MP PAS Kubang Kerian: Kewajaran JK Khas Isu Bayaran Royalti Petroleum?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB. TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]
TARIKH : 23.10.2012

NO. SOALAN : 38 minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa maksud Jawatankuasa Khas Berhubungan isu bayaran Royalti Hasil Petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
untuk maklumat Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai dariapda Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah ditubuhkan untuk menentukan kawajaran Bayaran Tunai diberikan kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang berkenaan Hasil Petroleum yang dikeluarkan di kawasan luar pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terma-terma rujukan Jawatankuasa Khas ini adalah seperti Berikut:-
(i) Mengenalpasti jika ada negeri-negeri yang wajar menerima Bayaran Tunai daripada hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia; dan

(ii) Menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

MP PAS Marang: Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ]
TARIKH : 23.10.2012

NO. SOALAN : 20 minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah berdaftar dengan Kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Sehingga bulan Jun 2012, jumlah Sekolah Agama yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sebanyak 169 buah. Daripda jumlah tersebut, 52 buah adalah Sekolah Agama Negeri (SAN) dan 117 buah adalah Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sesungguhnya Kerajaan sangat perihatin terhadap pendidikan anak bangsa. Kerajaan juga bersikap adil dan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah SAN dan SAR yang tidak berdaftar dengan Kerajaan Persekutuan dalam pemberian bantuan atau peruntukan. Sebagai contoh, Kerajaan tetap memberikan peruntukan kepada semua sekolah termasuk SAR yang tidak berdaftar, yang menjalankan program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Kerajaan telah memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah tersebut sebanyak RM 21.8 juta pda tahun 2009, RM 19.3 bagi tahun 2010, RM 4.9 juta bagi tahun 2011 dan RM 10.5 juta lagi pada tahun 2012. Disamping itu juga, pada tahun 2011 Kerajaan telah memperuntukan sebayak RM 95 juta kepada 247 buah SAR di seluruh Negara. Bantuan tersebut meliputi bantuan perkapita (PCG), mpembangunan, kursus dan perpustakaan. Kerajaan juga telah menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada semua murid SAR di seluruh Negara mulai tahun 2012 dan akan diteruskan pada tahun 2013. Manakala SAN pula menggunakan peruntukan yang dibiayai khusus oleh pihak berkausa negeri. Semua bentuk peruntukan yang disalurkan itu adalah berdasarkan kepada prosedur kewangan dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan SAR dan SAN menierima bantuan sepenuhnya dan secara berterusan. KPM mengalakkan serta mengalu-alukan sekolah-sekolah tersebut berdaftar sebagai SABK supaya anak-anak di sekolah dapat menikmati manfaat dan kemudahan pendidikan yang lebih selesa seperti yang dinikmati oleh sekolah-sekolah aliran perdana yang lain.

MP PAS parit Buntar: Perkembangan Klinik 1Malaysia

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ]
TARIKH : 23.10.2012

NO. SOALAN: 14 minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan Klinik Satu Malaysia dan Masalah yang dihadapi.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Mengikut perancangan, sebanyak 176 buah Klinik 1Malaysia (K1M) akan beroperasi di seluruh Negara pada penghujung tahun ini. Sejak penubuhan K1M dari Januari 2010 sehingga 30 September 2012, 134 buah K1M sedang beroperasi di seluruh Negara. Sementara 42 buah lagi sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan kedatangan kumulatif pesakit ke K1M adalah seramai 5.16 juta orang pesakit.

Dari segi penambahbaikan perkhdiamtan, K1M yang mempunyai kedatangan pesakit melebihi 100 sehari telah ditempatkan dengan Pegawai Perubatan dan sehingga kini, 15 buah K1M telah beroperasi dengan Pegwai Perubatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan menambahbaik perkhidmatan sedia ada di K1M dengan menyediakan rawatan untuk ibu dan anak seperti pemeriksanaan ibu mengandung dan rawatan selepas bersalin, serta immunisasi untuk kanak-kanak.

Perkhidmatan ini, walau bagaimanapun, hanya akan disediakan di K1M yang ditempatkan dengan Pegawai Perubatan (MO) dan premis yang sesuai serta strategic berdasarkan keperluan setempat. Perkhidmatan K1M juga akan bertambah pada tahun 2013, di mana 70 lagi lokasi K1M telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri semasa Pengumuman Belanjawan pada 28 September yang lalu.

MP PAS Pasir Puteh: Aduan pengguna Telefon Bimbit

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [PASIR PUTIH]
TARIKH : 22.10.2012 (ISNIN)

SOALAN 18 : Minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan aduan-aduan kerugian yang dialami pengguna telefon bimbit akibat eksploitasi penipuan menerusi iklan-iklan yang memperdayakan dan tindakan yang diambil terhadap fenomena ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga Jun 2012, sejumlah 477 aduan berkaitan dengan iklan SMS yang mengelirukan/memperdayakan telah diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kementerian amat memandang serius perkara ini.

Oleh yang demikian, pada 1 Julai 2010, SKMM telah menguatkuasakan Standard Mandatori bagi Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih mengawal selia perkhidmatan ini dengan lebih efektif. Pematuhan kepada standard mandatory ini adalah wajib dan sebarang perlanggaran boleh membawa kepada hukuman denda maksimum sebanyak RM 100,000 atau penjara maksimum dua atau kedua-duanya sekali.

Pada April 2012, satu arahan juga telah dikeluarkan melarang Content Provider (CP) daripada melakukan aktiviti promosi dan pemasaran melalui kod ringkas siri 6 bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan kod ringkas siri. Pihak Celcos juga telah diarahkan untuk menyekat SMS tersebut sekiranya cuba dihantar oleh CP. SKMM pada masa ini sedang mengawasi aktiviti-aktiviti promosi ini.

Pelbagai siri program kesedaran pengguna juga sedang giat dijalankan oleh SKMM bagi memberi pengetahuan kepada pengguna berhubungan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan termasuk perkhidmatan kandungan mudah alih.

MP PAS Kota Bharu: Airpot Kota Bharu masih Airpot Domestik

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO HAJI WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH [KOTA BHARU]
TARIKH : 22.10.2012 (ISNIN)

SOALAN 43 : Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah dengan wujudnya penerbangan laluan Kota Bharu – Singapura sekarang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu boleh disifatkan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat,dengan adanya penerbangan laluan Kota Bharu – Singapura sekarang bukanlah bermakna Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa. Pada masa sekarang, terdapat beberapa lapangan terbang domestik yang lain iaitu Lapangan Terbang Melaka, LapanganTerbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh yang mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa, tetapi masih kekal kategorinya sebagai sebuah lapangan terbang domestik.

MP PAS Hulu Langat: geran penyelidikan 2008 hingga kini

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DR CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
TARIKH : 22.10.2012 (ISNIN)

SOALAN 41 : Minta MENTERI SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah geran-geran penyelidikan bagi tahun 2008 hingga kini yang disediakan Kerajaan, sejauh manakah kajian yang dibiayai memberi impak positif kepada negara dan dimanfaati oleh masyarakat dan pelbagai peringkat kaum.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terlibat dalam mengendalikan dana-dana dan pembangunan (R&D) sejak rancangan Malaysia Ke-7 dengan pengenalan program penyelidikan Intensification of Research in Priority Area (IRPA) dan Industrial Grant Scheme (IGS). Bagi tempoh 2006 hingga September 2012,sejumlah RM 3.21 bilion dana R&D telah diperuntukan oleh Kerajaan kepada MOSTI.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), MOSTI telah diluluskan sejumlah RM 2.92 bilion geran penyelidikan bagi mengendalikan 16 jenis dana meliputi semua peringkat iaitu dari peringkat cetusan idea hingga ke peringkat pengkomersialan serta mencukupi bidang-bidang utama seperti bioteknologi, ICT, industry dan sains angkasa.

Manakala dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (Januari 2010-September 2012), sejumlah RM 294.8 juta telah diperuntukan kepada MOSTI bagi mengendalikan 8 dana yang merangkumi 146 projek.

Mengenai impak positif kepada negara dan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini, bahawa hingga Jun 2012, Projek-projek yang dibiayai telah menghasilkan sebanyak 505 prototaip, 1,672 harta intelek (IP), 15,663 buah penerbitan dan telah menerima 1,116 anugerah. Projek-projek ini menjana sebanyak 8,006 orang berkelulusan tinggi (Pasca PhD, sarjana, ijazah dan diploma) dan mewujudkan sebanyak 15,891 pelung pekerjaan.

Sebanyak 338 projek telah dikomersialkan, manakala bilangan projek yang berpontesi untuk dikomersialkan pula adalah sebanyak 1,341 projek.

Antara syarikat-syarikat yang menerima pembiayaan dana kerajaan dan berjaya memasarkan produk-produk mereka serta menempa nama di pasaran adalah:
i. Ambang Wibawa Sdn Bhd merupakan penerima Dana CRDF berjumlah RM 4 juta. Syarikat ini telah Berjaya meningkatkan daya saingnya dengan penjanaan jualan ikan tilapia sejuk beku teknologi daripada MARDI di pasaran tempatan dan juga luar negara berjumlah RM 23 juta. Syarikat ini telah menerima permintaan yang tinggi daripada negara-negara Timur Tengah.

ii. OSA Technology Sdn Bhd merupakan penerima dana CRDF berjumlah RM 2.89 juta dan Berjaya mengkomersialkan Orthopaedic Surgical trauma Implant. Syarikat Berjaya mendapat kontrak pusat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bernilai RM 95 juta melalui Skim Anak Angkat kementerian Kesihatan.

iii. Heng Hiap Industries Sdn Bhd telah menerima dana CRDF berjumlah RM 3.74 juta. Ia merupakan Malaysia yang membangunkan sistem untuk mengitarkan semula barangan plastic terpakai kepada resin yang bermutu tinggi dan memenuhi piawaian. Syarikat ini juga mendapat pengiktirafan Green Label daripada Singapura dan Sijil Substance of Very High Concern (SVHC) daripada Hong Kong. Syarikat telah Berjaya memasarkan produk bernilai RM 106.8 juta di Australia, Eropah, Jepun dan amerika Syarikat.

iv. Syarikat GlobeOSS Sdn Bhd Berjaya membangunkan dan mengkomersialkan projek GlobeOss Roaming Assurance. Ia merupakan produk yang berupaya untuk memudahkan pembekal perkhidmatan komunokasi mudah alih dalam memantau, mengurus dan menyelaras sebarang perkhidmatan capaian rangkaian komunikasi sama ada dalam jaringan tempatan (inbound roaming) atau jaringan antarabangsa (outbound roaming). Produk ini telah di gunakan oleh beberapa syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, DST Brunei, Telkomsel Indonesia dan Hutch3 Indonesia dan telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 36.15 juta dari 2008 hingga 2012.

v. Syarikat Brutesoft Solutions (M) Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan Britesoft dan Brite Mobolity yang berfungsi membangunkan sesebuah aplikasi dengan mudah tanpa menggunakan sebarang “coding”. Sebaliknya ia hanya menggunakan fungsi “drag&drop” dan “fill in the blanks”. Perisian ini mampu mmebangunkan aplikasi 20 hingga 30 kali lebih pantas berbanding kaedan biasa serta mampu memberikan hasil lebih berkualiti. Perisian ini tirut boleh di bangunkan menerusi peranti mudah alih dengan menggunakan Brite Mobility. Nilai jualan yang telah berjaya diperolehi adalah sebanyak RM 12.23 juta dari 2008-2012. Produk ini turut menerima anugerah di MSC APICTA Award 2005,Performance – Centered Design USA (2005,2006 & 2007) dan mendapat 3-star MITI- Sme Corp Score+.

Selain daripada outcome yang disebutkan tadi,pelaburan Malaysia berkaitan hasil R&D telah membantu meningkatkan ranking Malaysia dalam Global Competitiveness Index (GCI) pada tahun 2011-2012 di kedudukan 21 berbanding pada tangga 26 pada tahun 2010-2011.Ranking Malaysia dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) meningkat 2 anak tangga kepada kedudukan 14 pada tahun 2012 berbanding pada tangga 16 pada tahun 2011.