Ketua Pembangkang: Penggunaan Pukat Tunda jejas Nelayan Pantai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [PERMATANG PAUH]
TARIKH : 17.10.2012 (RABU)

SOALAN 32 : Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana pemantauan terhadap gejala penggunaan pukat tunda di kawasan persisiran pantai Malaysia dan tindakan tegas berhubung dengan penggunaan pukat tunda ini yang menyebabkan kekurangan sumber perikanan dan kesannya terhadap kehidupan nelayan pantai yang semakin meruncing.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini aktiviti penguatkuasaan di laut dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang boleh menjalankan penangkapan bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta perikanan 1985. Walau bagaimanapun pihak jabatan perikanan Malaysia masih membuat pemantauan yang berterusan terhadap vesel-vesel pukat tunda melalui beberapa kaedah, antaranya dengan menjalankan pemeriksaan rambang secara berterusan di samping pemeriksaan tahunan untuk pembaharuan lesen vessel dan perkakas ikan. Sehingga bulan ogos 2012, sejumlah 12,420 buah vessel penangkapan ikan di seluruh negara telah diperiksa di pengkalan.

Pada tahun ini, sebanyak 363 tangkapan telah direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta perikanan 1985 dan daripada jumlah tersebut 191 kes adalah melibatkan vesel pukat tunda. Jumlah tangkapan pada tahun 2011 pula adalah sebanyak 609 kes di mana 347 melibatkan pukat tunda. Bermula bulan Februari 2012, vesel pukat tunda yang menceroboh zon A dikenakan tindakan selain menggantungkan lesen selama 3 hingga 6 bulan juga telah diperkenalkan selain kompaun. Sehingga kini, sebanyak 9 buah vesel telah dikenakan tindakan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: