MP PKR Selayang: Isu Air Mentah Kerajaan Selangor-Pahang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG]
TARIKH : 17.10.2012 (RABU)

SOALAN 16 : Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan cara kadar bayaran RM 70 juta dikenakan setahun oleh Selangor kepada Kerajaan Pahang dalam Projek penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dan kuasa Kerajaan Persekutuan untuk mengikat Selangor untuk membuat bayaran ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman yang berhormat, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pahang telah menandatangani satu perjanjian jual beli air mentah Pahang Selangor pada 22 November 2007. Perjanjian ini dibuat berikutan persetujuan Kerajaan Pusat melaksanakan projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Melalui perjanjian ini, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk membekalkan air mentah kepada kerajaan negeri Selangor untuk penggunaan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sebagai balasan terhadap persetujuan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk membayar Kerajaan Negeri Pahang Royalti ke atas air mentah tersebut yang hanya akan bermula pada tarikh pertama penyaluran air mentah tersebut di buat.

Saya perlu jelaskan bahawa jumlah royalti air mentah bagi tempoh sepuluh tahun pertama pembekalannya tidaklah mencecah sehingga RM 70 juta setahun sepertimana yang sering dinyatakan oleh sesetengah pihak. Saya juga sangat kesal dengan gambaran yang sering di buat oleh pihak-pihak tertentu seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor terpaksa membayar RM 70 juta setahun dengan serta merta kepada Kerajaan Negeri Pahang apabila projek ini siap kelak. Perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Saya perlu menegaskan bahawa jumlah barayan royalty air mentah sebenarnya adalah dikira berdasarkan jumlah bekalan air mentah yang disalurkan dari Pahang ke Selangor. Purata bekalan sehari air mentah serta tempoh bekalannya adalah termaktub di dalam perjanjian tersebut. Kedua-dua pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pahang melalui persetujuan bersama juga boleh menyemak semula kadar royalti air mentah pada tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut.

Kerajaan Persekutuan tiada kuasa dalam perkara berkaitan bayarab royalti air mentah antara negeri ini memandangkan Perjanjian Jual Beli Air Mentah hanya melibatkan kedua-dua Kerajaan Negeri tersebut. Walau bagaimananpun, sekiranya kaedah permuafakatan bersama tidak dapat menyelesaikan sebgarang perkara berbangkit yang timbul, Kerajaan Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor hendahlah merujuk kepada Kerajaan Persekutuan sepertimana yang telah termaktub dalam perjanjian tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: