MP PKR Machang: Hutang Negara Terkini RM502.4 bilion

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL [MACHANG]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 14 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara terkini kadar defisit semasa dan apa strategi Kerajaan mendepani dua perkara ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Hasil daripada pengurusan kewangan yang baik, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka kekal terurus pada RM 502.4 bilion atau 53.7% daripada keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) pada tahun 2012. Bayaran khidmat hutang Kerajaan Persekutuan juga dijangka terus terkawal pada 10.1% daripada perbelanjaan mengurus dan 9.9% daripada hasil.

Sementara itu,hutang luar negeri negara ini yang terdiri daripada hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sector swasta kekal rendah pada RM 269.5 bilion atau 28.8% daripada KDNK pada akhir bulan Jun 2012.

Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan telah berjaya dikurangkan selama tiga tahun berturut-turut daripada 6.7% daripada KDNK pada tahun 2009 kepada 4.8% pada tahun 2011 dan ia dijangka berkurangan lagi kepada 4.5% pada tahun 2012 dan 4.0% pada tahun 2013. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak akan melebihi paras 55% daripada KDNK dan defisit dirancang untuk dikurangkan kepada bawah 3% pada tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua,
Bagi memastikan paras defisit dan hutang Kerajaan Persekutuan terus terkawal, kepatuhan yang tegas terhadap disilpin fiskal dan sasaran fiskal jangka sederhana akan diberi perhatian utama. Dalam hal ini, usaha akan di tumpukan kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan dan peluasan sumber asli. Perbelanjaan akan dipastikan selaras dengan kemampuan hasil Kerajaan dan sasaran defisit fiskal. Penyemakan peruntukan perbelanjaan akan dilakukan dengan teliti termasuk mengurangkan perbelanjaan yang bukan kritikal.

Nilai setara atau value for money dengan izin dalam perolehan Kerajaan akan terus diberi penekanan termasuk mempertingkatkan lagi penggunaan ePerolehan dan tender terbuka.Perancangan dan pelaksanaan serta penyediaan siling program dan program di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh secara Rolling setiap dua tahun dan pengurusan nilai yang disyaratkan bagi projek pembangunan fizikal yang melebihi RM 50 juta juga akan membantu memperkukuh kewangan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan sentiasa mengamalkan pengurusan ekonomi yang pragmatic dan kewangan yang berhemat di samping mengambil langkah proaktif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan mapan dipacu sector swasta. langkah-langkah ini termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta program konsolidasi fiskal yang berterusan. Usaha ini seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan hasil dan pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: