MP PAS Marang: Kementerian Wanita … meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga bila jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus disandang oleh beliau, sedangkan Kementerian berkenaan memikul peranan yang sangat besar dalam menerajui pencapaian NKRA sektor “Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (LIH)”

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini disandang oleh YAB Perdana Menteri adalah bersifat sementara waktu sahaja. Pelatikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru akan dilakukan apabila tiba masa yang sesuai.

Langkah ini menunjukkan YAB Perdana Menteri sendiri ingin terlibat secara langsung dalam menerajui agenda pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat selaras dengan Gagasan 1Malaysia . “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Tuan Yang di-Pertua,
Pihak kerajaan amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh rakyat khususnya golongan miskin yang berpendapatan rendah. Dalam hal ini, Program tranformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan telah diperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Areas (NKRA). Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Salah satu inisiatif yang dilaksanakan di bawah NKRA LIH bagi membantu golongan ini adalah Program 1 Azam. Program 1Azam yang berteraskan kebajikan priduktif atau dengan izin “productive welface” membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan peluang menjana pendapatan.

Dalam melaksanakan program 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapat kerjasama padu daripada “champions” program tersebut dari pelbagai agensi Kerajaan, badan berkanun dan kerajaan negeri. Sebagai contoh, Program AZAM Niaga dan AZAM khidmat dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia manakala AZAM Tani diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. AZAM Kerja pula dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dean Masyarakat mendapat Kerjasama daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi negeri-negeri tersebut sendiri melaksanakan program-program 1AZAM di kedua-dua negeri berkenaan.

Sesungguhnya, pelaksanaan program-program NKRA LIH khususnya Program 1 AZAM bukan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat secara bersendirian. Sebaliknya tugas ini dipikul bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber manusia, Amanah Ikhtiar Malaysia serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Program ini telah berjalan lancar dengan penglibatan seramai 90,403 orang di seluruh negara.

Negara kita amat bertuah kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai barisan pegawai dan kakitangan yang berdedikasi dan berjiwa rakyat. Mereka sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat telah mengorak langkah untuk meningkatkan pendampingan dengan kumpulan sasar menerusi Program Merisik Khabar Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2012 telah berjaya diadakan sebanyak 6 siri di 4 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.Sekurang-kurangnya 3,5000 orang telah berpeluang menyuarakan permasalahan mereka dan mengemukakan permohonan bantuan kebajikan kepada kementerian untuk di beri pertimbangan dan diselesaikan secara in-situ. Sehubungan itu, Program merisik khabar Ketua Setiausaha Kementerian Pemabangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diteruskan ke negeri-negeri lain.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: