MP PAS Kubang Kerian: PRU selepas 5 tahun?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBANG KERIAN]
TARIKH : 16.10.2012(SELASA)

SOALAN 34 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana beliau setuju untuk menubuhkan Jawatankuasa ke arah mengadakan Pilihan Raya Umum hanya selepas berakhirnya penggal lima tahun.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman dewan yang berhormat, semenjak merdeka 55 tahun yang lalu,Negara telah mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dengan kata lain,kita menounyai sistem dasar dan undang-undang yang telah sekian lama digariskan yang perlu kita ikut dan patuh untuk memastikan demokrasi dan hak-haknya dilaksanakan mengikut kehendak raykat terbanyak, melalui keputusan suara mereka yang diwakili atau Wakil Rakyat di dalam Parlimen.

Wakil Rakyat pula di pilih melalui sistem pilihan raya yang juga telah diasaskan semenjak 55 tahun yang lalu, berdasarkan Sistem Westminster di United Kingdom iaitu Sistem Demokrasi Berparlimen model Parlimen dan Kerajaan British. Sistem ini berteraskan kepada tiga prinsip utama seperti berikut.

a) berasaskan kepada sistem First Past the Post ataupun majority mudah ini bermakna mana-mana calon yang memperoleh undi yang terbanyak akan di istiharkan sebagai calon yang menag walaupun beliau hanya mendapat kelebihan satu undi mengatasi calon lawannya yang lain.

b) berasaskan kepada pemilihan seorang pewaklilan bagi setiap bahagian pilihan raya sama ada bagi pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

c) berasaskan kepada sistem penyertaan pelbagai parti politik dan pihak-pihak yang layak bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

SPR pula ditubuhkan mengikut perkara Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Manakala Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan fungsi utama SPR adalah seperti berikut:

i. menjalankan pilihan raya umum (PRU) ke dewan rakyat dan dewan undangan negeri dan menjalankan pilihan raya kecil (PRK) sekiranya berlaku kekosongan.

ii. menjalankan urusan pendaftaran pemilihan dan semakan daftar pemilih

iii. membuat kajian dan bersempadan semula bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan bersempadan semula yang terdahulu.

Dalam erti kata lain, tanggungjawab SPR hanya menentukan tarikh mengundi bagi PRU dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan dan menyediakan gelanggang pertandingan yang bebas dan adil.

Untuk maklumat ahli yang berhormat, undang-undang membenarkan PRU Parlimen dan PRU DUN diadakan secara berasingan. Sebarang tarikh pembubaran dewan rakyat atau DUN terpulang kepada pucuk kepimpinan kerajaan terbabit iaitu pembubaran Parlimen menjadi menjadi hak Perdana Menteri, manakala DUN hak Menteri Besar atau ketua menteri.

Bagaimanapun, adalah wajar bagi semua parti politik termasuk pembangkang mengambil kira kepentingan bersama yang mana dengan mengadaklan pilihan raya serentak ia dapat mengelakkan pembvaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya semua parti politik dapat mencapai persetujuan bersama mengadakan PRU DUN serentak dengan PRU Parlimen dalam PRU Ke-13 nanti.

Walaupun wujud perspektif supaya PRU hanya boleh diadakan apabila mandate pentadbiran kerajaan selama lima tahun berakhir.Namun soal penetapan tarikh adalah persoalan dasar yang perlu dikaji terutama dari aspek perundangan. Ini termasuk mengkaji keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan jika PRU hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun.

Walau bagaimanan pun, sementera Kerajaan meraikan sebarang cadangan, inisiatif dan penambahbaikan proses pilihan raya, sekali gus demokrasi berparlimen di Malaysia sebagai respon terhadap tuntutan dan kehandak the majoriti. Perlu juga diingatkan bahawa sebarang usaha tersebut hendaklah berpandukan kepasa asas berpelembagaan persekutuan dan lunas demokrasi negara.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: