MP PAS Kota Raja: Dakwaan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERULIS
DARIPADA : DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [KOTA RAJA]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 20 : Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah dakwaan yang telah dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang/Akta 670 semenjak ini diluluskan dan sejauh mana (secara empirikal) Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Manusia (NAP) telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pihak Kerajaan sentiasa peka dan menyedari akan cabaran yang dihadapi di dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang. Faktor-faktor seperti kedudukan geografi Malaysia yang strategik serta tahap ekonomi negara yang lebih tinggi berbanding negara-negara jiran telah menyebabkan Negara kita menjadi sebuah negara transit dan destinasi bagi jenayah ini.

Untuk makluman ahli yang berhormat, semenjak Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dikuatkuasakan pada Februari 2008 hingga 30 Ogos 2012 sebanyak 3,066 mangsa telah berjaya diselamatkan. Di samping itu, dari segi pendakwaan ke atas pesalah, sebanyak 475 kes telah berjaya dituduh di mahkamah. Daripada jumlah tersebut, 201 kes telah berjaya diselesaikan dengan membawa jumlah sebanyak 91 kes yang telah disabitkan.

Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan antipemerdagangan Orang (2010-2015) pada 31 Mac 2010 sebagai satu panduan untuk melaksanakan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang. Pelan Tindakan Kebangsaan ini menggariskan strategi Kerajaan dalam membanteras jenayah ini di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

Antara bidang-bidang program yang terkandung dalam Pelan Tindakan Kebangsaan adalah:
i. memperkukuhkan mekanisme perundangan
ii. tindakan bersepadu di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan
iii. kesedaran awam dan pencegahan
iv. perlindungan dan pemulihan
v. membanteras pemerdagangan buruh
vi. bina upaya
vii. pengurusan maklumat
viii. kerjasama pintar
ix. mengukur prestasi dan ketahanan

Sidang dewan yang dihormati,
Pemantauan program-program di bawah Pelan Tindakan Kebangsaan, telah dibuat secara berterusan oleh Majlis Anti pemerdagangan orang dan Anti penyeludupan Migran (MAPO) melalui makenisme laporan terperinci pada setiap mesyuarat MAPO.Sejak Februari 2010 sehingga sekarang, MAPO telah berjaya mengadakan mesyuarat pada tiap-tiap bulan dengan tujuan meneliti pencapian program-program yang akan menyumbangkepada matlamat strategik Pelan Tindakan Kebangsaan.

Di peringkat domestic, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bina upaya bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran di kalangan pegawai penguatkuasaan,perundangan dan kehakiman mengenai pemerdagangan manusia dan penyeludupan migrant. Kefahaman dan kemahiran pegawai perlu dipertingkatkan kerana mereka adalah anggota barisan hadapan yang perlu berhadapan dengan kes-kes pemerdagangan orang dan penyeludupan orang dan penyeludupan migrant secara langsung.

Dari tahun 2010 sehingga kini, kerajaan telah melaksanakan sebanyak 53 program bina upaya untuk pegawai penguatkuasaan, perundangan dan perlindungan.Ini tidaklah termasuk kursus-kursus dan latihan-latihan yang dijalankan secara berjadual oleh setiap jabatan penguatkuasaan secara berasingan.

Selain itu, program-program kesedaran awam telah diperhebatkan termasuklah mengadakan kempen-kempen kesedaran awam, menyiarkan poster-poster mengenai jenayah pemerdagangan orang di media-media cetak dan elektronik dalam pelbagai bahasa, memasang billboard di laluan utama ke KLIA dan juga pengumuman udara dalam penerbangan serta di Lapangan Terbang Antarabangsa. Pendekatan ini diambil kerana Kerajaan sedar bahawa penglibatan dan kerjasama rakyat secara keseluruhan amatlah penting dalam membantu menangani isi pemerdagangan orang.

Usaha terkini yang diambil oleh kerajaan adalah dengan melaksanakan Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Melalui program ini semua pekerja warga asing akan didaftarkan melalui National Enforcement Registration System (NERS) yang dikendalikan oleh jabatan Imigresen Malaysia.Usaha ini dilihat akan membantu Kerajaan mengekang jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: