22 November 2004 Dalam Sejarah Dewan Rakyat Memilih Speaker Baru

22 November 2004 Dalam Sejarah Dewan Rakyat Memilih Speaker Baru selepas Speaker ketika itu, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail, 80, meninggal dunia pada 4.30 petang 14 Oktober 2004 di Hospital Kuala Lumpur akibat kegagalan buah pinggang.

MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA
Setiausaha Dewan Rakyat [Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab]: Memilih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mencadangkan usul.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang Berbahagia, sebelum kita masuk agenda, [Dewan riuh] memandangkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak pernah menerima apa-apa surat rasmi, sama ada mengenai pemilihan Yang di-Pertua, mengenai memberi calon dengan notis 14 hari dan kedua mengenai keputusan nomination, saya juga ada bercadang Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa kita postpone pemilihan ini untuk dua hari supaya satu kaedah pemilihan yang terbaik sekali boleh diadakan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri rela untuk timbang dan bersetuju. [Disampuk] Apa ini? Kita mahu First World Parliament, ini empat World Parliament. Supaya kita boleh ke arah First World Parliament.

Bolehkah Yang Amat Berhormat bersetuju? [Disampuk] Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul
Aziz]: Kita tidak ada Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Lim Kit Siang: Bukan sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mahu itu First World yang kita bertanya Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri ada setuju atau tak setuju. Itu sahaja.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kita kena ikut peraturan. Duduk, duduk, duduk. Kita ada peraturan, standing order dan mengikut peraturan 3 ini ia cuma menyatakan bahawa bila-bila jawatan Tuan Yang di-Pertua itu kosong baik dengan sebab dibubarkan Parlimen atau dengan lain-lain sebab, maka Majlis, sebaik-baik cukup bilang ahlinya, hendaklah memilih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Tidak ada, ikutlah standing order, [Disampuk] tidak perlu, tidak perlu, ikut standing order.

Tuan Lim Kit Siang: 14 hari notis.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: 14 hari telah diberikan kepada Dewan Rakyat, tidak perlu beri kepada ahli Dewan. Baca betul-betul. Jangan menyelewengkan Dewan Rakyat. Jangan menyelewengkan Dewan Rakyat. Ikut peraturan.
Tuan Lim Kit Siang: Civilized.

Dato’ Seri Mohammad Nazri bin Abdul Aziz: Ini civilized ikut peraturan! Jangan ikut peraturan sendiri! [Dewan riuh]
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan [Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak]: Tuan Setiausaha, kerajaan telah mengambil keputusan bahawa pengundian akan berjalan secepat mungkin berpandu kepada Standing Order Parlimen. Jadi cadangan Ahli Yang Berhormat Ipoh Timor itu tidak perlu dipertimbangkan. Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang: Itu civilize mannerlah [Dewan riuh]. First World Parliamen, bukan empat World Parliment.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat.. [Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang: Apa itu? [Disampuk]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat…
Tuan Lim Kit Siang: Empat World Parliament. Apa ini! [Disampuk] [Dewan riuh]

Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat…
Tuan Lim Kit Siang: … tidak tahu apa dia…. [Disampuk] uncivilizedbehaviour.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mencadangkan usul.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Setiausaha, saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Tan Seri Dato’ Diraja Ramli Ngah Talib, [Tepuk] ahli bagi kawasan Pasir Salak dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. [Tepuk]
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Seri Ong Ka Ting]:Tuan Setiausaha, saya menyokong cadangan yang dibentangkan tadi.

Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Berhormat Ahli Kawasan Ipoh Timur akan mencadangkan usul.
Tuan Lim Kit Siang: Sebelum saya mengemukakan cadangan, usul saya untuk menamakan Yang Berhormat daripada Kepong sebagai calon Tuan Yang diPertua, saya meminta satu penjelasan mengenai cara nomination. Mengikut Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, awal minggu ini bahawa cadangan Yang Berhormat daripada Pasir Salak ada dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang tidak ada di sini oleh kerana ada tugas APEC dan kalau begitu cadangan itu perlu dibuat dalam secara notis selama 14 hari dan kalau ini cadangan dibuat atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nampaknya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh kemukakan cadangan ini, tidak ikut peraturan dan kita mahu tahu sama ada usul yang diterima Parlimen ini atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau atas nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Bolehkah Yang Berbahagia Setiausaha ini – tidak sangkut paut dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bolehkah Yang Berbahagia Setiausaha jelaskan sama ada surat yang diterima atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau atas nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan bolehkah surat itu ditunjukkan supaya kita boleh berpuas hati dengan perkara ini.
[Dewan riuh] [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Berhormat, Yang Berhormat, terima kasih. Saya menerima dua usul, yang pertama pada 23 Oktober 2004 daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ditandatanganinya sendiri dan juga daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur pada 5 November 2004 yang mengemukakan usul sedemikian. Dan mengikut Peraturan Mesyuarat: “4(3) Jika hanya seorang ahli atau seorang lain sahaja yang dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Setiausaha hendaklah memasyhurkan ahli atau seorang lain itu telah kena pilih, dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat. Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain dicadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat.”

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya masih menunggu cadangan usul daripada Yang Berhormat supaya kita dapat menjalankan usul….
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, memandangkan tadi Ipoh Timor diberi kesempatan untuk membuat usul tetapi dia tidak membuat usul saya ingat cuma satu cadangan sahaja. Tidak perlu undilah. Ini Ipoh Timur ada macam-macam adalah… [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat saya mencadangkan Yang Berhormat dari Kepong menjadi Tuan Yang di-Pertua dan akan disokong oleh Yang Berhormat daripada Ipoh Barat, tetapi soalan saya ialah bahawa cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengikut peraturan atau tidak oleh sebab cadangan yang ada dibuat pada 23 Oktober 2004 dibuat atas nama Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan kita faham dia tak senang untuk datang ke sini tetapi cadangan itu satu cadangan usul tidak boleh dikemukakan atas nama orang yang lain. Itulah sangat sulit sebab itu saya ada cadangkan kita postpone election ini, oleh kerana
ini tidak mengikut peraturan tetapi saya kemukakan cadangan saya dan mungkin Yang Berhormat disokongkan dahulu ….

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya difahamkan Yang Berhormat Kepong kena paksa.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya menyokong pencalonan Yang Berhormat Kepong.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana ada dua Ahli Yang Berhormat telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 3, Majlis Mesyuarat akan membuat pilihan memilih Tuan Yang di-Pertua dengan undi bersurat. Bagi maksud pilihan undi bersurat pegawai-pegawai Dewan akan mengedarkan kertaskertas undi kepada Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat diharap dapat mengisikan kertas itu dengan sempurna dengan menuliskan nama calon yang dipilih dan menandatanganinya. Selepas itu lipat kertas itu dan serahkan kepada Setiausaha untuk dikira. Saya akan mengumumkan keputusan undi ini sebaik sahaja ia dikira.

Tuan Lim Kit Siang: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Seorang Ahli: Kepong tarik diri, Kepong tarik diri!
Tuan Lim Kit Siang: Dengar dahulu, oleh sebab satu keputusan perlu dibuat mengenai….
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Point of order.
Tuan Lim Kit Siang: Tidak rela untuk dengar pun. Dengar dahulu selepas itu …
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya difahamkan Kepong dipaksa untuk..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Merapu.

Tuan Lim Kit Siang: Dengar dahulu, satu keputusan perlu dibuat mengenai
soalan sama ada cadangan yang dibuat pagi ini oleh Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri sah atau tidak sah oleh kerana majoriti salah. [Dewan riuh] Belum
majoriti, belum majoriti, kezaliman pun keadilan, itu kita tahu, itu hal yang lain. Oleh
kerana mengikut peraturan notis perlu diberi dalam 14 hari. Itu sudah diberi tetapi
diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau tidak senang di sini dan
sama ada itu boleh. Kalau ini boleh dibuat, adakah ini bererti bahawa untuk kali yang
lain, apabila contohnya ten dollar card Menteri-menteri sesiapa orang yang beri notis itu
tidak perlu di sini orang lain boleh kemukakan. Adakah ini kita perlu satu keputusan
dibuat mungkin Yang Berbahagia perlu masa, perlu masa untuk bincang mengenai
perkara ini sama ada dengan Urusetia atau peguam-peguam dan saya cadang bahawa
mesyuarat ditangguhkan supaya…. [Disampuk] isu ini tak payah, kalau majoriti apa
pun tak payah kalau begitu. Janganlah kita tunjuk kepada dunia kepada negara kita
ada ‘group’ majoriti sahaja dan saya harap dibuat dengan trust.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Setiausaha, saya
tidak faham apa isunya. Dalam ketiadaan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri
menjalankan tugas Perdana Menteri. Dan dalam standing order tidak ada sebut orang
atas nama usul itu mesti hadir dalam Dewan.
Tuan Chow Kon Yeow: Dato’ Setiausaha…
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Saya mencadangkan
pengundian dijalankan sekarang.
Tuan Chow Kon Yeow: Dato’ Setiausaha.
Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Peraturan mesyuarat.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Peraturan mesyuarat.
[Dewan riuh] [Beberapa ahli Dewan bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Yang Berhormat, terima kasih. Saya
teruskan.
Cik Fong Po Kuan: Peraturan mesyuarat.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Chow Kon Yeow: Peraturan, Dato’ Setiausaha.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ikut Peraturan. 4 DR.22.11.2004
Tuan Chow Kon Yeow: Dato’ Setiausaha.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Pegawai-pegawai Dewan, sila datang ke
meja Setiausaha dan ambil kertas-kertas undi dan edarkan kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat untuk proses pengundian.
Cik Fong Po Kuan: Peraturan mesyuarat.
Tuan Chow Kon Yeow: Setiausaha, jangan melanggar peraturan.
Tuan M. Kula Segaran: Hendak cakap melanggar peraturan.
Cik Fong Po Kuan: Peraturan.
Puan Teresa Kok Suh Sim: Peraturan mesyuarat.
Tuan Chow Kon Yeow: Setiausaha, saya buat satu permohonan untuk
menuntut penjelasan…
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Hei! Lu Chi, tiam-tiamlah Wa
an cho kang lau. [Bercakap dalam bahasa Cina]
Tuan Chow Kon Yeow: Lu mai chia, lu tui lah [Dewan semakin riuh dengan
sorak]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Hei! Apa mahu bising, lu
duduklah hei!
Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap dalam bahasa Cina] [Dewan amat riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Speaker tak ada lagilah hoi!
Duduk.
Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap dalam bahasa Cina] [Dewan masih
terlalu riuh]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat semua ….
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Merapu!
Cik Fong Po Kuan: Peraturan mesyuarat.
Tuan Chow Kon Yeow: Tak sudi untuk mendengarkah?
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat ….
Tuan Chow Kon Yeow: … atas Peraturan Mesyuarat 4(1) dan 4(2).
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli …
Tuan Chow Kon Yeow: Pandang ke sini.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang
Berhormat…
Tuan Chow Kon Yeow: Tak usah layan Setiausaha. Dia tak faham, dia tak
boleh baca. [Dewan masih bising]
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hanya
menjalankan proses pengundian.
Tuan Chow Kon Yeow: Ini satu…
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Saya tidak ada kedudukan untuk
membuat apa-apa ruling ataupun fatwa ataupun hendak membenarkan dan …
Tuan Chow Kon Yeow: 4(2).
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Perkara itu boleh dikemukakan kepada
Tuan Yang di-Pertua apabila ia dilantik. Saya cuma menjalankan proses pengundian
dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua diharap sudah menerima kertas-kertas undi
seorang satu. Jika sudah, dipersilakan mengisi kertas undi itu dengan sempurna dan
jangan lupa menandatangani dan selepas itu lipatkan kertas undi itu dan tunggu
sehingga ia dipungut oleh pegawai-pegawai Dewan. [Dewan riuh]
[Kertas-kertas diedarkan oleh pegawai-pegawai Dewan]
[Pengundian sedang dijalankan] DR.22.11.2004 5
[Kertas-kertas undi dikira oleh Tuan Setiausaha Dewan]
10.35 pagi.
Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab: Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi
ialah:-
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib – 185 undi
[Tepuk] Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw – 10 undi.
[Dewan riuh dengan sorak dan tepukan]
Jumlah 195 undi.
Dengan itu saya mengisytiharkan iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri
Diraja Ramli bin Ngah Talib dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri
Diraja Ramli bin Ngah Talib untuk mengangkat sumpah. [Tepuk]
[Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib memakai pakaian rasmi Yang
di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia] [Tepuk]
MENGANGKAT SUMPAH
Tuan Yang di-Pertua: Saya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli
bin Ngah Talib setelah dipilih memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah
dengan ini mengangkat sumpah/berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan
menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur dengan segala daya upaya
saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan
akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: