MP PAS Tumpat: Langkah Kerajaan Jayakan perjuangan Rakyat Palestin

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO KAMARUDIN BIN JAFFAR [TUMPAT]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 12 : Minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kerajaan untuk menjayakan perjuangan rakyat Palestin.

JAWAPAN
Untuk makluman dewan yang mulia ini, Dasar Malaysia adalah konsisten sejak dahulu lagi yang secara terbuka menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel serta bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Yang Amat Berhormat Perdana mEnteri dan YB Menteri Luar Negeri masing-masing dalam Sesi ke-4 Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, Arab Saudi pada 14 dan 15 ogos 2012 dan Sidang kemuncak Negara-negara Berkecuali (NAM) pada 28 hingga 31 ogos 2012 di Tehran. Iran telah menggesa negara-negara anggota OIC dan Nam untuk membantu dalam apa jua cara demi perjuangan rakyat Palestin.

Pada 29 September 2012, YB Menteri Luar Negeri dalam kenyataannya semasa sesi ke-67 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Malaysia menyokong hasrat Palestin untuk menjadikan Negara Bukan Ahli PBB dengan izin UN Non-member state dan menggesa negara-negara ahli PBB yang lain untuk turut serta menyokong hasrat Palestin tersebut.

Kerajaan Malaysia sentiasa member sokongan dari segi politik, ekonomi, kewangan, moral dan sosial kepada perjuanagan Palestin. Selain dari itu, Kerajaan Malaysia juga menberi sumbangan kepada united nations relief and works agency (UNRWA) yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dan menjaga kebajikan pelarian Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan. Kerajaan Malaysia telah membuat sumbangan tahunan kepada UNRWA sejak tahun 1978 dan akan terus membuat sumbangan kewangan kepada badan tersebut.

Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri akan menganjurkan The International Day of Solidarity with the Palestinian People di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur pada 29 September 2012. Sambutan ini juga dikenali sebagai Solidarity day dan disambut pada tanggal 29 November pada setiap tahun. Kementerian Luar Negari akan menganjurkan beberapa program lain seperti Forum, Pameran dan Dokumentari Filem yang dibuka kepada orang awam.

Secara lazimnya, sambutan solidarity day ini dizahirkan melalui penganjuran aktiviti dan program bagi masyarakat antarabangsa, termasuk Malaysia untuk menunjukkan sokongan dan kebersamaan kita kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya untuk mengembalikan tanah air mereka sebagai negara berdaulat dan merdeka setelah sekian lama ditindas dan dijajah oleh Rejim Israel.
Sekian Terima Kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: