MP PKR Indera Mahkota: Kenaikan Harga Barang berlaku secara logik?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN AZAN BIN ISMAIL [INDERA MAHKOTA]
TARIKH : 08.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 29 : Minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah cadangan Kerajaan untuk memastikan peningkatan harga barangan keperluan berlaku secara logik dan tidak membawa kesan penggandaan dalam kenaikan harga sebagaimana yang berlaku ke atas kenaikan 10% harga simen dan harga barang pembinaan, rumah dan hartanah secara keseluruhan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kenaikan harga dipengaruhi oleh beberapa faktor kos seperti modal, input,gaji dan sebagainya. Oleh yang demikian di bawak seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terdapat mekanisme di mana para peniaga boleh diminta memberikan sebab kenaikan harga berlaku secara luar biasa bagi sesuatu barangan.

Sekiranya peniaga gagal memberikan penjelasan kenaikan harga disebabkan oleh kenaikan kos input,modal atau kos-kos lain, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Prinsip yang sama juga digunakan bagi produk-produk yang berkaitan dengannya. Dengan cara ini, diharapkan kesan kenaikan harga secara berganda dapat dikawal.Kementerian telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis ke atas peniaga/ syarikat yang menjalankan aktiviti mencatut. Dari 17 Mei 2011 sehingga 20 September 2012 sebayak 236 notis justifikasi kenaikan harga telah dikeluarkan di bawah seksyen 21, Akta kawalan kenaikan harga dan antipencatutan 2011 kepada peniaga/ syarikat yang didapati terbabit dalam isu menaikkan harga.Pecahan tindakan adalah seperti berikut:

i. sebanyak 146 notis dikeluarkan kepada peniaga diseluruh negara semasa pelaksanaan ops Gaji 2 dari 12 Oktober 2011 sehingga 31 Mei 2012. Ops Gaji ini dilancarkan bagi membendung kenaikan harga dan caj perkhidmatan yang tidak berpatutan dalam pasaran. Sepanjang pelaksanaan Ops Gaji 2,sebanyak 576 kes telah dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 atas pelbagai kesalahan.

ii. sebanyak 46 notis dikeluarkan semasa berlakunya isu kenaikan harga ikan yang tinggi di pasaran dari 16 Jun hingga 19 Julai 2011.

iii. sebanyak 20 notis dikeluarkan kepada pengusaha depot semasa berlakunya isu depot gate chargers dari tempoh 17 sehingga 18 Mei 2012.

iv. sebanyak 23 notis dikeluarkan kepada restoran dan pengusaha kedai makan semasa isu harga air kosong yang tinggi di premis makan dari 13 Februari 2012 sehingga 6 March 2012.

v. sebanyak 1 notis dikeluarkan kepada syarikat simen yang didapati menaikkan harga simen pada bulan Ogos 2012.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: