MP PAS Kubang Kerian: Nasib Penduduk berdepan dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan minyak dan Petrokimia (RAPID)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBANG KERIAN]
TARIKH : 18.10.2012 (RABU)

SOALAN 36 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana dibuat kajian terhadap nasib dan mata pencarian penduduk selepas diambil tanah mereka serta dipisahkan dari sumber pendapatan mereka untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan minyak dan Petrokimia (RAPID) petronas di Pengerang dan sejauh manakah kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat projek itu.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Nasib penduduk pengerang yang terlibat dalam program pengambilan tanah dan penempatan semula terus di bela oleh pihak kerajaan.Kajian telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan pihak pelabur iaitu PETRONAS dan DIALOG bagi menentukan jumlah penduduk yang terlibat, pecahan kaum jantina, pekerjaan, jumlah isi rumah dan lain-lain.

Melalui kajian ini, satu program penempatan semula telah dirangka atas prinsip para penduduk yang terlibat mendapat manfaat lebih besar dan kehidupan lebih baik berbanding keadaan asal sebelum pengambilan balik tanah.

Kajian terperinci kesan alam sekitar telah dilakukan oleh pihak PETRONAS bagi projek RAPID dan DIALOG untuk projek terminal laut dalam atau pengerang independent Deepwater Petroleum Terminal (PIDPT). Kedua-dua kajian ini diluluskan oleh jabatan alam sekitar pada 4 april 2011 untuk projek DIALOG dan 27 Ogos 2012 untuk projek RAPID.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia mempunyai syarat-syarat yang ketat bagi dipenuhi oleh pihak pemaju projek sebekum sesebuah projek industri dilaksanakan. Segala aspek alam sekitar telahpun diambil kira di dalam kajian EIA untuk kedua-dua projek ini.

Untuk makluman dewan, segala aktiviti di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) yang menetapkan projek RAPID PETRONAS dan PIDPT DIALOG adalah aktiviti industri yang telah sekian lama dijalankan di malaysia seperti Kertih Terengganu, Sungai Udang Melaka, dan Gebeng Pahang. Sepanjang operasi perkilangan dan industri penapisan minyak dan petrokimia di tempat yang telah disebutkan tadi,tiada rekod kes pencemaran alam sekitar yang dilaporkan.

Untuk makluman dewan juga tiada sebarang aktiviti di PIPC akan melibatkan pemprosesan atau penghasilan sisa radioaktif.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: