (RABU)
SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Rancangan Petronas untuk menerokai simpanan minyak dan gas di kawasan-kawasan lain dalam negara ini selain dari kawasan-kawasan yang sedang dan telah diusahakan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, PETRONAS sentiasa membuat kajian-kajian geologi dan geofizik menggunakan teknologi terkini secara berterusan untuk mengenalpasti potensi minyak dan gas di kawasan – kawasan selain dari yang telah dan sedang diusahakan.

Setelah kawasan baru dikenalpasti potensi minyak dan gasnya, PETRONAS seterusnya akan menawarkan kawasan tersebut kepada pelabur-pelabur untuk diterokai dan dibangunkan melalui prosese bidaan kompetitif.