MP PAS Hulu Langat: Masalah Hospital di Hulu Langat?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 32 : Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah kemudahan katil di wad hospital-hospital dalam Parlimen Hulu Langat (Kajang, Serdang dan Putrajaya) masih belum mencukupi sehingga terpaksa menumpang wad di Hospital Seremban.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merancang keperluan katil bagi sesebuah hospital berdasarkan unjuran kepadatan penduduk di sesuatu kawasan. Di samping itu, Kementerian ini juga sentiasa memantau kadar penggunaan katil di hospital-hospital kerajaan seluruh negara bagi memastikan ia dapat menampung keperluan penduduk.

Pada dasarnya KKm mendapati kemudahan katil di hospital-hospital di dalam Parlimen Hulu Langat masih belum mencukupi. Jumlah katil hospital KKM dalam Parlimen Hulu Langat adalah 1,401 buah dan jumlah katil hospital swasta adalah 461 buah. Ini menjadikan nisbah katil kepada populasi adalah 1.6 katil :1,0000 populasi (berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 jumlah penduduk di Hulu Langat adalah1, 156,586 orang).

Pada masa ini, KKM menggunakan nisbah piawaian 2 katil: 1,000 populasi sebagai panduan dalam perancangan bagi penampung hospital untuk memenuhi keperluan katil di hospital di negara kita.

Antara sebab kemudahan katil tidak mencukupi adalah pembangunana yang pesat di Parlimen Hulu Langat dengan perusahaan, industri perkhidmatan dan institusi pendidikan serta jaringan pengankutan yang baik sehingga menjadi faktor penarik pertambahan penduduk, selain daripada lokasinya yang berdekatan Bandaraya Kuala Lumpur.

Terdapat situaasi di mana,beberapa perkhidmatan khusus seperti di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit rawatan Neonatal (NICU) yang menghadapi peningkatan kemasukan pesakit luar jangkaan. Kemasukan pesakit yang memdadak ini berlaku di dalam situasi tertentu seperti kemalangan besar, peningkatan bilangan bayi pra-matang serta permintaan bagi memindahkan pesakit dari hospital swasta. Ini diburukkan lagi sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan penjagaan rapi dalam jangka masa yang lama.

Bagi memastikan pesakit mendapat perkhidmatan terbaik yang diperlukan, pihak pengurusan hospital akan berusaha untuk menempatkan atau memindahkan pesakit ke hospital-hospital Kerajaan lain yang berhampiran yang dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan yang diperlukan. Pemindahan pesakit ke hospital luar kawasan atau negeri merupakan kes terpencil termasuklah kes yang dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,di mana hospital-hospital berhampiran tidak dapat menerima tambahan pesakit disebabkan kekangan kemudahan, peralatan serta kakitangan terlatih.

KKM sedang berusaha bagi meningkatkan lagi prasarana kemudahan kesihatan di kawasan Parlimen Hulu Langat bagi selaras dengan pembangunan yang amat pesat di kawasan ini. Sehubungan itu, KKM telah menyenaraikan cadangan bagi menaiktaraf Hospital Kajang di dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan datang dengan tambahan 120 katil.

KKM juga sedang berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan rawatan intensif termasuk rawatan intensif neonatal di seluruh negara.Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan penyediaan kemudahan rawatan rapi melibatkan kos yang besar.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: