MP PKR Machang: Perbelanjaan Wang Ehsan Kelantan 2010 – Sept 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SAIFUDIN NASUTION BIN ISMAIL [MACHANG]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 22 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian perbelanjaan wang ehsan kepada negeri Kelantan yakni jumlah dan kemana dibelanjakan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi tempoh mulai tahun 2010 sehingga 30 September 2012 jumlah perbelanjaan Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM 49,186,529 yang telah dibelanjakan untuk bantuan seperti berikut:

i. Bantuan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah sebanyak RM20.18 juta kepada seramai 95,174 pelajar
ii. Bantuan Pelajar Cemerlang sebanyak RM 1.82 juta iaitu UPSR seramai 8,996 pelajar,PMR ( 4,000 pelajar), SPM (1,243 pe;ajar) dan STPM (390 pelajar)
iii. Bantuan kemasukan ke IPTA/Politeknik sebanyak RM 21.65 juta iaitu Diploma seramai 13,313 pelajar, ijazah (17,116 pelajar) dan matrikulasi/Asasi (4,344 pelajar)
iv. Bantuan kepada pesakit penyakit kronik sebanyak RM 134 ribu kepada 268 orang pesakit
v. Bantuan bencana sebanyak RM 3.87 juta kepada 13,286 penerima bantuan
vi. Bantuan kepada Pelajar ke Mesir sebanyak RM 696 ribu
viii. Sebanyak RM 820 ribu untuk mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar.

MP PKR Ketereh: Isu Royalti – Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR [ KETEREH]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 18 Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan negeri-negeri yang terlibat dalam isu royalti minyak dan gas serta pertimbangan apakah yang diambil kira bagi menentukan layak atau tidak untuk mendapatkan royalti. Apakah tahap kemajuan Jawatankuasa Khas Royalti yang telah ditubuhkan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Barayan Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah ditubuhkan untuk menentukan kewajaran Bayaran Tunai diberikan kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang terlibat negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang berkenaan hasil petroleum yang dikeluarkan di kawasan luar pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terna-terma rujukan Jawatankuasa Khas ini adalah seperti berikut:
i) mengenaLpasti jika ada negeri-negeri yang wajar menerima Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
ii) menentukan kaedah serta jumlah pembayaran Bayaran Tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan Jawatankuasa Khas ini masih belum bersidang kerana wakil-wakil negeri belum dilantik.

Sekian.

MP PAS Jerai: Dua Syarikat pasang Kamera AES dapat RM717 juta

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [ JERAI ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 29 Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah pelaburan dua syarikat yang mengendalikan pemasangan kamera untuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman,anggaran pelabuhan oleh kedua-dua syarikat pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) adalah sebanyak RM 717 juta.

KOMEN: Dua syarikat tersebut akan perolehi setiap saman AES yang dikeluarkan RM16.00

MP PAS Rantau Panjang: Kedudukan Terkini Mangsa ISA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 22 Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan terkini mangsa tahanan ISA yang masih ditahan dan bila mereka akan dibebaskan setelah Akta ISA dihapuskan.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Selepas berkuatkuasanya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012, Kerajaan telah membebaskan seramai 16 orang tahanan kerana mereka telah menunjukkan tahap pemulihan yang amat memuaskan dan mereka juga berjanji tidak akan lagi mengulangi aktiviti-aktiviti yang boleh mengecam keselamatan negara.

Persoalan mengenai baki 29 orang tahanan yang masih ditahan sepertimana yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat, penilaian telah dibuat terhadap mereka dan didapati kesemua tahanan tersebut belum lagi selamat untuk dibebaskan serta tidak mencapai tahap pemulihan yang perlu di dalam modul pemulihan oleh pihak berkuasa Tempat Tahanan Perlindungan Taiping.

Mereka akan dibebaskan pada bila-bila masa sekiranya mereka menunjukkan perubahan yang memenuhi kriteria pemulihan seperti mana yang di lalui oleh 16 orang tahanan yang teal dibebaskan sebelum ini.

MP PAS Kubang Kerian: Blok L dan M, Petronas Cuai?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 20 Minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapakah Kerajaan menyerahkan Blok L & M kepada Brunei Darussalam sedangkan dalam Production Sharing Contact Petronas dengan jelas menunjukkan bahawa Blok L dan M telah diberikan kepada Murphy Oil oleh petronas untuk diterokai dan adakah penyerahan kepada Brunei itu berlaku kerana petronas cuai atau adakah Kerajaan Malaysia yang melakukan kesalahan.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Seperti mana dewan yang mulia ini sedia maklum, isu tuntutan bersama Malaysia dan Brunei Darussalam ke atas Blok L dan M pun diselesaikan melalui Pertukaran Surat atau dengan izin Exchange of Letters pada 16 Mac 2009. Pertukaran surat ini telah Berjaya memuktamadkan penyelesaian pertindihan tuntutan dan perbatasan maritim antara kedua-dua Negara berlandaskan aspek-aspek teknikal persempadanan maritim dan undang-undang antarabangsa termasuk dengan izin United nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982.

Melalui Pertukaran Surat ,kedua-dua Negara bersetuju untuk mengadakan Aturan Komersial atau dengan izin Commercial Arrangement bagi memblehkan perkongsian hasil daripada penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok L dan M dalam zon maritim Brunei.

Bagi tujuan kerjasama di Blok L dan M, Blok-blok ini telah dinamakan sebagai Blok CA1 dan Blok CA2. Perjanjian perkongsian pengeluaran atau dengan izin Production Sharing Agreement (PSA) untuk Blok CA1 telah ditandatangani di Putrajaya pada 21 September 2010,manakala bagi Blok CA@ pala pada 13 Disember 2010 di Bandar seri Begawan.

Kedua-dua PSA tersebut telah dimeterai oleh PETRONAS dan Petroleum BRUNEI bersama-sama dengan operator-operator dan kontraktor-kontraktor yang dilantik.

Kerjasama penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok CA1 dan Blok CA2 kini sedang giat dijalankan semenjak akhir 2011. Lebih dari itu, kerjasama antara pihak-pihak berkuasa petroleum kebangsaan dari kedua-dua negara jaga terus dikembangkan meliputi potensi eksploitasi sumber hidrokarbon di blok-blok lain dalam zon maritim Brunei serta potensi kerjasama di negara ketiga.

Dewan Rakyat 1 November – 29 November 2012 (Handsard)

Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke 12 pada 24 September hingga 27 November 2012

Hansard Bagi November 2012
1.  1 November 2012
2. 5 November 2012
3. 6 November 2012
4. 7 November 2012
5. 8 November 2012

12 Nov hingga 15 November 2012 (Tiada Sidang). 13 Nov 2012 – Cuti Hari Deepavali, 15 November 2012 – Cuti Awal Muharam 1434.

6. 19 November 2012
7. 20 November 2012

– Usul  Menteri – Mengecam Serangan Kejam Israel Ke Atas Wilayah Palestin Di Gaza

– Perbahasan Bajet 2013  peringkat Jawatankuasa
1. Pertimbangan  (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas  Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”  Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (19 November, 2012).

8. 21 November 2012
9. 22 November 2012

10. 26 November 2012
11. 27 November 2012
12. 28 November 2012
13. 29 November 2012

Dewan Rakyat 24 September – 31 Oktober 2012

Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke 12 pada 24 September hingga 27 November 2012
(Hansard 24 Sept – 31 Okt 2012)

Bagi Bulan September 2012
1.  24 September 2012
2.  25 September 2012
3. 26 September 2012
4. 27 September 2012
5. 28 September 2012

Bagi Bulan Oktober 2012
6. 1 Oktober 2012
7. 2 Oktober 2012
8. 3 Oktober 2012
9. 4 Oktober 2012

10.  8 Oktober 2012
11.  9 Oktober 2012
12. 10 Oktober 2012
13. 11 Oktober 2012

14. 15 Oktober 2012
15. 16 Oktober 2012
16. 17 Oktober 2012
17. 18 Oktober 2012

18. 22 Oktober 2012
19. 23 Oktober 2012
20. 24 Oktober 2012

25 Oktober – 28 Oktober 2012 – Cuti Hari Raya Haji

21. 29 Oktober 2012
22. 30 Oktober 2012
23. 31 Oktober 2012

MP PAS Pasir Puteh: Lebuhraya KB – Kuala Krai dalam RMK-11 ??

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ KAWASAN PASIR PUTIH ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 4 Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jenis bantuan yang diberikan bagi membantu Kerajaan negeri Kelantan membina lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai dan sebuah stadium bola sepak yang bersesuaian dengan keperluan negeri itu sekarang.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Projek membina dan menaik taraf jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan ialah sebahagian dari skop projek menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine. Jajaran JalanCentral Spine ini melibatkan skop menaik taraf jalan dari Simpang Pelangi,Bentong,Pahang hingga ke Kota Bharu,Kelantan sepanjang 463.5 kilometer.

Untuk makluman yang berhormat, Kementerian Kerja Raya tidak pernah membatalkan cadangan pelaksanaan projek Jalan Kota Bharu – Kuala Krai. Sebaliknya ia ditangguhkan untuk membolehkan kementerian ini menilai semula dan mencari alternative yang lebih baik berbanding cadngan skop asal projek berkenaan.

Berdasarkan perancangan semula,projek menaik taraf Jalan Kota Bhura – Kuala krai Kelantan akan diberikan keutamaan dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam tempoh RMKe_11.

Manakala isu mengenai cadangan pembinaan stadium bola sepak yang baru di Kelantan pula terletak di luar bidang kuasa kementerian ini.

Sekian terima kasih.

MP PAS Kubang Kerian: Pengeluaran minyak/Gas 2009-2011

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN :      LISAN JAWAB BERTULIS

DARIPADA       :     TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB

[KUBANG KERIAN]

TARIKH           :      11.10.2012 (KHAMIS)

SOALAN  30    :  Minta PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah pengeluran minyak dan gas di negara pada tahun 2009, 2010 dan 2011 serta pecahan (mengikut Production sharing Contract) perolehan bersih kepada Petronas dan juga perolehan bersih rakan niaga {etronas dalam Production Sharing Contract tersebut seperti Exxon, Shell dan lain-lain serta berapakah jumlah pendapatan kasar dan bersih Petronas pada tahun 2009, 2010 dan tahun 2011.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman ahli yang berhormat,jumlah pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun kewangan (April-Mac) 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:

  2009/2010 2010/2011 2011 (April-Disember)
Minyak (Kbd) 535.4 511.8 450.2
Kondensat(Kbd) 121.8 115.2 106.1
Bekalan Gas(Kboe) 974.1 986.7 970.4

Kbd – Kilo barrels per day

Kboe – Kilo barrels of oil equivalent

Manakala jumlah perolehan dan keuntungan PETRONAS adalah seperti berikut:

Perolehan (Kboe) 2009/2010 2010/2011 2011 (April-Disember)
PETRONAS (termasuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd) 1,101.5 1,111.8 1,102.3
Kontraktor lain 529.7 501.9 424.5

 

Keuntungan (RM Juta) 2009/2010 2010/2011 2011 (April-Disember)
Keuntungan kasar(Gross Profit) 82,350 97,801 96,561
Keuntungna bersih(Profit for the period/year) 45,489 63,008 55,574

 

MP PAS Rantau Panjang: Hasil pengeluaran minyak/ gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [RANTAU PANJANG]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B. Kenapa gas yang dikeluarkan berhampiran dengan pengairan Kelantan didaratkan di Kerteh dan Kemaman yang melibatkan jarak yang lebih jauh.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Lapangan di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B belum lagi mengeluarkan minyak dan gas. Keputusan untuk mendaratkan gas tersebut di Kerteh diambil setelah menjalankan kaji selidik secara terperinci dengan mengambil kira pulangan pelaburan yang optimum. Faktor-faktor yang dipertimbangkan merangkumi pelbagai aspek seperti keperluan infrastruktur sedia ada, teknikal dan nilai komersial selain turut melibatkan pertimbangan strategik jaminan bekalan gas.