22 November 2004 Dalam Sejarah Dewan Rakyat Memilih Speaker Baru

22 November 2004 Dalam Sejarah Dewan Rakyat Memilih Speaker Baru selepas Speaker ketika itu, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail, 80, meninggal dunia pada 4.30 petang 14 Oktober 2004 di Hospital Kuala Lumpur akibat kegagalan buah pinggang.

MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA
Setiausaha Dewan Rakyat [Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab]: Memilih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mencadangkan usul.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang Berbahagia, sebelum kita masuk agenda, [Dewan riuh] memandangkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak pernah menerima apa-apa surat rasmi, sama ada mengenai pemilihan Yang di-Pertua, mengenai memberi calon dengan notis 14 hari dan kedua mengenai keputusan nomination, saya juga ada bercadang Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa kita postpone pemilihan ini untuk dua hari supaya satu kaedah pemilihan yang terbaik sekali boleh diadakan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri rela untuk timbang dan bersetuju. [Disampuk] Apa ini? Kita mahu First World Parliament, ini empat World Parliament. Supaya kita boleh ke arah First World Parliament.

Bolehkah Yang Amat Berhormat bersetuju? [Disampuk] Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul
Aziz]: Kita tidak ada Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Lim Kit Siang: Bukan sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mahu itu First World yang kita bertanya Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri ada setuju atau tak setuju. Itu sahaja.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kita kena ikut peraturan. Duduk, duduk, duduk. Kita ada peraturan, standing order dan mengikut peraturan 3 ini ia cuma menyatakan bahawa bila-bila jawatan Tuan Yang di-Pertua itu kosong baik dengan sebab dibubarkan Parlimen atau dengan lain-lain sebab, maka Majlis, sebaik-baik cukup bilang ahlinya, hendaklah memilih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Tidak ada, ikutlah standing order, [Disampuk] tidak perlu, tidak perlu, ikut standing order.

Tuan Lim Kit Siang: 14 hari notis.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: 14 hari telah diberikan kepada Dewan Rakyat, tidak perlu beri kepada ahli Dewan. Baca betul-betul. Jangan menyelewengkan Dewan Rakyat. Jangan menyelewengkan Dewan Rakyat. Ikut peraturan.
Tuan Lim Kit Siang: Civilized.

Dato’ Seri Mohammad Nazri bin Abdul Aziz: Ini civilized ikut peraturan! Jangan ikut peraturan sendiri! [Dewan riuh]
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan [Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak]: Tuan Setiausaha, kerajaan telah mengambil keputusan bahawa pengundian akan berjalan secepat mungkin berpandu kepada Standing Order Parlimen. Jadi cadangan Ahli Yang Berhormat Ipoh Timor itu tidak perlu dipertimbangkan. Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang: Itu civilize mannerlah [Dewan riuh]. First World Parliamen, bukan empat World Parliment.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat.. [Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang: Apa itu? [Disampuk]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat…
Tuan Lim Kit Siang: Empat World Parliament. Apa ini! [Disampuk] [Dewan riuh]

Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat…
Tuan Lim Kit Siang: … tidak tahu apa dia…. [Disampuk] uncivilizedbehaviour.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mencadangkan usul.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Setiausaha, saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Tan Seri Dato’ Diraja Ramli Ngah Talib, [Tepuk] ahli bagi kawasan Pasir Salak dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. [Tepuk]
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Seri Ong Ka Ting]:Tuan Setiausaha, saya menyokong cadangan yang dibentangkan tadi.

Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Berhormat Ahli Kawasan Ipoh Timur akan mencadangkan usul.
Tuan Lim Kit Siang: Sebelum saya mengemukakan cadangan, usul saya untuk menamakan Yang Berhormat daripada Kepong sebagai calon Tuan Yang diPertua, saya meminta satu penjelasan mengenai cara nomination. Mengikut Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, awal minggu ini bahawa cadangan Yang Berhormat daripada Pasir Salak ada dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang tidak ada di sini oleh kerana ada tugas APEC dan kalau begitu cadangan itu perlu dibuat dalam secara notis selama 14 hari dan kalau ini cadangan dibuat atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nampaknya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh kemukakan cadangan ini, tidak ikut peraturan dan kita mahu tahu sama ada usul yang diterima Parlimen ini atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau atas nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Bolehkah Yang Berbahagia Setiausaha ini – tidak sangkut paut dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bolehkah Yang Berbahagia Setiausaha jelaskan sama ada surat yang diterima atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau atas nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan bolehkah surat itu ditunjukkan supaya kita boleh berpuas hati dengan perkara ini.
[Dewan riuh] [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Berhormat, Yang Berhormat, terima kasih. Saya menerima dua usul, yang pertama pada 23 Oktober 2004 daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ditandatanganinya sendiri dan juga daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur pada 5 November 2004 yang mengemukakan usul sedemikian. Dan mengikut Peraturan Mesyuarat: “4(3) Jika hanya seorang ahli atau seorang lain sahaja yang dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Setiausaha hendaklah memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena pilih, dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat. Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat.”

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya masih menunggu cadangan usul daripada Yang Berhormat supaya kita dapat menjalankan usul….
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, memandangkan tadi Ipoh Timor diberi kesempatan untuk membuat usul tetapi dia tidak membuat usul saya ingat cuma satu cadangan sahaja. Tidak perlu undilah. Ini Ipoh Timur ada macam-macam adalah… [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat saya mencadangkan Yang Berhormat dari Kepong menjadi Tuan Yang di-Pertua dan akan disokong oleh Yang Berhormat daripada Ipoh Barat, tetapi soalan saya ialah bahawa cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengikut peraturan atau tidak oleh sebab cadangan yang ada dibuat pada 23 Oktober 2004 dibuat atas nama Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan kita faham dia tak senang untuk datang ke sini tetapi cadangan itu satu cadangan usul tidak boleh dikemukakan atas nama orang yang lain. Itulah sangat sulit sebab itu saya ada cadangkan kita postpone election ini, oleh kerana
ini tidak mengikut peraturan tetapi saya kemukakan cadangan saya dan mungkin Yang Berhormat disokongkan dahulu ….

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya difahamkan Yang Berhormat Kepong kena paksa.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya menyokong pencalonan Yang Berhormat Kepong.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana ada dua Ahli Yang Berhormat telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 3, Majlis Mesyuarat akan membuat pilihan memilih Tuan Yang di-Pertua dengan undi bersurat. Bagi maksud pilihan undi bersurat pegawai-pegawai Dewan akan mengedarkan kertaskertas undi kepada Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat diharap dapat mengisikan kertas itu dengan sempurna dengan menuliskan nama calon yang dipilih dan menandatanganinya. Selepas itu lipat kertas itu dan serahkan kepada Setiausaha untuk dikira. Saya akan mengumumkan keputusan undi ini sebaik sahaja ia dikira.

Tuan Lim Kit Siang: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Seorang Ahli: Kepong tarik diri, Kepong tarik diri!
Tuan Lim Kit Siang: Dengar dahulu, oleh sebab satu keputusan perlu dibuat mengenai….
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Point of order.
Tuan Lim Kit Siang: Tidak rela untuk dengar pun. Dengar dahulu selepas itu …
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya difahamkan Kepong dipaksa untuk..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Merapu.

Tuan Lim Kit Siang: Dengar dahulu, satu keputusan perlu dibuat mengenai
soalan sama ada cadangan yang dibuat pagi ini oleh Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri sah atau tidak sah oleh kerana majoriti salah. [Dewan riuh] Belum
majoriti, belum majoriti, kezaliman pun keadilan, itu kita tahu, itu hal yang lain. Oleh
kerana mengikut peraturan notis perlu diberi dalam 14 hari. Itu sudah diberi tetapi
diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau tidak senang di sini dan
sama ada itu boleh. Kalau ini boleh dibuat, adakah ini bererti bahawa untuk kali yang
lain, apabila contohnya ten dollar card Menteri-menteri sesiapa orang yang beri notis itu
tidak perlu di sini orang lain boleh kemukakan. Adakah ini kita perlu satu keputusan
dibuat mungkin Yang Berbahagia perlu masa, perlu masa untuk bincang mengenai
perkara ini sama ada dengan Urusetia atau peguam-peguam dan saya cadang bahawa
mesyuarat ditangguhkan supaya…. [Disampuk] isu ini tak payah, kalau majoriti apa
pun tak payah kalau begitu. Janganlah kita tunjuk kepada dunia kepada negara kita
ada ‘group’ majoriti sahaja dan saya harap dibuat dengan trust.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Setiausaha, saya
tidak faham apa isunya. Dalam ketiadaan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri
menjalankan tugas Perdana Menteri. Dan dalam standing order tidak ada sebut orang
atas nama usul itu mesti hadir dalam Dewan.
Tuan Chow Kon Yeow: Dato’ Setiausaha…
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Saya mencadangkan
pengundian dijalankan sekarang.
Tuan Chow Kon Yeow: Dato’ Setiausaha.
Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Peraturan mesyuarat.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Peraturan mesyuarat.
[Dewan riuh] [Beberapa ahli Dewan bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Berhormat, terima kasih. Saya
teruskan.
Cik Fong Po Kuan: Peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Chow Kon Yeow: Peraturan, Dato’ Setiausaha.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ikut Peraturan. 4 DR.22.11.2004
Tuan Chow Kon Yeow: Dato’ Setiausaha.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Pegawai-pegawai Dewan, sila datang ke
meja Setiausaha dan ambil kertas-kertas undi dan edarkan kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat untuk proses pengundian.
Cik Fong Po Kuan: Peraturan mesyuarat.
Tuan Chow Kon Yeow: Setiausaha, jangan melanggar peraturan.
Tuan M. Kula Segaran: Hendak cakap melanggar peraturan.
Cik Fong Po Kuan: Peraturan.
Puan Teresa Kok Suh Sim: Peraturan mesyuarat.
Tuan Chow Kon Yeow: Setiausaha, saya buat satu permohonan untuk
menuntut penjelasan…
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Hei! Lu Chi, tiam-tiamlah Wa
an cho kang lau. [Bercakap dalam bahasa Cina]
Tuan Chow Kon Yeow: Lu mai chia, lu tui lah [Dewan semakin riuh dengan
sorak]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hei! Apa mahu bising, lu
duduklah hei!
Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap dalam bahasa Cina] [Dewan amat riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Speaker tak ada lagilah hoi!
Duduk.
Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap dalam bahasa Cina] [Dewan masih
terlalu riuh]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat semua ….
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Merapu!
Cik Fong Po Kuan: Peraturan mesyuarat.
Tuan Chow Kon Yeow: Tak sudi untuk mendengarkah?
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat ….
Tuan Chow Kon Yeow: … atas Peraturan Mesyuarat 4(1) dan 4(2).
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli …
Tuan Chow Kon Yeow: Pandang ke sini.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang
Berhormat…
Tuan Chow Kon Yeow: Tak usah layan Setiausaha. Dia tak faham, dia tak
boleh baca. [Dewan masih bising]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hanya
menjalankan proses pengundian.
Tuan Chow Kon Yeow: Ini satu…
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Saya tidak ada kedudukan untuk
membuat apa-apa ruling ataupun fatwa ataupun hendak membenarkan dan …
Tuan Chow Kon Yeow: 4(2).
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Perkara itu boleh dikemukakan kepada
Tuan Yang di-Pertua apabila ia dilantik. Saya cuma menjalankan proses pengundian
dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua diharap sudah menerima kertas-kertas undi
seorang satu. Jika sudah, dipersilakan mengisi kertas undi itu dengan sempurna dan
jangan lupa menandatangani dan selepas itu lipatkan kertas undi itu dan tunggu
sehingga ia dipungut oleh pegawai-pegawai Dewan. [Dewan riuh]
[Kertas-kertas diedarkan oleh pegawai-pegawai Dewan]
[Pengundian sedang dijalankan] DR.22.11.2004 5
[Kertas-kertas undi dikira oleh Tuan Setiausaha Dewan]
10.35 pagi.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi
ialah:-
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib – 185 undi
[Tepuk] Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw – 10 undi.
[Dewan riuh dengan sorak dan tepukan]
Jumlah 195 undi.
Dengan itu saya mengisytiharkan iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri
Diraja Ramli bin Ngah Talib dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri
Diraja Ramli bin Ngah Talib untuk mengangkat sumpah. [Tepuk]
[Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib memakai pakaian rasmi Yang
di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia] [Tepuk]
MENGANGKAT SUMPAH
Tuan Yang di-Pertua: Saya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli
bin Ngah Talib setelah dipilih memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah
dengan ini mengangkat sumpah/berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan
menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur dengan segala daya upaya
saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan
akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya.

Dewan Rakyat: 28 April 2008 Dalam Sejarah Memilih Speaker dan Dua Orang Timbalan Speaker

28 April 2008 Dalam Sejarah Memilih Yang Di Pertua dan Dua Orang Timbalan Yang Dipertua

MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA
Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut aturan yang dinyatakan di dalam Peraturan Mesyuarat 1, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat akan menjalankan urusan memilih Yang diPertua.

Saya telah menerima hanya satu cadangan untuk pemilihan Yang di-Pertua. Cadangan itu datangnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam suratnya bertarikh 10 April 2008. Oleh yang demikian saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan memilih Yang di-Pertua.

Perdana Menteri [Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Setiausaha, saya mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih.

Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak]: Tuan Setiausaha, saya menyokong usul itu.
Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana seorang sahaja yang dicadangkan dan disokong menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. [Tepuk]

[Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia masuk ke dalam Dewan dan dipakaikan jubah oleh Setiausaha Dewan Rakyat, kemudian menuju ke Kerusi]

Setiausaha Dewan Rakyat: Ahli-ahli Yang Berhormat, sila bangun.

TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH
Tuan Yang di-Pertua: Saya, Pandikar Amin Haji Mulia, setelah dipilih memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah dengan ini berikrar dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu
dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindung serta mempertahankan Perlembagaannya.

[Tuan Yang di-Pertua menurunkan tandatangan pada Buku Sumpah dan Ikrar]

MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA
Perdana Menteri [Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Yang diPertua, saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli dari Santubong dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee ahli dari Beluran dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan iaitu Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen kawasan Kepong dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sudah, sudah, saya dengar sudah. Bukit Gelugor yang sokong. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab ada tiga orang Ahli Yang Berhormat telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua dan oleh kerana Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dipilih di kalangan Ahli Dewan Rakyat, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat akan membuat pemilihan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan undi bersurat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, tidak jelas tadi, Ipoh Timur mencadangkan, dia kata wakil rakyat Ipoh. Kalau Yang Berhormat Tan Seng Giaw, dia dari Kepong, bukan dari Ipoh.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak, yang menyokong.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Siapa kata Ipoh?
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila duduk.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap sekejap. Saya belum habis bercakap. Bagi maksud pemilihan dengan undi bersurat, pegawai-pegawai Dewan akan mengedarkan kertas-kertas undi kepada Yang Berhormat Ahli-ahli. Ahli-ahli Yang Berhormat diharap dapat mengisikan kertas itu dengan sempurna dengan menulis hanya dua nama sahaja nama calon yang dipilih dan menandatangani kertas undi itu.

Selepas itu lipatkan kertas itu dan serahkan kepada Setiausaha untuk dikira dan saya akan mengumumkan keputusan undi itu sebaik sahaja ianya dikira. Pegawai-pegawai Dewan yang berkenaan sila datang ke meja Setiausaha dan ambil kertas-kertas undi dan
diedarkan kepada Yang Berhormat Ahli-ahli di blok masing-masing.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Speaker, kita ingin tahu kalau undi kita hanya satu sahaja valid atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua: Yang itu boleh.
[Undian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua: Keputusan undi. Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mendapat 157 undi, [Tepuk] Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee mendapat 140 undi, [Tepuk] Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw mendapat 81 undi. [Tepuk] Dengan itu saya mengisytiharkan iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang
Berhormat Santubong dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, Yang Berhormat Beluran dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. [Tepuk] Dengan itu juga saya mempersilakan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua mengambil tempat yang telah disediakan. Sila.
[Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengambil tempat duduk yang disediakan]

Baca lanjut di sini

MP Kuala Terengganu: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAB LISAN
1. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MENYATAKAN APAKAH LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU PINTU MASUK (GATEWAY) ANTARABANGSA KE PANTAI TIMUR YANG DI KENALPASTI OLEH KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MENGGALAKKAN PELANCONGAN PANTAI TIMUR ?

2. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN APAKAH POLISI RASMI KERAJAAN TENTANG PENGAWASAN-PENGAWASAN KERJA DI TAPAK PROJEK YANG DI KENDALIKAN OLAH PERUNDING SWASTA DI PANTAU OLEH WAKIL PERUNDING SWASTA ATAU KERAJAAN ?

3. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN HASIL SIASATAN OLEH KEMENTERIAN KERJA RAYA PADA 2009 TENTANG KERUNTUHAN BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN SIAPAKAH PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB ATAS TRAGEDI KERUNTUHAN TERSEBUT?

4. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MENYATAKAN ADAKAH KAJIAN E.I.A (PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR) DIJALANKAN UNTUK KERJA-KERJA PENAMBAKAN TANAH YANG SEDANG DI LAKSANAKAN (JUN 2013) DI SUNGAI TERENGGANU DI MUARA KUALA TERENGGANU DI BELAKANG KAMPUNG CINA ?

5. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN APAKAH LANGKAH-LANGKAH DAN TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGELAKKAN TRAGEDI-TRAGEDI KERUNTUHAN BEGITU BANYAK BANGUNAN-BANGUNAN PROJEK KERAJAAN DI TERENGGANU KEBELAKANGAN INI ?

6. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MENYATAKAN SEJAUH MANAKAH PIHAK KERAJAAN MENGGALAKKAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN TRADISI YANG TERTIB BERBANDING DENGAN PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN HIBURAN BARAT YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN TRADISI DAN BUDAYA TEMPATAN ?

SOALAN JAWAB BERTULIS
1. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MENYATAKAN BERAPAKAH PERUNTUKAN BAGI KERJA-KERJA PEMBORONG DAN BAYARAN PERUNDING PADA 2007 / 2008 UNTUK MEMBAIK PULIH / UBAH SUAI PASAR PAYANG DI KUALA TERENGGANU DAN ADAKAH KEMENTERIAN MENGIKTIRAF PASAR PAYANG SEBAGAI SALAH SATU DAYA TARIKAN UTAMA PELANCONGAN UNTUK TERENGGANU / MALAYSIA

2. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN SIAPAKAH JURUTERA BERTANGGUNG JAWAB REKABENTUK BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG RUNTUH PADA TAHUN 2009 DAN APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN INSIDEN SEPERTI ITU TIDAK BERULANG MEMANDANGKAN BUMBUNG KEDUA RUNTUH PULA PADA 20HB FEBRUARI 2013?

3. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN ADAKAH PEMBORONG KOREA – SOWON CONSTRUCTION YANG MEMBINA BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG RUNTUH PADA 2009 BERDAFTAR DENGAN C.I.D.B. DAN ADAKAH PEMBORONG YANG MEMBUKA BUMBUNG KEDUA YANG RUNTUH PADA FEBRUARI 2013 BERDAFTAR DENGAN C.I.D.B. SEBELUM MEREKA DILANTIK?

4. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN BERAPAKAH KOS PEMBINAAN SEMASA LEBUH RAYA PERSEKUTUAN KUANTAN KE KUALA TERENGGANU DAN APAKAH KOS ASALNYA SERTA SEBAB-SEBAB KELAMBATAN SIAPNYA PROJEK SERTA JANGKAAN SIAP SEMASA KESELURUHANNYA?

5. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PENGANGKUTAN MENYATAKAN APAKAH KOS KESELURUHANYA MEMBINA LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN IMIGRESEN DAN KASTAM DAN MENGAPAKAH TIADA PENERBANGAN ANTARABANGSA KE LAPANGAN TERBANG TERSEBUT SETELAH BEGITU LAMA BEROPERASI ?

MP Bachok: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan pembinaan lebuhraya baru Kuala Lipis-Gua Musang. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui jalan sedia ada dan jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

2. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah langkah yang diambil oleh kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.

3. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pendekatan pihak kementerian dalam menyediakan keselesaan kepada penjawat awam yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mempertimbangkan skim cuti khas bagi tujuan tersebut.

4. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang berpunca daripada keadaan Jalan Persekutuan yang rosak dan nyatakan jumlah kilometer Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang rosak dan serta kos pembaikiannya.

5. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah telaga petroleum berserta nama-nama telaga tersebut dan berapakah jumlah pengeluaran setiap telaga yang berada di kawasan perkongsian sempadan Thailand dengan Kelantan.

6. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pampasan pengambilan tanah yang dibayar oleh Petronas kepada penduduk di Kerteh dan Pengerang bagi pembinaan zon perindustrian petroleum.

7. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

8. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kaedah atau sumber ekonomi yang boleh dijana oleh bekas bekas penanam tembakau selepas tanaman tersebut sudah tidak menjadi keutamaan oleh kerajaan.

9. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di mana tapak pelupusan sisa radioaktif Lynas akan ditempatkan. Lebih-lebih lagi, apabila Nicholas Curtis, pengerusi Syarikat Lynas berkata tidak ada peruntukan untuk membawa sisa-sisa Lynas ke luar negara sebelum ini.

10. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peratus ubatan yang digunakan di hospital menggunakan ubatan generik (generic) Adakah pihak kerajaan sedar keberkesananya kurang memuaskan.

Pertanyaan Jawab Bertulis
1. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut tahap pengajian. Apakah usaha kukuh kerajaan dalam melahirkan OKU berpendidikan tinggi.

2. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah bangunan surgical Hospital USM yang sepatutnya siap dalam RMK9 dapat dimulakan pembinaan? Mengapa bangunan trauma Hospital USM masih belum dapat digunakan lagi walaupun bangunan sudah siap?

3. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan tentang masalah kekurangan mesin radioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk kegunaan rawatan pesakit di Kelantan serta negeri Pantai Timur dan untuk kegunaan pengajaran peringkat Sarjana. Apakah usaha pihak kerajaan dalam menangani kekurangan peralatan peralatan utama lain yang sangat penting

4. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah surat pertukaran guru yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 mengikut jajahan.

5. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendirian kerajaan terhadap kehadiran ramai anak muda pelbagai kaum dalam Himpunan BlackOut 505. Apakah langkah kerajaan dalam menyuburkan nilai demokrasi di kalangan anak muda.

MP Pengkalan Chepa: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAB LISAN:
1) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramaikah Pegawai Agama yang telah dilantik di Hospital-hospital Utama Kerajaan mengikut negeri di antara tahun 2008 hingga tahun 2013?

2) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana Kerajaan memantau dan menitikberatkan kualiti ubat-ubatan yang dibekalkan kepada hospital-hospital Kerajaan dalam rangka memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat?

3) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar hampir semua Pusat Hemodialisis sekarang ini dikenakan syarat oleh Malaysian Society of Nephrology (MSN) supaya ‘person in charge (PIC)’ mesti dari kalangan Doktor Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (internal medicine), sedangkan syarat tersebut tidak wujud dalam mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan?

4) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kerajaan boleh memastikan tahap ‘denggi sifar’ dapat dicapai di kalangan rakyat di negara ini?

5) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah langkah-langkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya?

Soalan Jawab Bertulis
6) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah Pengusaha Bumiputra Kelantan yang telah mendapat manfaat daripada Sekim Pembangunan Ekonomi Desa (SPED) dari tahun 2008 hingga 2013?

7) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI PENGANGKUTAN menjelaskan bilakah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa akan dinaik taraf menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa memandangkan jumlah penerbangan di lapangan terbang ini yang semakin bertambah dan menjadi antara lapangan terbang yang paling sibuk di negara ini?

8) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah kandungan ‘silver nitrate’ di dalam dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini?

MP Kubang Kerian: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas dan berjanji untuk melaksanakan 7 perkara besar bagi rakyat negeri itu. Apakah ianya akan terus dilaksanakan walaupun BN tidak berjaya mengambil alih pentadbiran Negeri Kelantan?

2. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan Menteri telah mengeluarkan kenyataan akan memberi kesamarataan kepada semua tanpa mengira fahaman politik. Apakah Kementerian bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina dan menyiapkan sebuah stadium baru di Bukit Merbau?

3. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan sejak ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan. Berapakah jumlah kakitangan, termasuk lantikan politik seumpama Penyelia Pembangunan Mukim yang dilantik, dan berapa pula perbelanjaan tahunan yang terpaksa ditanggung oleh pihak JPP?

4. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Apakah jenis-jenis peruntukan untuk Kerajaan Negeri Kelantan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, sejak ditubuhkan hingga kini dan berapakah jumlahnya?

5. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan jurang digital dan penggunaan internet antara penduduk bandar dan luar bandar?

6. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Bilakah kemudahan UNIFI akan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Negeri Kelantan?

7. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan Apakah pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan harga minyak ron95 dan diesel?

8. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Bilakah Kerajaan berhasrat untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan media Kerajaan seumpama RTM tanpa mengira fahaman politik?

9. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Berapakah jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan, hasil daripada petroleum yang didapati di perairan pantai negeri itu sejak tahun 2006 hingga sekarang?

10. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Berapakah jumlah wang ‘ehsan’ yang telah dibelanjakan di Negeri Kelantan dan apakah mekanisma yang dipakai untuk pengagihan wang tersebut?

Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis
11. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menreti Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan Apakah mekanisma yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang yang membebankan?

12. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Apakah kriteria yang perlu ada bagi sesebuah stesyen radio dan televisyen untuk kelulusan operasinya?

13. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan Berapakah jumlah sebenar warga asing seumpama bangsa Bangladesh, Indonesia, Sulu dan lain-lain yang mendapat taraf warganegara Malaysia sejak tahun 2000 hingga sekarang?

MP Dungun: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAB LISAN:
1) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Baru Daerah Dungun akan dimulakan pembinaan dan bilakah jangkaan operasi sepenuhnya.

2) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakh Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dapat disiap sepenuhnya dan nyatakan pakej-pakej berkaitan yang tidapat disiapkan mengikut jadual serta perancangan untuk mengatasinya?

3) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:
a. kos asal dan kos semasa berkaitan pembinaan Jalan Yahya Ahmad, Bandar Dungun (Ruj: Menaiktaraf Simpang Kuala Dungun: Laluan 127 Dungun Terengganu).
b. Apakah tindakan Jabatan Kerja Raya Dungun bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan keperluan pengguna jalan terlibat selaras dengan taraf Dungun sebagai sebuah Majlis Perbandaran.

4) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian berdasarkan Laporan Kajian yang dikeluarkan oleh IKRAM pada tahun 2009 terhadap sekolah-sekolah di daerah Dungun?

5) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status MRSM Dungun dan sejauhmana pengoperasian projek berkenaan telah dijalankan?

6) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos yang telah dibelanjakan untuk program netbook dan jumlah unit computer berkenaan yang telah dikeluarkan sejak dimulakan sehinggan Disember 2012?

7) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauhmana kejayaan program netbook telah membantu meningkatkan prestasi pelajar.

8) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan program ekonomi berorientasikan pelancongan yang telah dibangunkan dalam Wilayah KETENGAH.

9) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan asas Generasi Kedua FELDA.

10) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
a. Berapakah jumlah syarikat perniagaan yang berasaskan minyak dan gas yang dimiliki oleh anak Terengganu yang Berjaya dibimbing oleh Petronas.
b. Nyatakan bilangan pekerja anak Terengganu dalam operasi Petronas sejak beroperasi sehingga disember 2012.

Soalan Jawab Bertulis
11) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah di daerah Dungun antara Mac 2008 hingga April 2013.

12) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing di Terengganu dan pecahan mengikut daerah-daerah dan nyatakan sector yang mereka terlibat.

13) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan projek ECER yang telah dilaksanakan di Terengganu dan nyatakan secara khusus projek berorientasikan pelancongan yang dibangunkan di daerah Dungun.

14) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kos bagi projek membina banteng pemecah ombak di Pantai Dungun dan apakah statusnya sekarang.

15) Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kos yang diperuntukkan bagi projek mendalamkan muara Sungai Dungun dan apakah statusnya terkini.

MP Pasir Puteh: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak JAKIM untuk memastikan status halal dalam bidang farmaseutikal di Malaysia.

2. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan kesan daripada peruntukan geran penanaman semula kelapa sawit berhasil rendah yang telah diberikan kepada pekebun kecil sejak 3 tahun kebelakangan ini.

3. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan rancangan untuk mewujudkan 1Care, suatu skim caruman kesihatan.

4. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa bilangan guru-guru yang telah lulus daripada IPG atau UPSI yang belum dan sudah ditempatkan?

5. Dr Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauhmana kejayaan Kempen Taknak Merokok dikalangan pelbagai lapisan rakyat. Nyatakan statisktik terbaru ‘Pesalah Merokok’ mengikut negeri dan jantina serta peringkat umur bagi tahun 2010 hingga kini.

MP Pasir Mas: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah penanda aras dikalangan negara-negara luar yang telah berjaya dalam usaha untuk menangani penyalahgunaan media sosial

2. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan statistik yang telah direkodkan bagi kesalahan Seksyen 211 (Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dari tahun 2008 hingga 2012

3. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan mendedahkan isu sebenar yang melatari kes pergantungan bekas ketus jurulatih olahraga kebangsaan dan enam atlet pecut negara baru-baru ini

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tindakan kementerian dalam menyelesaikan insiden buruk yang telah berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang lalu

5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah perkembangan Dasar Sukan Negara 2009 khususnya dalam mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa

6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauhmana kerjasama yang telah dilakukan bersama Kementerian Pendidikan untuk mengkaji keberkesanan kurikulum pendidikan jasmani dalam membina bakat muda disamping usaha untuk membudayakan sukan dikalangan masyarakat

7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimana sokongan pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam memastikan keseimbangan pembangunan kemudahan sukan dan penyelenggaraannya

8. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah sumbangan signifikan yang telah diberikan oleh Parlimen Belia sejak ia ditubuhkan

9. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah tawaran-tawaran yang dihantar oleh pihak syarikat kewangan kepada individu-individu tertentu dianggap melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah program-program yang telah dilaksanakan serta hasil yang telah diperolehi dalam memberikan ruang yang lebih kondusif kepada golongan belia untuk mengekspresikan idea yang bermanfaat

PERTANYAAN JAWAB BERTULIS
1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah mekanisme atau kaedah yang dilakukan oleh Sistem Pemantauan Berpusat terhadap kemudahan penggunaan komputer Pusat Internet 1Malaysia.

2. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan mendedahkan jumlah yang telah dibelanjakan dalam menganjurkan Festival Belia Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013.

3. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah faktor utama peningkatan lebih 15% kes aduan yang diterima oleh SKMM pada tahun 2011

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan mendedahkan jumlah dana yang telah diperuntukkan serta diagihkan bagi program galakan melahirkan usahawan belia

5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan adakah terdapat satu kajian yang terperinci dalam memahami krisis golongan anak muda yang bersifat delinkuen khususnya ketika situasi di luar jangkauan.

MP Bukit Gantang: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah anggota Polis Diraja Malaysia dan berapakah jumlah anggota yang menjawat di bahagian Cawangan Khas politik.

2. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kos projek PPSMI sejak ia dilaksanakan

3. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Perdana Menteri menyatakan senaraikan syarikat pembekal dakwat kekal kepada SPR semasa Pilihanraya Umum Ke 13 lalu.

4. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Kerja Raya menyatakan Bilakah projek Lebuhraya Persisiran Pantai ke Changkat Jering akan dimulakan.

5. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah hutang PTPTN yang masih tertunggak sehingga kini. Berapakah bilangan peminjam PTPTN sejak diperkenalkan dan berapa bilangan pemimjam yang berhutang.

6. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah bilangan siswazah yang menganggur. Nyatakan bilangan penganggur mengikut bidang pengajian.

7. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pelajar Post graduat tidak boleh terlibat di dalam politik dan bertanding di dalam pilihanraya kampus.

8. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan tamat. Berapakah Keuntungan PLUS sehingga kini.

9. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Kewangan menyatakan apakah plan kerajaan untuk menjelaskan hutang negara yang semakin bertambah.

10. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan
a. bilakah penguatkuasa gaji minimum dilaksanakan, apakah tindakan terhadap majikan yang engkar.
b. berapakah majikan yang telah diambil tindakan kerana mengengkari arahan ini.

Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis
11. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Kewangan menyatakan
a. Jumlah kontraktor kelas F yang berdaftar seluruh Negara. Senaraikan mengikut negeri-negeri.
b. Jumah kontraktor Kelas F yang aktif dan tidak aktif seluruh Negara bagi setiap negeri.

12. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah bilangan pendatang asing di negara ini.

13. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah bilangan pelancong yang datang ke negara ini yang tidak pulang ke negeri masing-masing sejak tahun 2000-2012. Berikan bilangan mengikut negara.

14. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha Kementerian untuk menjadikan produk durian mempunyai nilai tambah supaya dapat membantu pekebun-pekebun durian meningkat pendapatan mereka.

15. Tuan Idris Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] Minta Perdana Menteri menyatakan negeri manakah Pengarah Jabatan Agama Islam yang berkelulusan Pengajian Islam.