MP PAS Hulu Langat: geran penyelidikan 2008 hingga kini

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DR CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
TARIKH : 22.10.2012 (ISNIN)

SOALAN 41 : Minta MENTERI SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah geran-geran penyelidikan bagi tahun 2008 hingga kini yang disediakan Kerajaan, sejauh manakah kajian yang dibiayai memberi impak positif kepada negara dan dimanfaati oleh masyarakat dan pelbagai peringkat kaum.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terlibat dalam mengendalikan dana-dana dan pembangunan (R&D) sejak rancangan Malaysia Ke-7 dengan pengenalan program penyelidikan Intensification of Research in Priority Area (IRPA) dan Industrial Grant Scheme (IGS). Bagi tempoh 2006 hingga September 2012,sejumlah RM 3.21 bilion dana R&D telah diperuntukan oleh Kerajaan kepada MOSTI.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), MOSTI telah diluluskan sejumlah RM 2.92 bilion geran penyelidikan bagi mengendalikan 16 jenis dana meliputi semua peringkat iaitu dari peringkat cetusan idea hingga ke peringkat pengkomersialan serta mencukupi bidang-bidang utama seperti bioteknologi, ICT, industry dan sains angkasa.

Manakala dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (Januari 2010-September 2012), sejumlah RM 294.8 juta telah diperuntukan kepada MOSTI bagi mengendalikan 8 dana yang merangkumi 146 projek.

Mengenai impak positif kepada negara dan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini, bahawa hingga Jun 2012, Projek-projek yang dibiayai telah menghasilkan sebanyak 505 prototaip, 1,672 harta intelek (IP), 15,663 buah penerbitan dan telah menerima 1,116 anugerah. Projek-projek ini menjana sebanyak 8,006 orang berkelulusan tinggi (Pasca PhD, sarjana, ijazah dan diploma) dan mewujudkan sebanyak 15,891 pelung pekerjaan.

Sebanyak 338 projek telah dikomersialkan, manakala bilangan projek yang berpontesi untuk dikomersialkan pula adalah sebanyak 1,341 projek.

Antara syarikat-syarikat yang menerima pembiayaan dana kerajaan dan berjaya memasarkan produk-produk mereka serta menempa nama di pasaran adalah:
i. Ambang Wibawa Sdn Bhd merupakan penerima Dana CRDF berjumlah RM 4 juta. Syarikat ini telah Berjaya meningkatkan daya saingnya dengan penjanaan jualan ikan tilapia sejuk beku teknologi daripada MARDI di pasaran tempatan dan juga luar negara berjumlah RM 23 juta. Syarikat ini telah menerima permintaan yang tinggi daripada negara-negara Timur Tengah.

ii. OSA Technology Sdn Bhd merupakan penerima dana CRDF berjumlah RM 2.89 juta dan Berjaya mengkomersialkan Orthopaedic Surgical trauma Implant. Syarikat Berjaya mendapat kontrak pusat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bernilai RM 95 juta melalui Skim Anak Angkat kementerian Kesihatan.

iii. Heng Hiap Industries Sdn Bhd telah menerima dana CRDF berjumlah RM 3.74 juta. Ia merupakan Malaysia yang membangunkan sistem untuk mengitarkan semula barangan plastic terpakai kepada resin yang bermutu tinggi dan memenuhi piawaian. Syarikat ini juga mendapat pengiktirafan Green Label daripada Singapura dan Sijil Substance of Very High Concern (SVHC) daripada Hong Kong. Syarikat telah Berjaya memasarkan produk bernilai RM 106.8 juta di Australia, Eropah, Jepun dan amerika Syarikat.

iv. Syarikat GlobeOSS Sdn Bhd Berjaya membangunkan dan mengkomersialkan projek GlobeOss Roaming Assurance. Ia merupakan produk yang berupaya untuk memudahkan pembekal perkhidmatan komunokasi mudah alih dalam memantau, mengurus dan menyelaras sebarang perkhidmatan capaian rangkaian komunikasi sama ada dalam jaringan tempatan (inbound roaming) atau jaringan antarabangsa (outbound roaming). Produk ini telah di gunakan oleh beberapa syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, DST Brunei, Telkomsel Indonesia dan Hutch3 Indonesia dan telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 36.15 juta dari 2008 hingga 2012.

v. Syarikat Brutesoft Solutions (M) Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan Britesoft dan Brite Mobolity yang berfungsi membangunkan sesebuah aplikasi dengan mudah tanpa menggunakan sebarang “coding”. Sebaliknya ia hanya menggunakan fungsi “drag&drop” dan “fill in the blanks”. Perisian ini mampu mmebangunkan aplikasi 20 hingga 30 kali lebih pantas berbanding kaedan biasa serta mampu memberikan hasil lebih berkualiti. Perisian ini tirut boleh di bangunkan menerusi peranti mudah alih dengan menggunakan Brite Mobility. Nilai jualan yang telah berjaya diperolehi adalah sebanyak RM 12.23 juta dari 2008-2012. Produk ini turut menerima anugerah di MSC APICTA Award 2005,Performance – Centered Design USA (2005,2006 & 2007) dan mendapat 3-star MITI- Sme Corp Score+.

Selain daripada outcome yang disebutkan tadi,pelaburan Malaysia berkaitan hasil R&D telah membantu meningkatkan ranking Malaysia dalam Global Competitiveness Index (GCI) pada tahun 2011-2012 di kedudukan 21 berbanding pada tangga 26 pada tahun 2010-2011.Ranking Malaysia dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) meningkat 2 anak tangga kepada kedudukan 14 pada tahun 2012 berbanding pada tangga 16 pada tahun 2011.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: