PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO HAJI WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH [KOTA BHARU]
TARIKH : 18.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 41 : Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh sebenar Jambatan Ke-2 Sultan Yahya Petra Kota Bharu dicadangkan di buka untuk pengguna-pengguna jalanraya.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan penjadualan semula sehingga 31 septembert 2012, kemajuan keseluruhan fizikal projek membina Jambatan Ke-2 Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan ialah 90%.
Berdasarkan kontrak semasa, projek ini sepatutnya disiapkan pada 30 ogos 2012 yang lalu. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek ini telah mengalami kelewatan akibat daripada masalah teknikal iaitu melibatkan skop penanaman cerucuk di dasar Sungai Kelantan.
Sehubungan itu, pada masa kini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mempertimbangkan Tempoh Lanjutan Masa (EOT) menerusi Perjanjian Kontrak Tambahan kepada pihak kontraktor. Oleh itu berdasarkan perancangan semula JKR projek membina Jambatan ke-2 sultan Petra ini dijangka memerlukan tempoh masa setahun lagi untuk disiapkan iaitu pada bulan ogos 2013.
Walau bagaimana pun untuk mengurangkan kesesakan trafik di laluan tersebut, JKR akan melaksanakan pembukaan secara berperingkat-peringkat melibatkan laluan dari Kota Bharu ke Pasir Pejan selewat-lewatnya pada bulan Februari 2013 ini.
Sekian terima kasih.
Filed under: ADR Kota Bharu |
Tinggalkan Jawapan